"Saya tahu tempat makan yang enak, Mas. Tapi agak jauh sedikit. Tak apa, kan?" tanya Susi dengan senyuman kecil yang manja.
"Tak apa. Janji perut kenyang," balas Akmal sambil tersenyum.
Mereka menaiki teksi menuju sebuah kawasan restoran yang popular di Bandung. Sepanjang perjalanan, suasana malam dihiasi lampu jalan yang berkerlipan, dan udara malam Bandung terasa sejuk. Akmal menoleh ke arah Susi, yang sedang memandang ke luar tingkap dengan tenang.
"Susi, terima kasih kerana selalu melayan kerenah saya," kata Akmal perlahan, memecah kesunyian.
Susi menoleh, senyumannya tetap lembut. "Mas tak perlu berterima kasih. Saya cuma buat apa yang saya mampu."
Akmal memandang ke hadapan, berfikir sejenak. "Tapi kamu lebih dari itu. Kamu buat saya rasa... seperti saya ada teman yang betul-betul faham saya."
Susi terdiam, matanya kembali ke luar tingkap. Ada sesuatu dalam kata-kata Akmal yang menyentuh hatinya. Tangannya menggengam erat tangan Akmal.
Mereka tiba di sebuah restoran sederhana tetapi penuh dengan pelanggan. Bau harum sate dan nasi goreng memenuhi udara, membuatkan Akmal semakin lapar. Mereka mengambil tempat duduk di sudut restoran.
Susi memanggil pelayan dan memesan makanan. "Mas Akmal harus cuba sate ayam di sini. Sambalnya pedas, tapi sangat sedap."
"Baiklah, saya ikut saja." balas Akmal dengan senyuman.
Ketika makanan tiba, Akmal mencuba sate ayam yang disarankan oleh Susi. Rasa pedas sambalnya membuatkan dia terbatuk kecil.
"Pedas, ya?" Susi tertawa kecil, sambil menghulurkan segelas air kepada Akmal.
"Pedas, tapi sedap macam kamu," kata Akmal sambil tersenyum lebar mengusiknya.
Sambil makan, mereka berbual seperti pasangan yang sudah lama saling mengenali. Akmal berkongsi cerita tentang kehidupannya semasa kecil, dimana dia dibesarkan dari keluarga yang berpecah belah, sementara Susi bercerita tentang kehidupan susahnya membesarkan anak-anak seorang diri.
"Susi, kamu seorang ibu yang kuat," kata Akmal, memandangnya dengan penuh penghargaan.
Susi menggeleng perlahan. "Saya cuma buat apa yang perlu untuk anak-anak. Mereka kekuatan saya. Kalau bukan kerana mereka, mungkin saya sudah menyerah."
Akmal terdiam, semakin kagum dengan ketabahan wanita itu.
Selepas selesai makan, Akmal memesan makanan bungkus untuk Hasbah. "Saya nak bungkuskan sate ini ya dan nasi goreng," katanya kepada pelayan.
Mereka melangkah keluar dari restoran menuju teksi. Dalam perjalanan pulang ke hotel, mereka terserempak dengan Datin Maisarah di jalanan, sedang berjalan bersama seorang rakan sekerja.
"Oh, Akmal! Susi! Apa buat di sini malam-malam?" tegur Datin Maisarah dengan nada ramah tetapi sedikit ingin tahu.
Akmal tersenyum tenang, cuba mengawal dirinya. "Saya lapar tadi. Hasbah pula sudah tidur, jadi Susi bawa saya cari tempat makan yang bagus."
Datin Maisarah mengangguk, matanya bergilir-gilir memandang Akmal dan Susi. "Oh, begitu. Hasbah memang letih hari ini. Sampai ke petang nak settle event preparation. Baguslah ada Susi untuk teman kamu. Jaga diri, ya!"
Mereka berpisah, tetapi hati Akmal sedikit berdebar. Dia menoleh ke arah Susi, yang hanya tersenyum kecil, seperti memahami situasi itu.
"Datin Maisarah nampak kita, mas, gimana" tanya Susi perlahan.
"Tak apa, Susi. Dia cuma fikir awak hanya teman saya makan." jawab Akmal dengan tenang.
Susi hanya tersenyum lagi, membiarkan kata-kata Akmal terhenti di situ.
Setibanya di hotel, Akmal melangkah ke keluar dari lift dengan makanan bungkus untuk Hasbah. Sebelum beredar menuju biliknya, dia menoleh ke arah Susi.
"Susi, terima kasih untuk malam ini. Sangat istimewa.." Akmal tersenyum gembira
Susi membalas dengan senyuman kecil. "Sama-sama, Mas. Selamat malam."
Akmal masuk ke bilik, meletakkan makanan di meja kecil. Hasbah masih lena di atas katil. Dia duduk di tepi katil, memandang isterinya. Walaupun dia tahu hubungan mereka masih baik, ada rasa yang tidak mampu dia buang dari hatinya—rasa kosong yang hanya Susi dapat isi.
Dengan hati yang bercelaru, Akmal merebahkan diri di sofa, memandang siling bilik sambil memikirkan kehidupannya yang semakin rumit.
###
Hasbah bangun di tengah malam dengan perut yang kelaparan. Dilihat suaminya sudah lena di sebelahnya. Matanya tertumpu pada makanan yang tersusun kemas di meja, bersama nota ringkas yang ditinggalkan Akmal:
"Sayang, abang bawa pulang makanan untuk you. nanti mesti kelaparan kan. Jangan lupa makan. I love you."
Hasbah tersenyum kecil sambil membaca nota itu. Dia menikmati makanannya perlahan-lahan, memikirkan betapa jarangnya mereka berbual mesra seperti dulu. Namun, hatinya sedikit terusik. Akmal masih menunjukkan perhatian seperti dulu, tetapi kenapa dia terasa seperti ada sesuatu yang berubah?
Keesokan paginya, Hasbah bangun awal untuk bersiap menghadiri acara penting di ballroom hotel. Dia mengejutkan Akmal yang masih lena.
"Bang, bangunlah. Kita kena turun sarapan sebelum I pergi meeting," katanya lembut, menyentuh bahu suaminya.
Akmal membuka mata perlahan-lahan, memandang isterinya dengan pandangan sedikit lesu. "Okay, give me a few minutes. You nampak cantik pagi ni," balas Akmal sambil tersenyum, membuatkan Hasbah tersenyum kecil.
Mereka berdua bersarapan bersama di buffet hotel, menikmati hidangan tempatan dan berbual ringan. Hasbah mencuba hidangan khas Bandung yang diperkenalkan oleh Susi, tetapi fikirannya sedikit terganggu dengan perasaan yang tidak dapat dijelaskan.
Setelah sarapan, Hasbah menuju ke ballroom untuk bertemu dengan Datin Maisarah. Maisarah menyambut Hasbah dengan senyuman hangat.
"Morning, Has! You look fresh today. Semalam tidur awal ke?" tanya Maisarah.
"Haah datin, penat sangat semalam, bagun pagi ni kelaparan, nasib akmal ada beli makanan untuk i, terus rasa lega," jawab Hasbah sambil tersenyum kecil.
Maisarah memandang Hasbah dengan kening terangkat. "Haah, Akmal keluar malam tadi. I nampak dia kat restoran berjalan dengan Susi."
Hasbah terkejut mendengar nama Susi disebut. "Dengan Susi?" tanyanya, cuba berlagak tenang.
"Yes, I bumped into them. Dia kata you tidur awal, so dia keluar makan. Tapi, I macam pelik. Mereka nampak... rapat. Mungkin sebab Susi tu peramah orangnya" kata Maisarah dengan nada santai, namun matanya tajam memerhatikan reaksi Hasbah.
Hasbah cuba menyembunyikan perasaan curiganya. Dia ketawa kecil. "Oh, dia lapar sangat kot masa tu. Akmal memang selalu baik dengan staff. Tak ada apa-apa lah tu," balasnya, tetapi hatinya mula tidak tenteram.
Selepas Maisarah pergi, Hasbah duduk sebentar di kerusi ballroom. Hatinya mula memikirkan perkara yang dia abaikan sebelum ini:
Kenapa Akmal semakin jarang meluangkan masa dengannya?
Adakah dia terlalu sibuk dengan kerja hingga mengabaikan suaminya?
Dan kenapa Akmal rapat sangat dengan Susi?
Hasbah memandang ke arah telefon bimbitnya. Dia terfikir untuk menyemak telefon Akmal, tetapi perasaan bersalah menghalangnya. "Takkanlah Akmal buat hal macam tu," bisiknya perlahan, cuba meyakinkan dirinya.
Namun, perasaan curiga itu semakin sukar ditepis. Hasbah bertekad untuk lebih peka terhadap setiap gerak-geri suaminya, terutama apabila Susi ada di sekeliling.
####
Acara pertunjukan fesyen di ballroom hotel berlangsung dengan penuh kemeriahan. Muzik latar yang elegan, lampu sorot yang memancarkan keindahan rekaan terbaru Hasbah, dan tepukan gemuruh para tetamu menjadi bukti kejayaan event itu. Namun, di tengah-tengah keghairahan acara tersebut, fikiran Hasbah melayang entah ke mana.
Dia berdiri di tepi pentas, tersenyum nipis apabila ditegur oleh para tetamu, tetapi hatinya seolah-olah tidak berada di situ.
Maisarah menghampiri Hasbah dengan senyuman lebar. "Tahniah, Has! Koleksi kali ni memang meletup. Semua orang memuji rekaan you!"
Hasbah cuba tersenyum lebar. "Thanks, Mai. Tapi you tahu kan, kerja macam ni tak pernah berhenti. Dah habis event ni, kena fikir projek seterusnya pula," katanya sambil cuba mengalihkan perhatian.
Maisarah memandang Hasbah dengan penuh perhatian. "You okay ke, Has? You nampak macam tak fokus hari ni. Selalunya, you akan jadi orang paling sibuk dan excited bila event berjalan."
Hasbah mengeluh perlahan. "I'm okay. Mungkin penat sikit je kot. Tapi, terima kasih sebab always ada dengan I."
Maisarah memegang bahu Hasbah. "Kalau ada apa-apa, you tahu I ada untuk dengar. Jangan simpan sorang-sorang."
Hasbah hanya mengangguk. Tetapi sebenarnya, hatinya bercelaru.
Hasbah teringat perbualannya dengan Maisarah pagi tadi tentang Akmal dan Susi. Bayangan wajah suaminya bersama pembantu rumah itu semakin sukar diusir dari fikirannya.
"Kenapa aku rasa macam ni? Takkanlah Akmal buat sesuatu yang melampau. Tapi kenapa Maisarah cakap macam tu? Adakah aku yang terlalu sibuk sampai abaikan dia?" fikir Hasbah, sambil matanya tertancap pada model yang berjalan di pentas.
Ketika tepukan gemuruh menandakan akhir acara, Hasbah berdiri dan memberikan ucapan ringkas. Suaranya tenang, tetapi hati kecilnya resah.
Setelah semua tetamu pulang dan staff sibuk mengemas, Hasbah berjalan keluar ke lobi hotel, mencari udara segar. Di luar, langit malam Bandung begitu indah, dihiasi bintang-bintang yang berkelip. Namun, keindahan itu gagal menenangkan perasaannya.
Akmal menghampiri dari arah lain. "Sayang, you okay? I tengok you macam termenung je sepanjang event tadi," tanya Akmal dengan suara lembut.
Hasbah tersentak sedikit, tetapi cepat menyembunyikan kegelisahannya. "I'm fine. Cuma penat sikit je. Thanks sebab datang support tadi," katanya sambil tersenyum kecil.
Akmal memandang wajah isterinya dengan rasa bersalah yang mula menghimpit dada. "Kalau macam tu, malam ni kita rest dulu. Esok you dah free kan? Maybe kita boleh spend time together," katanya cuba menceriakan suasana.
Hasbah mengangguk, tetapi dalam hatinya, dia tahu esok dia perlu mencari jawapan kepada semua kecurigaannya.
- bersambung -
277Please respect copyright.PENANATMYmrU38Nf
277Please respect copyright.PENANAnFgY07CC44