Kepulangan mereka ke ibu kota disambut dengan suasana hati yang baru. Hasbah memandang keluar tingkap pesawat, tangannya erat menggenggam tangan Akmal. Suaminya memejamkan mata, wajahnya kelihatan tenang selepas perjalanan panjang itu.
"Sayang," bisik Hasbah perlahan, tidak mahu mengganggu penumpang lain.
Akmal membuka mata, tersenyum sambil membalas genggamannya. "Hmm?"
"I janji, I akan jadi isteri yang lebih baik lepas ni. Kita dah lalui banyak benda, kan? I tak nak abaikan you lagi."
Akmal tersenyum kecil, rasa bersalah menyelinap di hatinya. "You tak pernah abaikan I, Has. Tapi kalau you nak lebih masa untuk kita, I suka."
Hasbah tersenyum, matanya bersinar dengan tekad baru. "Kita akan jadi lebih bahagia, sayang."
Sampai di rumah, Akmal terus naik ke bilik dan terbaring keletihan. Hasbah, bagaimanapun, tidak membuang masa. Dia mula mengemas rumah dengan penuh semangat, menyusun barang-barang yang sudah lama tidak diatur dengan baik.
Di dapur, Susi yang baru pulang dari rumah keluarganya, terkejut melihat majikannya sedang sibuk memasak. "Ibu Hasbah? Apa yang sedang ibu buat ni? Bukankah ibu selalu sibuk kerja?"
Hasbah tersenyum sambil mengacau periuk di dapur. "I nak belajar masak, Susi. Selama ni I terlalu bergantung pada you. Tapi sekarang I nak belajar buat semua ni sendiri, untuk suami I."
Susi tersenyum, menghormati usaha majikannya. "Kalau begitu, saya bantu ajarkan ibu. Ini sambal belacan ibu sudah buat, ya?"
Hasbah ketawa kecil. "Sambal belacan ni semua kerja you. Tapi lepas ni, I nak buat sendiri. You tengok dan komen, okey?"
Hari-hari berlalu dengan Hasbah menjalankan rutin barunya. Setiap pagi, dia menyiapkan sarapan untuk Akmal, menyapu lantai, dan memastikan rumah sentiasa kemas.
Suatu malam, Akmal yang baru pulang kerja duduk di ruang tamu, memandang sekeliling. Rumah yang dulu hanya sekadar tempat tinggal kini terasa lebih hidup. Dia melihat Hasbah sibuk menyusun album gambar lama di rak.
"Sayang, apa yang you buat?" tanya Akmal.
Hasbah menoleh, senyumannya lembut. "I nak pastikan rumah kita jadi tempat yang penuh kenangan indah. You perasan tak, album gambar kita tak pernah disusun dengan betul?"
Akmal ketawa kecil, mendekatinya. Dia duduk di sebelah Hasbah, membelek album itu. "I tak tahu pun kita ada gambar masa honeymoon dulu. Mana you jumpa ni?"
"Kat bilik stor. Banyak lagi benda-benda lama yang I nak susun," jawab Hasbah.
Akmal memandang isterinya, kagum dengan perubahan yang dia lihat. "I tak tahu apa yang buat you berubah, tapi I suka Has yang macam ni."
Hasbah tersenyum, menyentuh tangan suaminya. "I cuma nak jadi isteri yang lebih baik untuk you. Itu saja."
Petang itu, Hasbah berdiri di dapur dengan apron baru yang dibelinya semalam. Susi berdiri di sebelahnya, memberi arahan.
"Ini, ibu. Kalau tumis bawang, api jangan terlalu besar, nanti hangus," ujar Susi sambil menunjuk kuali.
Hasbah mengangguk, mencuba sendiri. Beberapa kali dia hampir membuat kesilapan, tetapi Susi dengan sabar membimbing.
Setelah selesai memasak, Hasbah memanggil Akmal ke meja makan. "Sayang, malam ni semua ni I yang masak. You kena cuba dan bagi komen, okey?"
Akmal mencuba satu sudu sup ayam di depannya. Dia mengangguk perlahan. "Hmm, not bad. Sedap, sayang. Betul ni you masak sendiri?"
Hasbah ketawa. "Dengan bantuan Susi. Tapi tak lama lagi, I akan jadi pro."
Akmal tersenyum, rasa hangat di dadanya. "You dah buat lebih dari cukup, Has. Thank you for everything."
Malam itu, setelah makan malam selesai dan anak-anak tangga sudah dikemaskan, Hasbah duduk di sebelah Akmal di sofa. Mereka menonton TV bersama, seperti pasangan yang baru bercinta semula.
"I rasa lebih bahagia sekarang," kata Akmal tiba-tiba, memecah keheningan.
Hasbah menoleh ke arahnya. "Kenapa? Sebab rumah kita dah kemas?"
"Bukan. Sebab I rasa kita lebih rapat sekarang. I tak rasa sunyi lagi."
Hasbah menggenggam tangan suaminya. "I janji, I takkan buat you rasa sunyi lagi."
Akmal tersenyum, memeluk Hasbah erat. Dia tahu masih ada dilema yang menghantui fikirannya, tetapi untuk malam itu, dia membiarkan semuanya berlalu, menikmati kehangatan cinta mereka.
###
Malam minggu itu, Datin Maisarah mengadakan majlis makan malam untuk semua staf butik. Meraikan kejayaan event mereka di bandung tempoh hari. Kebetulan pula, hari itu merupakan ulang tahun perkahwinan kelima Akmal dan Hasbah.
Akmal telah menyusun kejutan kecil untuk isterinya sebelum mereka menghadiri makan malam anjuran Datin Maisarah. Ketika Hasbah sibuk bersiap di bilik, Akmal mengetuk pintu perlahan sambil membawa sebuah kotak hadiah yang diikat dengan reben merah.
"Sayang, dah bersiap ke untuk malam ini?" Akmal bertanya sambil mengintai dari celah pintu.
"Tengah nak bersiap lah ini bang," jawab Hasbah, sambil menyematkan anting-anting terakhir pada telinganya.
Akmal melangkah masuk, wajahnya penuh senyuman. "Abang ada sesuatu untuk Sayang."
Hasbah memandang kotak itu dengan rasa ingin tahu. "Apa ni?" soalnya, tersenyum kecil.
"Buka, dan tengoklah sendiri."
Hasbah mengambil kotak itu dan membuka reben dengan hati-hati. Ketika dia mengangkat penutupnya, wajahnya merona merah serta-merta. Di dalamnya terletak sepasang lingerie merah yang sangat elegan, diperbuat daripada renda halus, lengkap dengan sentuhan rekaan moden yang menggoda tetapi tetap classy.
"Abang... apa ni?" Dia tergelak kecil, menutup mulutnya dengan tangan. Pipinya sudah jelas berwarna kemerahan.
Akmal ketawa kecil, memandangnya dengan penuh makna. "Ini hadiah ulang tahun perkahwinan kita. Abang nak sayang tahu, betapa abang masih menganggap sayang istimewa. Kita dah lalui macam-macam, tapi malam ni abang nak kita raikan semula cinta kita."
Hasbah memandang hadiah itu dengan campuran rasa malu, teruja, dan terharu. "Abang ni pandai buat Hasbah tak tahu nak kata apa." Dia menutup kotak itu, memeluk Akmal erat. "Terima kasih, sayang. Hasbah akan pakai... tapi bukan sekarang."
Akmal ketawa manja. "Eh, tak boleh lahh, kena pakai malam ni la, kan hari special kita."
"Hmmm... iya lahh. Sayang pakai malam ni.. " ujarnya manja, tidak mahu mengecewakan permintaan suaminya.
Mereka tiba di lokasi majlis tepat pada waktunya. Suasana malam itu penuh dengan gelak tawa dan muzik santai. Para tetamu berbual mesra sambil menikmati hidangan. Hasbah kelihatan sangat cantik malam itu, memakai gaun hijau zamrud yang menawan, yang dipadankan dengan kalung mutiara pemberian Akmal sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dulu.
Datin Maisarah, selaku tuan rumah, menyambut pasangan itu dengan mesra.
"Hasbah, Akmal, selamat datang! Malam ini istimewa, bukan saja untuk kita semua, tapi juga untuk kalian berdua, kan? Lima tahun, wah, tahniah!" kata Datin Maisarah sambil tersenyum lebar.
"Terima kasih, Datin," balas Hasbah sambil tersipu-sipu, tangannya erat memegang lengan Akmal.
Mereka duduk di meja vvip dan menikmati persembahan nyanyian diatas pentas, sesekali saling bertukar pandang penuh makna. Akmal, yang sebelumnya sering tenggelam dalam keresahan, kini mula merasakan kehadiran Hasbah kembali menyinari hidupnya.
Ketika acara utama hampir bermula, Akmal berbisik lembut ke telinga Hasbah, "Abang ada suprise untuk sayang malam ni" ujarnya, sambil tersenyum nakal.
Di tengah majlis, Datin Maisarah bangkit memberikan ucapan terima kasih kepada semua staf yang telah berusaha keras untuk menjayakan butik mereka. Hasbah turut menerima pujian atas dedikasinya, dan Akmal merasa bangga melihat isterinya bersinar dalam kalangan rakan sekerja.
- bersambung -
269Please respect copyright.PENANAcrVEyaZyiH