Beberapa bulan berlalu, musim bertukar. Dalam rumah kecil itu, Lyana duduk di atas katil sambil menggenggam erat tangan Faiz. Wajahnya pucat, peluh membasahi dahi, namun senyuman tetap terpamer saat tangisan bayi pertama kali kedengaran.
“Anak kita, Faiz...” suaranya lemah namun penuh harapan.
Faiz mengangguk, air matanya jatuh tanpa dia sedar. Dia sambut bayi itu dengan tangan yang sedikit menggigil. Kecil, lembut, dan... kulitnya sedikit gelap berbanding mereka berdua. Jelas.
Dia tahu. Dan Lyana pun tahu.
Jue hanya memandang dari balik kaca wad. Dia tarik nafas dalam, kemudian buka telefon bimbitnya. Satu pesanan ringkas dihantar:
“Lyana dah selamat lahirkan. Anak tu... memang anak Uncle. Tapi dia akan dibesarkan dalam keluarga yang pilih untuk maaf dan baiki, bukan terus hidup dalam silap.”
Uncle tak balas saat menerima pesanan dari Jue. Uncle tersenyum menitiskan airmata, bagi dirinya ini adalah pengakhiran tiada lagi tubuh Lyana yang akan dinikmatinya.
Dan Faiz, walau hatinya sebak melihat kebenaran di depan mata, tetap tunduk mencium dahi bayi itu. “Kau tetap anak aku. Sebab aku pilih untuk sayang, bukan benci.”
Lyana memandang suaminya penuh syukur. “Terima kasih... sebab kuat. Sebab terima saya dan anak ni, walaupun kita tahu hakikatnya.”
Faiz tersenyum. “Saya pernah gagal jadi suami. Tapi kali ni, saya nak jadi ayah yang baik. Suami yang cukup.”
215Please respect copyright.PENANAMlBmrsfBBx
215Please respect copyright.PENANA7fdcyGodaK
---
215Please respect copyright.PENANACOHnZMXORU
Epilog:
Anak itu diberi nama Rayyan pintu syurga. Simbol pengampunan, dan permulaan baru. Faiz dan Lyana membesarkannya dengan kasih, tanpa perlu rahsia. Mereka tahu, hidup ini tak semestinya bersih dari dosa. Tapi ia boleh jadi suci semula... jika seseorang memilih untuk ikhlas, memaafkan, dan mencintai dengan jujur.
T A M A T
terima kasih telah support selama ini, harap semuanya berpuas hati atas karya kecil ku ini.