Petang itu, cuaca agak redup. Angin sepoi-sepoi bertiup dari arah bukit kecil di hujung jalan, membawa aroma segar simen baru dan cat kedai yang masih basah.
Kedai baru Kak Nia akhirnya siap direnovasi dari sebuah stall kecil minuman kini berubah menjadi kedai pembekalan bahan mentah yang lebih besar, lebih selesa, dan lebih bergaya.
Di ruang hadapan kedai, Aman sedang mengemaskan kotak-kotak barang sambil berbual kosong dengan Faris.
Badan Aman yang kurus tinggi kelihatan lebih tegap berbanding dahulu, mungkin kesan dua bulan lebih aktif membantu dalam kerja berat semasa berpindah.
Faris pula seperti biasa sambil bekerja sambil bermain telefon bila nampak 'selamat' dari pandangan mata Aman.
Bunyi hon kereta kecil berbunyi dua kali.
Aman dan Faris sama-sama menoleh.
Keluar dari kereta, melangkah penuh gaya, Mimi dengan jeans ketat biru laut yang memeluk punggung bulatnya dan t-shirt putih sedikit loose yang bila ditiup angin, melekat manja di dada montoknya.
Arif, adik bongsu Mimi, yang kini berusia 12 tahun, melompat turun dari tempat duduk penumpang sambil menjerit riang.
"Weh Aman!!" Arif melambai-lambai.
Aman tersenyum lebar. Sudah lama tak bertemu budak bongsu itu yang perangainya masih seperti budak darjah 1.
Mimi berjalan santai, melambai dengan gaya diva kecilnya, cermin mata hitam disangkut di atas kepala.
Senyuman manisnya berbaur nakal sudah terukir di bibir sebaik dia melangkah mendekat.
"Amannnnn..." Mimi menarik suara panjang sambil memandang Aman dengan pandangan menggoda. "Rindu kami tak, ha?"
Aman tergelak kecil, menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Rindu jugalah... lama tak jumpa semua," jawabnya jujur, walaupun rasa malu mula menjalar ke pipi.
Belum sempat Aman membalas lebih banyak, Mimi dengan pantas bercekak pinggang, matanya bulat nakal.
"Arif tu tiap-tiap malam sebelum tidur sebut nama Aman tau!" seloroh Mimi kuat, cukup untuk Faris yang berhampiran pun mendengar dan tergelak kecil.
"Dia kata rindu abang Aman... sebab Aman lagi hensem dari abang sendiri!" tambah Mimi sambil menjeling nakal pada Arif.
Arif yang baru hendak membuka mulut terus menghamburkan gelak sambil menolak bahu kakaknya, "Ala, Kak Mimi ni saja buat cerita!"
Aman ketawa juga, tapi wajahnya sudah sedikit merah.
Dia tahu Mimi memang suka menyakat, tapi dalam hatinya ada sedikit rasa bangga walaupun dalam gurauan, disebut-sebut itu sedikit sebanyak mengusik hatinya.
Mimi tidak berhenti di situ.
Dia melangkah ke depan Aman, dengan gaya dramatis ala-ala pelakon teater, tangan kanan diletakkan di dada sendiri.
"Aman..." Mimi berlagak seolah-olah menahan sebak. "Tolonglah jangan kecewakan hati Arif lagi... bila tak nampak Aman, tiap malam Arif baring termenung di atas katil, peluk bantal busuk sambil bisik 'Abang Aman... Abang Aman...'."
Faris ketawa berdekah-dekah di belakang, hampir tercekik.
Aman hanya mampu ketawa malu, telinga sudah terasa panas. Dia menggeleng perlahan sambil menundukkan wajah, cuba menyembunyikan kemerahan di pipi.
Dalam hatinya, dia tahu Mimi sengaja mahu membuatkan dia tidak senang duduk, dan nyata Mimi berjaya.
Sementara itu, Faris yang berdiri di sisi Aman hanya memandang Mimi dalam diam.
Dia ingin juga menyelit dalam suasana gurauan itu, tapi rasa awkward menahan dirinya.
Lagipun, dari awal lagi Mimi nampak kurang 'mesra' dengannya, mungkin kerana gaya overconfidentnya dulu yang tidak kena.
Mimi perasan pandangan Faris, tapi dia hanya senyum sipi-sipi, tidak memanjangkan suasana.
Baginya, hubungan dengan Faris masih perlu masa untuk selesa tidak seperti Aman, yang sudah bertahun-tahun sebati dalam keluarganya.
"Kita masuklah dalam!" ajak Arif, memecahkan suasana.
Mereka semua bergerak masuk ke dalam kedai baru itu dengan Aman berjalan di depan, menyorok rasa malu yang masih berbaki, Mimi mengatur langkah di belakangnya sambil tersenyum puas, Faris mengikut perlahan-lahan, dan Arif melompat riang seolah-olah dia baru saja menang sesuatu.
Hari itu, kedai yang baru beroperasi belum penuh dengan pelanggan.
Tetapi suasana hangat, ceria, dan penuh gurauan kecil antara mereka sudah cukup untuk menghidupkan ruang itu menandakan satu permulaan baru bukan hanya untuk bisnes bahan mentah, tetapi juga untuk kisah-kisah baru yang bakal mewarnai kehidupan Kak Nia, Aman, Mimi, Faris, dan Arif.
ns3.22.42.249da2