
Hubunganku dengan zati kembali terjalin erat semula . Selepas aku mendapat cuti sehari percuma dari bosku iaitu datuk johan , aku bergegas pulang ke rumah dan meminta maaf kepada zati . Syukur dia sudi memaafkan dan tidak menyalahkan aku pada ketika itu . Aku turut meminta maaf kepada azman , dan seperti zati , azman juga sudi memaafkan kesalahanku ..
Kini sudah 5 bulan sejak hari kejadian . Di tempat kerja , tempoh percubaanku selama 3 bulan menjadi PA kepada datuk johan telahpun tamat . Aku dikatakan lulus dengan cemerlang dan berjaya mendapat jawatan itu sebagai pekerja tetap . Seperti yang dijanjikan datuk johan , gajiku dinaikkan , dan itulah yang membuatkan aku menjadi sangat gembira . Sekarang , setiap bulan , aku akan memberi duit belanja kepada mak dan abah sebanyak rm1000 . Mereka sangat gembira mendengar aku berjaya hidup dengan selesa di kuala lumpur ini . Mak dan abah juga tahu akan jawatan yang aku jalankan ini dan mereka merestuinya . Cuma mak sering berpesan kepadaku apabila aku menelefonnya . katanya "jaga tingkah laku kau ila kat sana . Kerja betul-betul . Kerja macamana pun dengan boss lelaki kau tu , kawal dan jaga batas kau dengan dia . Kau tu perempuan ."- kata mak .
Bulan lepas aku pulang ke kampung selama 4 hari setelah cuti aku diluluskan oleh datuk johan . Aku pulang menaiki bas berseorangan tanpa zati . Aku ada mengajaknya pulang bersama , namun zati menolak ajakan itu atas alasan belum bersedia .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seperti biasa , sekarang jam 2.30PM , aku sentiasa berada di sisi datuk johan membantu dalam hal-hal kerjanya . Kami berdua baru sahaja sampai di bilik ofis selepas berjumpa dengan client di luar . Aku duduk di meja dan menyambung kerja-kerja yang perlu disiapkan dan datuk johan kelihatan sedang berehat di mejanya .
Sambil aku kusyuk membuat kerja di komputer , sesekali aku akan memerhatikan datuk johan . Aku melihat wajahnya sedikit penat dan nampak seperti tidak bermaya . Ingin sahaja aku datang dan bertanya mengenai kesihatannya , namun aku batalkan niatku setelah melihat bosku itu sedang berehat di kerusinya sambil memejamkan mata .
Aku kembali meneruskan fokus menghadap kerja di skrin komputer . Beberapa minit selepas itu aku terdengar suara datuk johan memanggilku dari mejanya -
DJ - ila .. tolong saya belikan panadol boleh ? - kata datuk johan dari jauh . Suaranya perlahan seperti kedengaran tidak sihat .
Aku : boleh boss . Sekejap yer saya belikan ..
Datuk johan mengambil duit dari dompetnya setelah mendengar kesudianku itu dan menghulurkan duit dari mejanya . Aku bergerak mencapai duit itu dan dengan segera aku melangkah keluar dari bangunan ofis untuk pergi ke kedai runcit yang berdekatan .
Tidak perlulah aku bertanyakan kepadanya , "bos tak sihat ke? " ..bagiku itu soalan yang bodoh kerana jika seseorang itu mahukan panadol sudah tentulah kesihatannya tidak baik .
Aku melangkah laju menuju ke kedai runcit . Setelah mendapatkan panadol di situ , aku bergerak pantas lagi untuk pulang ke bilik ofis semula . Aku merasa sedikit risau melihat keadaan datuk johan pada ketika ini .
Setibanya aku di ofis , aku segera menuju ke pantry dan mengambil segelas air suam lalu membawanya ke dalam bilik . Aku meletakkan gelas itu bersama sepapan panadol di atas meja datuk johan .
Datuk johan yang sedang berehat sambil memejamkan matanya itu terperasan akan kehadiranku . Dia membuka mata lalu mengambil dua biji panadol dan menelannya dengan segera , dan ianya disudahi dengan meminum air masak yang aku bawakan tadi .
Aku masih lagi berdiri di hadapan mejanya dengan wajah yang sedikit risau . Aku lihat wajah datuk johan sedikit lesu dan tidak bertenaga seperti selalu .
Datuk johan memandang wajahku dengan cuba memberikan sedikit senyuman .
DJ : terima kasih ila . - ucap datuk johan ringkas . Wajahnya masih lagi tidak bermaya .
Aku : sama-sama boss .. - aku membalas kata-kata datuk johan dengan lembut dan memberikan senyuman kepadanya .
Aku memberanikan diri untuk berkata sesuatu kepada datuk johan selepas itu ..
Aku : Boss . Saya tengok dari pagi tadi nampak boss macam tak sihat . Boss tak nak pergi klinik ? - aku cuba menunjukkan keperihatinanku kepada datuk johan . Bagiku , hal kesihatannya juga adalah menjadi sebahagian dari tugasku sebagai PA walaupun ianya tiada dalam skop kerja . Lagi pula , datuk johan merupakan bos yang baik kepada para pekerjanya termasuk aku . Jadi , tiada sebab untuk aku tidak berperihatin kepada hal kesihatannya .
Datuk johan memandangku dengan tenang walaupun wajahnya masih tidak bermaya . Dia membalas kata-kataku -
DJ : takpe , sikit je ni . Saya cuma pening kepala . Kejap lagi elok lah ni . - jawab datuk johan dengan cuba menyakinkan aku mengenai hal kesihatannya .
Aku mengangguk faham selepas mendengar kata-kata datuk johan itu . Tidak perlu untuk aku menekan-nekan menyuruh dia pergi ke klinik . Bagiku cukuplah sekali aku memberikan pendapat , jika dia tidak mahu , aku perlu akur .
Tak lama selepas itu aku meminta diri untuk kembali membuat kerja di mejaku . aku memusingkan badan dan mula berjalan ke arah meja , namun secara tiba-tiba aku terdengar datuk johan bersuara -
DJ : ila . Tolong urut kepala saya boleh ? - pinta datuk johan .
Aku memusingkan badan dan menghadap datuk johan semula . Aku lihat wajahnya seperti sedang meminta dengan ikhlas .
Aku sedikit terkejut mendengar permintaannya . Satu bentuk permintaan bantuan yang belum pernah aku lakukan . seumur hidupku , aku pernah menyentuh lelaki yang hanya dalam kebenaran hukum sahaja . Selain dari itu aku tidak pernah . Aku sangat menjaga batas sentuhan di antara lelaki dan perempuan .
Tapi kali ini aku dalam dilema . Seorang lelaki asing meminta bantuanku untuk mengurut kepalanya yang sedang sakit . Asing maksudku bukanlah kerana aku tidak mengenalinya tetapi kerana dia bukan mahramku .
Aku berfikir lagi .. Kalau aku menolak untuk menolong , maka siapa lagi yang akan memicitkan kepalanya , kerana di dalam ofis ini sudah tentu hanya aku yang paling rapat dengan datuk johan ini . Tapi kalau aku memenuhi permintaannya , maka aku telah melanggar hukum . Aku sedang keliru untuk membuat keputusan .namun tak lama selepas itu -
"Darurat." - hatiku berkata tidak lama selepas aku dalam dilema tadi .
Aku memandang wajah datuk johan . Dengan fikiran yang waras dan merasa kasihan melihat dia yang sedang sakit , aku menyatakan kesudian untuk memicit kepalanya . Dengan perasaan yang gementar , aku menuju dan berdiri di belakang kerusinya lalu dengan perlahan , kedua-dua tanganku menyentuh bahagian kepala datuk johan buat kali pertama .
Mukaku sedang menunjukkan gementar namun mujur sahaja datuk johan tidak dapat melihatnya kerana aku mengurut kepalanya dari belakang .
Perlahan-lahan kedua-dua tanganku menyentuh dahi bossku itu dan mula memicit secara lembut . Aku dapat merasa tanganku sedikit terketar-ketar pasa ketika ini . Yelah seperti aku cakapkan tadi , ini kali pertama aku menyentuh kulit yang bukan dari mahramku .
Dengan urutan lembut itu , sesekali mulut datuk johan akan mengeluarkan anginnya , persis sama seperti aku mengurut abah atau abangku di kampung .
Pada ketika ini aku berharap tiada orang yang akan membuka pintu bilik datuk johan ini secara tiba-tiba . Walaupun hal itu tidak pernah terjadi namun aku tetap risau jika tiba-tiba perkara seperti itu akan berlaku sekarang ini . Sepanjang 5 bulan aku bekerja di sini , semua kawan-kawan kerjaku tahu dan maklum akan batas pergaulan yang aku jaga . Jadi , jika secara tiba-tiba mereka tahu atau ternampak perbuatan urut aku kepada datuk johan ini , sudah tentu mereka akan mengecop aku "solehah di depan-depan sahaja" ..
Aku masih lagi mengurut kepala datuk johan . Aku ingin pastikan hasil bantuanku ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sakit di kepalanya . Seperti yang aku katakan tadi , ini adalah waktu 'darurat' mengikut perkiraan logikku . Jadi tidak mengapalah aku mengurutnya . Lagi pula , sepanjang 5 bulan aku bekerja dibawahnya , hubungan kami makin rapat tetapi masih lagi kekal sebagai bos dan pekerja .
Sambil-sambil mengurut , aku terkenang hubungan rapat kami berdua . Jika pada awal aku bekerja dahulu , datuk johan hanya sesekali sahaja mengajak aku makan bersama , itupun pada hari biasa selepas tamat waktu bekerja .
Namun sejak aku diberikan jawatan tetap ini , aku sudah beberapa kali keluar bersama datuk johan pergi bersiar-siar di sekitar KL atau menemaninya ke pusat membeli-belah pada hari cuti . Datuk johan sendiri yang mengajakku dan dengan ikhlasnya aku menerima pelawaan itu . Yelah , di Kl ini , aku tidak mempunyai ramai kawan . Selama 5 bulan aku di sini , aku hanya rapat dengan zati , azman dan datuk johan sahaja . Merekalah kawanku di luar tempat kerja . Jadi , jika datuk johan atau zati mengajakku keluar , sudah tentu aku gembira untuk menerimanya kerana dapat menghilangkan kebosananku pada hari cuti .
Disebabkan hubunganku yang makin rapat dengan datuk johan diluar hari pejabat , membuatkan aku mengenali sisi peribadinya dengan lebih dekat . Aku makin selesa untuk berbual dengannya kerana datuk johan juga selesa berborak denganku . Jika dahulu aku tak berani untuk bergurau dengannya , namun sejak kami makin rapat , aku akan bergurau dengan bosku ini jika kena dengan waktunya . Namun aku masih lagi memandang hormat kepadanya kerana dia tetap merupakan seorang boss kepada aku .
Aku senyum sendirian ketika memikirkan hubunganku dengan datuk johan . Ya , makin lama aku makin selesa dengannya dan makin lama aku mulai jatuh hati pada susuk tubuh yang sedang aku urut sekarang ini . Cuma aku aku tak boleh cepat perasan . Mungkin datuk johan melayaniku dengan baik hanya kerana sikapnya memang begitu , dan bukan kerana dia cuba untuk mengoratku . Dan aku berfikir lagi , sudah pasti aku tak layak untuknya jika nak dibandingkan darjat . Tambahan pula dengan gelaran , muka dan harta yang dia ada , sudah tentu mudah untuk datuk johan mendapatkan perempuan-perempuan cantik di luar sana .
Jadi dengan cepat aku perlu membenam sedalam-dalamnya perasaan jatuh hatiku pada datuk johan supaya aku tidak merasa kecewa kelak .
Sedang aku urut dan berfikir sendirian , tiba-tiba datuk johan bersuara ..
DJ : okay ila dah .. - kata datuk johan dengan meminta aku berhenti mengurut .
Aku menghentikan urutan seperti diminta oleh datuk johan dan berdiri di sisinya . Dengan wajah yang sedikit malu aku memandang datuk johan yang masih duduk di kerusinya itu .
Datuk johan memandangku dan tersenyum , lalu dia berkata -
DJ : terima kasih ila . Hurmm sory susahkan awak pulak . - kata datuk johan sambil memberikan sedikit senyuman kepadaku .
Aku : takpe .. err kalau takde apa-apa lagi saya sambung kerja ye . - aku membalas sambil masih lagi tersenyum menahan malu .
Datuk johan mengangguk dan aku beredar menuju ke ruang kerjaku semula .
Di meja kerjaku , aku melihat datuk johan kembali memejamkan mata sambil berehat di atas kerusinya .wajahnya aku perhatikan kelihatan sedikit bertenaga semula . Aku lega kerana sekurang-kurangnya urutan aku itu tadi berhasil untuk mengurangkan sakit kepalanya itu . Aku kembali menyambung kerjaku di komputer .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sabtu , 2PM - aku sedang berehat berseorangan di rumah bujangku tiga hari selepas kejadian aku mengurut datuk johan di ofis .
Sedang aku menonton tv di ruang tamu , henfonku berbunyi dan kelihatan nama zati terpapar di skrin .
Zati : hello ila , kau kat rumah ke ?- zati memulakan perbualan.
Aku : aah kat rumah . Kenapa ? - aku menjawab .
Zati : haaa jap lagi aku turun jumpa kau jap .
Aku : haa okay ti .. - panggilan dimatikan .
Zati menefon untuk datang ke rumahku . Ye , sekarang aku mempunyai rumah sendiri , tapi bukanlah beli , cuma menyewa sahaja . Selepas kejadian aku berbaik dengan zati semula pada 5 bulan lepas , pada ketika itu aku masih lagi duduk bersama dengannya tapi tidak lama . Sebulan selepas itu aku berbincang dengan zati , aku mahu menyewa sendiri .
368Please respect copyright.PENANAOxMiROTiO8
Pada awalnya zati menolak kerana dia risau dengan aku yang masih lagi kekok dengan bandar kuala lumpur ini . Namun aku memberikan idea yang aku mahu mencari rumah yang sama dengan blok yang dia duduk . Zati pada ketika itu berfikir . Aku menambah lagi yang aku kasihan dengan azman , jadi jika aku keluar dari rumah itu , dapatlah azman tinggal semula bersama dengannya .
" Kau tak payah risau la ti . Aku cari rumah kat blok ni . So sama je kan , aku dengan kau tetap dekat cuma berlainan rumah je . Azman pulak dapat duduk dengan kau balik . Aku bukan ape ti , aku kesian tgk suami kau tu . Disebabkan aku , kadang-kadang korang kena check in kat hotel pulak .. aku tahu kau ambik berat pasal aku , tapi kau jugak kena ambik perat pasal azman jugak kan .. ?" -
Begitulah kata-kata yang aku berikan kepada zati pada ketika itu .. selepas berfikir-fikir , zati akhirnya bersetuju .selepas itu , dengan bantuan azman , secara kebetulannya ada satu unit rumah di dalam blok yang sama , sedang mencari penyewa . Kata azman rumah itu lengkap dengan perabot dan harga sewanya juga berpatutan . Aku bersetuju dan berpindah ke rumah baru beberapa hari selepas itu .
368Please respect copyright.PENANALM67WvYJAO
Rumahku dan rumah zati hanya berselang 6 tingkat sahaja , zati di tingkat 28 dan aku di tingkat 22 . Kini , sudah hampir 4 bulan aku menyewa sendirian di dalam rumah ini dan aku merasa selesa dan sangat gembira .
'ting tong . Ting tong' . - loceng rumahku berbunyi menandakan ada orang datang . Orang itu tidak lain tidak bukan tentulah zati yang mahu datang tadi .
Aku membuka pintu dan pagar lalu zati masuk tanpa belum sempat aku mempelawanya . Aku dan dia duduk di ruang tamu .
Aku : kau ni ti .. datang sini bukan main seksi . Tudung mana ? - tanyaku seperti layak seorang mak-mak memulakan perbualan . Aku melihat zati yang sedang duduk di sebelahku dengan berpakaian seluar sukan pendek , baju tshirt dan tidak mengenakan tudung .
Zati : alaaa ila . Rumah kau ni dekat je kan dengan rumah aku . Malas la nak tukar seluar panjang . Bukan ramai pun orang lalu lalang kt luar tu . Lagi pun sekarang ni kan musim panas .. - jawab zati selamba sambil memberikan muka manjanya kepadaku .
Aku tersenyum dan hanya mengeleng-gelengkan kepala mendengar alasan zati itu tadi .
Zati menambah lagi -
Zati : kau tu .. duduk rumah sorang-sorang pun nak pakai baju lengan panjang , seluar panjang . Pakai jela seluar pendek , bukan ada orang nampak pun . Sekarang ni musim panas kan . Kau tak panas ke ila ? - kata zati lagi sambil menghukum cara aku berpakaian pula .
Aku : dah biasa la ti hehe .. - jawabku ringkas sambil memberikan senyuman kepadanya .
Tak lama selepas itu zati berkata lagi ..
Zati : ila .. aku datang ni ada benda nak cakap .. - zati menyatakan tujuannya ..
Aku : haaa apa ? - aku memandang wajah sahabatku dengan penuh minat untuk mengetahui tujuan dia datang ke rumahku ini .
Zati : macam ni . Semalam man jumpa johan . Dia cakap johan baru balik dari klinik . Kau tahu tak johan tak sihat sejak dua tiga hari ni ?
Aku : tahu . Aku ada tanya dia . Dia cakap dia cuma pening-pening kepala je .. so dia pergi klinik la semalam ? Apa cerita ? - aku makin berminat nak tahu keadaan kesihatan bossku itu . Disebabkan datuk johan itu adalah abang ipar zati , maka pastilah zati tahu perkembangan datuk johan itu melalui suaminya azman ..
Zati : johan cakap doktor bagi tahu yang dia tak sakit teruk pun , cuma "burnout syndrome" jer ..- terang zati kepadaku .
Aku : burnout syndrome ? Apa tu ? - tanyaku yang baru pertama kali mendengar penyakit seperti itu .
Zati : aku pun tak pandai sangat . Tapi man cakap , sakit ni datang bila kau kerja non stop pastu kepala otak asyik pikir pasal kerja je . So otak tak rehat , badan pulak penat , maka datanglah penyakit burnout tu .. - zati menjelaskan serba sedikit perihal sakit datuk johan itu kepadaku .
Aku : oooh .. patutlah dua tiga hari ni aku tengok dia macam penat je .. so sekarang ni macam mana ? - tanya aku lagi kepada zati dengan menunjukkan muka yang sedikit risau ..
Zati : ehh ehh , risau semacam je muka tu .. hahahaha .. - zati cuba mengenakan aku .
Aku menepuk -nepuk manja peha gebunya yang sedang duduk denganku disebelah kerana merasa geram di atas ayatnya itu tadi .
Aku : zatii .. aku serius ni .. kau ni .. tu boss kita kan .. salah ke aku risau ? - aku cuba-cuba serius dengan zati .. memang aku risau dengan keadaan kesihatan datuk johan disebabkan dia adalah boss aku . Tapi aku jugak tak boleh menipu diri aku sendiri bahawa perasaan risauku kepada datuk johan ini disebabkan hubungan yang rapat sedang terjalin di antara kami berdua .
Zati : heheheh alaaa gurau je la .. hurmm .. macam ni .. johan cakap doktor ada bagi ubat kat dia . Lepas tu doktor bagitahu kat dia lagi bagus kalau dia ambik cuti dan pergi berehat menenangkan fikiran untuk bantu sembuhkan burnout dia tu . - zati menyambung lagi tapi kali ni dengan lebih serius .
Aku hanya mengangguk tanda faham dengan penjelasan zati .. aku menyambung lagi perbualan kami berdua mengenai datuk johan -
Aku : ooohhh faham-faham .. baguslah dia bercuti . Kesian jugak aku tengok dia tu , ada je kerja yang dia buat . Call sanalah sinilah , deal itu la ini lah .. taip itu la ini lah .. tak stop-stop dengan kerja aku tengok dia tu - aku tiba-tiba membebel sambil mata memandang ke arah tv ..
Zati : haaaaa tu tujuan aku datang sini ila .. - zati menyambung menyatakan niatnya datang ke rumah aku ..
Aku : apa ??? - aku kembali memandang zati dengan memberikan wajah kehairanan kepadanya ..
Zati : macam ni .. semalam man ada nasihat johan . Dia suruh johan pergi bercuti . Masalahnya sekarang ni johan takde geng nak bercuti . Kau pun tahu hidup bos kita tu , dia dengan dunia kerja dia je la . Man ajak johan pergi bercuti bersama dengan aku sekali . Dia setuju .. tapi man kesian la tengok dia takde pasangan . Yela , man kompom la dengan aku nanti . Johan pulak sorang-sorang .. so ... - zati memberitahu plannya namun ayat hujungnya tergantung membuatkan aku tidak memahami ..
Aku : so ??? - aku membalas ringkas menunggu kata-kata sambungan dari zati . Aku mengesyak yang zati akan mengajakku sekali untuk menemani datuk johan bercuti . Cuma aku saja buat-buat tidak faham ..
Zati : ehhh kau ni buat-buat tak faham pulak .. so .. man suruh aku ajak kau lah .. dia ada sebut nama kau kat johan .. johan cakap kalau kau ikut bagus jugak .. ada la dia kawan berborak .. - zati menghabiskan kata-katanya dengan memberikan senyuman kepadaku ..
Aku mengangguk tanda faham . Aku memandang zati . Tak lama selepas itu aku memandang ke arah tv . Aku berfikir sejenak mengenai ajakan zati itu tadi ..
Setelah beberapa ketika , aku memandang zati semula dan berkata -
Aku : kau dengan man . Aku dengan boss kita tu ? .. ermm .. zati .. - aku memberikan jawapan yang tergantung pada zati . Aku sedang keliru sama ada mahu ikut atau tidak .. mukaku sedikit risau ..
Zati : kau ni cepat sangat risau la ila . Macam ni .. aku dengan man plan nak pergi bercuti minggu depan time hari pekerja . So timing tu cun sebab cuti hari pekerja kan jumaat , so boleh sambung sampai ahad ..so aku
Belum sempat zati menghabiskan kata-katanya , aku mencelah -
Aku : so bercuti 3 hari ? Eeeehhhh tak nak la aku ti ... Merepek la kau ni .. tak nak aku .. korang pergi je la .. - aku terus tidak mempersetujui idea zati itu sambil dahiku berkerut memandang tv ..
Zati : ermmm kau tu macam tu la ila .. aku belum habis explain lagi kau dah potong .. macam tu la kau .. - zati bersuara . Nadanya sedikit kecewa dengan kata-kataku tadi .
Mendengar nada kekecewaan zati itu membuatkan aku pantas memandang wajahnya .. aku kembali berfikir tentang keburukan diriku yang mudah bersangka-sangka sebelum diterangkan dengan habis lagi .. itu la perangai burukku yang sudah menyebabkan aku memarahi zati lima bulan lepas ..
Aku : ti .. sory-sory .. ok ok aku dengar .. - aku meminta maaf kepada zati dengan nada perlahan yang sedikit menunjukkan kekesalan ..
Aku perhati zati sedang memandang wajahku . Dia mengambil nafas lalu menerangkan kepadaku semula dengan penuh kesabaran .
Zati : macam ni .. kita bercuti tiga hari , jumaat sampai ahad depan . Aku dengan man plan nak pergi pulau perhentian .. sampai sana kita tidur kat chalet .. kau jangan risau , aku akan tidur sebilik dengan kau dan man akan sebilik dengan abang dia .. takkan lah aku nak biarkan kau tidur dengan johan pulak ila .. aku dah cakap dengan man pasal hal ni dan dia ok je .. - zati menghabiskan penerangannya kepadaku dengan wajah yang tenang ..
Aku mengangguk faham sambil memandang zati .. aku tidak membalas apa-apa kepadanya .. tak lama selepas itu zati bertanya -
Zati : so macam mana ? Nak pergi tak ?
Aku masih tidak memberikan jawapan .. aku berfikir sama ada mahu pergi atau tidak . Kata hatiku , kalau tidak pergi kasihan pula kepada datuk johan . Mesti dia bosan tiada teman di sana sebab man sudah tentu akan sibuk melayani zati . Jadinya demi untuk memberikan healing yang terbaik untuk datuk johan , aku mengikut kata hatiku ..
Aku : okay aku pergi .. - aku memandang wajah zati ketika memberikan jawapan . Wajahku tenang sahaja pada waktu ini .
Zati : haaaaa macam tu la .. kan senang dengar dulu explaination aku tadi tu . - kata zati sedikit tersenyum sambil dia mencubit pipiku . Mungkin kerana geram dengan kelakuanku yang memotong penerangannya itu tadi membuatkan zati mencubit pipiku sekarang ..
Aku hanya redha pipiku dicubit oleh zati sambil menjerit manja .. kami berdua saling ketawa selepas itu ..
Selepas beberapa minit , zati meminta diri untuk pulang .. aku memintanya untuk tunggu dulu sebab nak buatkan dia air , namun pelawaaanku ditolak oleh zati ..
Zati : takyah la ila .. aku minum kat rumah je la .. air yang man buat lagi sedap .. haha .. - kata zati sambil ketawa seakan mengejekku yang masih lagi bujang ..
Aku : yelaaaa .. untung la dah ada suami , boleh buatkan air .. - kataku dengan sedikit mencebik mulut tanda bergurau ..
Zati : hehehe .. bye ila ..nanti apa-apa roger tau ..
Aku : okay ti .. bye .. - aku tersenyum memandangnya ..
Aku membawa zati ke pagar rumah dan zati bergerak pulang ke rumahnya semula ..
368Please respect copyright.PENANAjqS6snN32f
368Please respect copyright.PENANAgFDGkSnpc8
368Please respect copyright.PENANAZgf69S2jRI
368Please respect copyright.PENANA05G8FEaimB