beberapa minggu kemudian
malam itu, seperti malam-malam sebelumnya, mereka makan malam berdua. Anak sudah tidur awal. Faiz, seperti biasa, diam. Tapi malam ini ada sesuatu yang lain dalam wajahnya mata yang tak henti pandang ke arah Lyana, seolah-olah mengunyah jawapan yang belum terkeluar.
Lyana hanya tunduk, mengacau nasi dalam pinggan. Cuba berlagak tenang, walau hatinya rasa tak sedap entah kenapa.
“Uncle tu,” suara Faiz pecah sunyi makan malam itu. “Awak masih contact dia?”
Lyana angkat kepala, tergamam. Jantungnya terus laju.
“Apa… apa maksud abang?” tanyanya perlahan, cuba sembunyikan kegelisahan.
Faiz senyum, senyum yang menyakitkan. “Saya tanya, sebab saya dah tahu lama. Tapi saya tunggu awak jujur.”
Diam.
“Saya tengok sendiri, Lyana. Awak... dengan dia. Dan dua lelaki lain.” Suaranya tenang, tapi dingin. “Dalam homestay tu. Semua rakaman CCTV, saya ada.”
Lyana terdiam. Badannya kaku. Pinggan tak disentuh lagi. Dia cuba cari nafas. Cuba cari helah. Tapi dadanya terlalu berat.
“Itu bukan homestay biasa, Lyana. Kawan awak, Jue tu... dia yang rancang, kan?”
Mata Lyana membulat. Nafasnya tersekat. “Macam mana abang tahu?”
Faiz menyandar, mata tajam menembus jiwa Lyana. “Masa awak kata nak ke rumah Jue, saya tahu awak bohong. Tapi saya diam, saya nak tengok sejauh mana awak sanggup bawa diri dalam dosa ni.”
Lyana tahan air mata. Hatinya hancur melihat wajah Faiz bukan kerana dia menjerit, tapi kerana dia terlalu tenang.
“Saya cuma... saya cuba tunaikan janji lama saya dengan Uncle. Jue tolong saya, bukan dia paksa.” Suaranya perlahan, terketar. “Saya tak sangka akan jadi macam tu... saya tak rancang yang lain-lain tu.”
Faiz ketap rahang. “Jadi awak biar diri awak... diperlakukan macam tu? Dan awak tipu saya atas nama ‘teman Jue’?”
Lyana tunduk. Tak mampu bersuara. Tiada alasan yang mampu cuci aib yang sudah terbentang.
“Saya rasa awak bukan Lyana yang saya kahwini dulu,” kata Faiz perlahan.
Malam itu, tiada siapa menyentuh makanan. Hanya bunyi detik jam dinding dan denyut rasa bersalah yang terus mengetuk kepala Lyana.
Faiz berdiri sambil memandang Lyana yang masih tertunduk. Hatinya berperang antara marah dan sakit hati, tapi suaranya masih terkawal walaupun nadanya semakin menekan.
"Untuk apa kau tunaikan janji sampai sanggup serah tubuh, Lyana?" tanyanya tegas. "Apa aku tak cukup? Layanan aku… tak memuaskan ke?" kata Faiz
Pertanyaan itu menikam terus ke dada Lyana. Dia tahu dia bersalah, tapi setiap patah kata dari Faiz seperti menggali luka lama yang dia sendiri cuba tanam dalam-dalam.
Dia tak terus jawab. Hanya tunduk, tangan menggenggam kain baju kurungnya erat. Air mata bergenang di hujung mata, tapi dia tahan.
Dalam fikirannya, jawapan itu jelas.
Ya. Memang semuanya serba kurang.
Sentuhan Faiz yang hambar. Nafsu yang rutin. Tiada debaran. Tiada keghairahan yang buat dia rasa ‘hidup’.
Dan saat tubuhnya berada di bawah belaian Uncle dan lelaki-lelaki itu walau dia tahu semuanya dosa dia rasa dirinya dikehendaki. Dirinya dihargai.
Tubuhnya diberikan makna, bukan sekadar pelepas lelah.
Tapi mana mungkin dia mampu luah semua itu?
Mana mungkin seorang isteri boleh berkata jujur seperti itu kepada suami sendiri walaupun hakikatnya, suami itulah yang terlebih dahulu menduakan cinta.
Lyana mengangkat kepala, tenung Faiz dengan mata yang penuh kekosongan.176Please respect copyright.PENANA6XKlH5GXgP
"Saya tak buat semua tu sebab seks semata-mata. Tapi sebab saya dah terlalu lama rasa kosong. Sunyi. Tak dihargai. Dan masa saya mula hanyut… saya sendiri tak kenal siapa diri saya lagi."
Faiz tergamam seketika. Tak sangka itu jawapan yang keluar dari mulut isterinya.
"Dan kalau awak nak tahu siapa lebih memuaskan..." Suara Lyana perlahan, tapi tajam. "...saya takkan jawab. Sebab apa yang saya dapat dari mereka, awak takkan pernah faham. Awak sibuk soal dosa saya… tapi dosa awak sendiri, awak sembunyi."
Sunyi mengisi ruang makan itu semula. Kali ini, tiada siapa menang. Yang ada cuma dua manusia yang sama-sama luka, sama-sama berdosa… tapi belum tentu mampu maafkan.
“Dah cukup!” bentak Faiz, tangannya menghentak meja kuat hingga sudu garpu terjatuh ke lantai.
Lyana tersentak, nafasnya tersekat. Air mata yang ditahan tadi mula gugur satu-satu.
Faiz bangun berdiri, matanya merah, wajahnya tegang. “Sampai hati kau buat aku macam ni, Lyana. Aku kerja siang malam cari nafkah, kau balas dengan serah tubuh dekat jantan tua dengan dua orang entah siapa-siapa tu?!”
“Faiz, saya” kata Lyana
“Tutup mulut kau!” bentaknya lagi, jari telunjuk mengarah ke wajah Lyana. “Kau tipu aku hidup-hidup. Kau keluar rumah kononnya nak temankan Jue, tapi pergi jual maruah! Macam pelacur murahan!”
Lyana teresak. “Saya tak niat nak”
“Tapi kau tetap buat, Lyana!” Faiz tak beri ruang. Dia mula berjalan mundar-mandir, emosinya tak terkawal. “Kau tahu tak betapa jijik aku rasa tengok rakaman tu? Tubuh isteri aku sendiri... disentuh lelaki lain. Siap kau nikmati. Kau ingat aku tak nampak reaksi muka kau?”
Setiap ayat Faiz seperti sembilu, menikam ke dalam hati Lyana. Tapi dia diam. Dia tahu dia bersalah. Tapi dalam hatinya...
Tapi kenapa Faiz terlalu yakin menyalahkan dia?
Faiz menoleh tajam. “Aku tak tidur dengan tiga orang lelaki dalam satu malam!”
Lyana kaku. Jiwanya berperang.
Kenapa aku rasa semua ni salah aku?
Kenapa aku yang dihukum seolah paling kotor?
Adakah dosa seorang isteri lebih hina dari dosa seorang suami?
Perlahan-lahan Lyana tunduk, tubuhnya menggigil, air matanya tak henti mengalir. Antara malu, sedih dan kecewa dia keliru.
Faiz berdiri kaku akhirnya, dadanya turun naik. Suasana bilik makan itu kini jadi medan perang yang sunyi. Hanya esakan Lyana yang kedengaran.
Dalam diam itu, Lyana mula persoal segalanya… tentang cinta, tentang setia, tentang dirinya sendiri.