Mimi
Mimi puteri sulung kebanggaan Kak Nia dan Bang Mi berdiri megah sebagai simbol kecantikan dan keyakinan di usia 24 tahun.
Dilahirkan dengan kulit putih kemerah-merahan, halus mulus tanpa secalit jerawat pun, membuatkan wajahnya sentiasa tampak segar dan bersinar, seolah-olah baru keluar dari spa setiap kali.
Dengan susuk tubuh montok, padat di tempat yang sepatutnya, Mimi menjadi magnet pandangan lelaki tidak terlalu kurus hingga nampak lesu, dan tidak pula berlebihan hingga hilang keanggunan.
Tubuhnya yang solid, dengan lekuk-lekuk jelas walau dibalut pakaian longgar, sentiasa membuatkan mata-mata nakal sukar mengalihkan pandangan.
Tambahan pula, Mimi punya kebiasaan gemar menyarung jeans ketat, yang melekap erat di peha gebu dan punggung bulatnya, membuatkan setiap geraknya beralun penuh pesona, walau tanpa dia berniat menggoda sesiapa.
Mimi bukan sekadar gadis cantik biasa.
Pendidikan di Kuala Lumpur sejak zaman sekolah menengah membuatkan dia terbiasa dengan gaya hidup moden dan sofistikated.
Kawan-kawannya kebanyakannya anak orang berada, membentuk gaya fesyen Mimi yang berjenama, tersusun, namun masih ada sentuhan nakal anak kampung.
Setiap kali Mimi muncul di kedai keluarga terutama pada hujung minggu Jumaat hingga Ahad ketika cuti kuliahnya suasana seakan berubah.
Jika sebelum ini hanya deru kipas dan suara pelanggan yang kedengaran, ketibaan Mimi membawa tawa, usikan, dan percikan tenaga yang menghidupkan ruang sekeliling.
Mimi seorang yang happy go lucky ketawa mudah, berbual tak pernah kering idea, mulutnya becok, ada saja benda hendak dibualkan, disakat, atau dijadikan bahan ketawa.
Tetapi di sebalik perwatakan santai dan masuk airnya, Mimi mempunyai satu sisi yang ramai terlepas pandang: ketegasan dan pendirian yang kuat.
Dia mungkin kelihatan seperti gadis yang hanya tahu bergelak ketawa, tetapi bila tiba saat penting, dia mampu membuat keputusan dengan penuh keyakinan dan mempertahankan prinsipnya tanpa ragu.
Hubungan Mimi dengan Aman pula sangat rapat, seolah-olah Aman itu sebahagian daripada keluarganya.
Mimi gemar menyakat Aman kadang-kadang bergurau kasar, kadang-kadang berpura-pura merajuk, kadang-kadang mengusik kerja Aman dengan komen nakal.
Bagi Mimi, Aman adalah 'abang lama' dalam bisnes keluarga yang sudah sebati dalam rutin hariannya.
Ada kalanya, dalam usikan mereka, terselit percikan kecil yang mungkin bagi orang luar kelihatan seolah-olah ada 'chemistry' tersembunyi, namun bagi Mimi, Aman adalah tempat dia bermanja dalam batas gurauan sihat.
Berbeza dengan Aman, hubungan Mimi dengan Faris bermula dengan kekok dan jarak.
Mimi, dengan insting gadis bandar yang tajam, pantas menghidu tryhard Faris yang cuba mencuri perhatian terlalu mencuba untuk kelihatan menarik, terlalu bersemangat menunjukkan dirinya 'cool'.
Pada pandangan Mimi, Faris lebih seperti budak yang baru belajar hidup, penuh dengan keghairahan mentah yang seringkali membuatkan dia tersenyum sinis.
Pada awalnya, Mimi jarang menegur Faris, malah kadangkala memandang sebelah mata sahaja pada usaha berlebihannya.
Namun, waktu demi waktu, dalam keterbukaan hatinya, Mimi mula belajar melihat Faris dengan kaca mata yang lebih lembut.
Di sebalik sikap over Faris, ada kejujuran yang polos sesuatu yang mengingatkan Mimi kepada dirinya sendiri ketika baru mengenal dunia.
Walaupun sibuk dengan pengajian diplomanya di sebuah universiti di sekitar Kuala Lumpur, Mimi tetap berusaha pulang setiap minggu untuk membantu sedikit sebanyak dalam operasi kedai keluarga.
Bagi Mimi, keluarga adalah keutamaan, dan membantu di kedai bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk dia melepaskan tekanan, bergaul bebas, dan kembali menjadi 'Mimi kampung' yang sebenar bukan Mimi diva di mata kawan-kawan KL-nya.
Ketika dia berdiri di antara rak-rak barang kedai, mengenakan jeans biru ketat dan t-shirt santai, ketawa lepasnya bergema bersama Aman dan Faris, tidak siapa yang menyangka dalam senyuman manja, dalam lirikan mata genitnya, tersembunyi seorang wanita muda yang penuh dengan hasrat, impian, dan pesona berbahaya yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang cukup berani untuk mendekatinya.