Hari itu, kedai agak sunyi. Aman menguruskan segalanya seorang diri. Kaknia keluar sebentar untuk menjemput anaknya dari sekolah dan membeli makan tengah hari seperti kebiasaannya.
Tiba-tiba, seorang wanita muncul di hadapan kiosk. Penampilannya cukup mengejutkan berjubah hitam polos, tudung labuh hingga ke pinggang, berwajah tenang, namun sepasang matanya tampak terlalu tajam untuk sekadar menumpang minum.
"Assalamualaikum, dik. Nak air mangga float satu. Tapi... boleh minum sini tak?" suara wanita itu lembut, penuh sopan.
"Waalaikumussalam. Biasanya take away je, kak. Tapi kalau nak duduk sekejap, boleh tumpang kat meja belakang tu. Saya memang duduk situ tunggu customer." jawab Aman mesra.
"Terima kasih dik. Akak duduk ya." katanya lagi sambil melangkah perlahan, memerhati Aman membuat minuman seperti seorang guru sedang menilai pelajar.
Aman menyelesaikan pesanan, kemudian membawa air itu kepada wanita tersebut. "Siap kak. Silakan."
Wanita itu menepuk tempat duduk di sebelahnya. "Duduklah sekali. Ini kan tempat awak. Jangan malu-malu."
Aman teragak-agak. Namun memandangkan suasana lengang, dia akhirnya duduk, menjaga jarak.
"Seorang je ke hari ni? Yang biasa nampak tu, perempuan tu… bos awak ke? Mak awak ke?"
"Eh tak. Tu bos. Saya pekerja je. Dia keluar kejap ambil anak dia."
"Hmm, awak rajin ya. Elok sangat kalau anak muda begini kerja jujur. Jarang dah nak jumpa. Kalau awak tak keberatan… akak teman awak sampai kedai tutup boleh? Akak pun tak ke mana pun lepas ni."
Aman sedikit terkejut, namun hanya mengangguk kecil. Perbualan mereka tidak panjang selepas itu. Namun renungan wanita itu tetap sama seakan sedang menilai lebih dari sekadar wajah Aman. Sesekali dia senyum, kadang terlalu lama memerhati, membuatkan Aman berasa sedikit tidak selesa.
Sebelum pulang, wanita itu menulis sesuatu pada sekeping kertas. Dia hulurkan pada Aman. "Ini nombor akak. Kalau bosan, boleh contact. Jangan segan."
Aman menyimpan kertas itu dalam poket apron tanpa kata. Beberapa minit kemudian, Kaknia tiba. Matanya terus tertancap pada wanita itu yang sedang bangun untuk pulang.
Mereka sempat berbalas pandang seketika Kaknia memerhati penuh teliti, wanita itu hanya senyum dan melangkah pergi.
"Sejak bila kita buat servis dine-in, Aman?" tanya Kaknia dengan nada bersahaja namun tajam.
"Eh, bukan buat. Dia minta tumpang duduk je. Katanya nak teman saya sementara Kaknia keluar."
Kaknia menarik kerusi, duduk di sebelah Aman sambil membuka bungkusan makanan.
"Man, hati-hati. Akak tengok dia tu bukan calang-calang. Mata dia tu bukan sekadar nak beli air."
Aman tersenyum senget. "Memang… saya pun rasa. Tapi... kelakuan dia macam tengah cari perhatian je. Nak kata ustazah, tapi ada vibe pelik sikit."
Kaknia ketawa kecil. "Boleh jadi, perempuan sekarang macam-macam. Kadang cara nampak alim, tapi perangai lain cerita. Akak bukan nak buruk sangka, cuma jangan mudah sangat mesra. Nanti kau yang makan hati."
Aman mengangguk perlahan, tangannya menyentuh poket apron kertas nombor telefon itu masih di situ.
Sejak insiden di kedai beberapa hari lalu, Aman tidak dapat menghilangkan bayangan wanita berjubah itu. Gayanya lembut, matanya menusuk, dan senyumannya seolah menyimpan banyak rahsia. Bukan cantik luar biasa, tapi... ada sesuatu yang memanggil Aman dari sudut hatinya yang paling gelap.
Malam itu, Aman duduk di tepi katil, telefon di tangan. Hatinya berkocak.
“Assalamualaikum, ni Aman dari kedai haritu.”
Pesanan itu dihantar. Tak sampai satu minit, sudah dibalas.
“Waalaikumussalam, akak ingat. Ingat sangat :)”
Beberapa ayat bertukar. Ringkas, tapi penuh isyarat.
“Akak duduk dekat je dengan tempat kerja awak. Kalau sudi, singgah la lepas kerja esok. Akak masak sikit.”
Aman diam lama.
cJumpa kat rumah? Malam-malam? Aduh… bahaya ni,' dia mengeluh sendiri.
Namun, keinginannya lebih kuat dari ketakutan. Ada ruang kosong dalam jiwanya yang lama tidak disentuh kekosongan yang lahir dari rindu pada kasih ibu yang tak pernah cukup, dan cinta yang sering berakhir luka.
Aman cuba pujuk diri.
'Tak salah pun... Makan je pun. Dia ajak baik-baik. Lagipun dia nampak matang. Bukan jenis main-main.' kata Aman seorang diri
Malam itu Aman tidur lewat, fikirannya berperang antara logik dan rasa.
------------------
Petang keesokannya, selepas Kaknia pulang dan kedai ditutup, Aman berjalan kaki ke alamat yang diberikan. Rumah sederhana di lorong yang agak tersorok. Lampu hadapan terpasang. Pintu terbuka sedikit seolah-olah menanti.151Please respect copyright.PENANAfz03ZmpQU6
Aman berdiri di depan pagar. Hatinya degup tak menentu. Tangannya mengangkat telefon.
'akak, saya dah sampai.'151Please respect copyright.PENANATcMlBLsnot
Pintu dibuka lebih luas. Wanita itu muncul dengan senyuman.
“Masuklah, dik. Jangan malu-malu. Akak tak makan orang,” katanya lembut.
Aman melangkah perlahan, menanggalkan selipar. Ruang tamu rumah itu wangi, kemas, dan redup. Ada hanya satu cahaya dari lampu meja di sudut, membuat suasana terasa hangat dan... sedikit menggoda.
“Duduk dulu. Akak nak hidang air,” katanya sambil berlalu ke dapur.
Aman duduk. Tangannya menggenggam lutut, cuba tenang. Wanita itu kembali dengan dua gelas air sejuk dan sepinggan kuih. Mereka duduk bersebelahan, namun tidak terlalu rapat.
“Lapar ke? Akak buat sikit nasi goreng, kalau nak tambah makan,” suaranya penuh keibuan.
“Eh tak payah susah-susah. Saya okey je,” jawab Aman, matanya tak lepas memandang bibir wanita itu yang bergerak perlahan.
Suasana makin senyap. Hanya bunyi jam di dinding.
“Kenapa Aman mesej akak?” soal wanita itu tiba-tiba.
Aman terdiam. Soalan itu seperti tembakan yang menembusi jiwanya. Dia tak tahu jawapan sebenar.
“Saya… tak tahu. Rasa macam… tenang bila tengok akak. Lain dari orang lain. Saya selesa.” jawab Aman jujur.
Wanita itu mengangguk perlahan. “Akak pun macam nampak sesuatu dalam diri Aman. Muda, tapi matang. Mata awak... ada luka.”
Aman tunduk. Hatinya bagai dirobek. Tiada siapa pernah kata begitu.
ns216.73.216.11da2