Beberapa minggu berlalu sejak kejadian di bilik bakar itu. Kak Nia, yang menguruskan serba sedikit operasi kedai, mengambil inisiatif menempah baju seragam untuk semua staf.
Aman, dengan ketinggian dan susuk tubuh tegapnya, diberikan tiga helai baju saiz XL. Arahan Kak Nia mudah wajib pakai baju kerja setiap hari.
Suatu tengahari yang panas, Mimi datang ke kedai, menunggu gilirannya di kaunter. Aman pula sedang berada di tandas kecil di belakang kedai.
Pintu tandas terbuka tiba-tiba. Aman keluar sambil menggeliat panjang, meregangkan tubuhnya. Secara tidak sengaja, bajunya terangkat sedikit ke atas, memperlihatkan sebahagian perut sasa dan lebih ketara bonjolan jelas dari seluar kerja hitam yang dipakainya.
Mimi yang berdiri menunggu giliran tidak dapat mengelak pandangannya. Matanya terus tertancap ke arah Aman dari perut, turun ke bahagian itu. Jantung Mimi berdegup laju, wajahnya mula rasa panas.
Aman, yang sedang menggosok belakang lehernya, tiba-tiba sedar ada mata yang memerhati. Dia berpaling dan terus bertembung pandangan dengan Mimi yang cepat-cepat mengalihkan muka, pura-pura pandang sesuatu.
Mimi berjalan laju ke arah dalam kedai sambil memanggil, "Mama.. mama.. tengok Aman ni mama..." suaranya separuh berbisik, separuh berbisik nakal.
Aman, kebingungan, hanya menurut dari belakang.
"Ada apa ni?" tanya Kak Nia, sambil menoleh dari kaunter.
"Mama... baju Aman singkat ma... beli lain lah," rungut Mimi manja, jari telunjuknya menghala ke arah Aman.
Kak Nia memandang Aman yang berdiri tegak, baju kerjanya jatuh elok ke bawah pinggang.
"Eh, elok je ni, bawah pinggang," kata Kak Nia, mengerutkan kening.
"Mama, mana ada... Mama tengok betul-betul," desak Mimi, matanya masih cuba mencuri pandang ke arah Aman, seolah-olah mahu membuktikan sesuatu.
Aman, sedikit geli hati, mempertahankan dirinya, "Tak singkat pun. Kalau membongkok ke, mengeliat, biasalah baju terangkat sikit... standard la."
Kak Nia ketawa kecil, kemudian mengerling nakal ke arah Mimi. "Kamu macamana boleh cakap pasal baju Aman singkat ni, Kak? Kamu tengok apa?"
Wajah Mimi serta-merta memerah. Dia menggigit bibir bawahnya, cuba menahan malu.
"Tak tengok apa... tapi... tapi akak nampak lah tadi... jelas..." balas Mimi, suaranya menurun makin perlahan.
"Nampak apa?" desak Kak Nia, tersenyum nakal.
"Err... er..." Mimi gagap. Matanya melirik sekilas ke arah Aman sebelum cepat-cepat tunduk memandang lantai. "Akak nampak baju Aman singkat lah... itu je..." katanya, sambil menghentakkan kakinya perlahan, tanda malu.
Aman hanya menyengih kecil, matanya tidak lari dari memerhatikan pipi Mimi yang merah padam.
"Ha, dah lah tu... nak pergi tandas lah..." Mimi memotong perbualan, berlari kecil ke arah tandas, tudung singkatnya melambai-lambai kecil di belakang.
Kak Nia menggeleng kepala, tersenyum penuh makna. "Apa-apa lah korang berdua ni... kahwin lah cepat, baru tahu rasa."
"Eee... mama ni..." balas Mimi dari dalam tandas, suaranya kedengaran merajuk. Tangan kecilnya menutup muka sendiri, menahan debar yang tidak reda.
Aman hanya berdiri di situ, bibirnya mengulum senyum tipis, hatinya mula memikirkan sesuatu yang lebih dari sekadar baju kerja singkat.
ns3.17.191.196da2