
Selasa - 9 pagi , aku sudah bersiap-siap dengan pakaian formal untuk pergi ke temuduga satu tempat kerja yang sama dengan zati .
Di ruangan menunggu depan office , zati menyuruh aku mengisi borang dan hantar borang itu kepada seorang kakak yang duduk di kaunter receptionist untuk proses temuduga sebentar lagi . Setelah berpesan , zati terus menuju ke ruangan kerjanya dan sempat dia mengucapkan selamat berjaya kepadaku . Aku hanya tersenyum memandang wajahnya sambil merasa sedikit gementar pada ketika ini . Dalam seumur hidupku , ini adalah pengalaman kedua aku pergi ke temuduga kerja . Jadi , ianya membuatkan perasaan aku menjadi sedikit gugup . Namun dengan sedaya upaya aku cuba mempositifkan diri agar nampak lebih berkeyakinan ketika ditemuduga sekejap lagi .
Tak lama aku bersendirian di ruangan menunggu , kakak di kaunter receptionist itu memanggil namaku dan menyuruh aku masuk ke dalam bilik yang berada di belakang mejanya .
Sampai di bilik , aku melihat seorang lelaki berumur lewat 20an sedang duduk di kerusinya .. dia tersenyum dan mengarahkan aku duduk di hadapannya .
Terpapar nama "azman" pada kad kerja yang digantung pada leher lelaki itu .
Azman : hi .. saya azman , so awak suhaila kan ? - azman memulakan proses temuduga dengan memperkenalkan diri .
Aku : ya saya suhaila . - jawabku ringkas , dengan suara yang sedikit perlahan . Aku cuba menahan perasaan gementarku .
Azman meminta aku memberikan resume dan sijil-sijil yang aku ada . Setelah membelek-belek , dia mula bertanyakan soalan kepadaku .
Azman : hurmm nice . Spm awak boleh tahan 7A . Tak sambung belajar ke ?
Aku : tak encik .
Azman : kenapa tak sambung ? Kalau apply masuk u confirm lepas ni .
Aku : saya lebih suka bekerja dari belajar encik . - jawabku jujur . Aku mengukirkan sedikit senyuman tanda hormat kepada azman .
Azman : hurm macam tu pulak . So awak kawan zati kan ? Zati ada cerita jawatan dan skop kerja yang awak nak mintak ni ?
Aku : ye saya kawan dia . Zati ada cakap kerja sebagai debt collector , kerja call-call orang mintak hutang .
Azman : ermm yup lebih kurang macam tu kerjanya . Tapi kerja ni agak pressure sikit , ada kpi yang perlu awak ikut , kadang2 perlu berperang mulut dengan si penghutang tu .. awak boleh ke ?
Aku : boleh encik , inshaAllah saya boleh tahan dengan pressure macam tu dan akan ikut segala kpi yang company bagi . - jawabku dengan suara dan wajah yang agak menyakinkan .
Setelah aku berkata sedemikian , azman merenung wajahku seketika dan dia tersenyum ke arahku . Aku membalas senyumannya .
Azman kembali membelek resume dan sijil spmku buat kali kedua . Kali ni dia teliti dengan lebih mendalam berbanding kali pertama tadi .. setelah beberapa saat selepas itu dia kembali berkata :
Azman : macam ni lah suhaila , awak ni orangnya bijak bila saya tengok sijil spm awak . So saya rasa position sebagai debt collector tu tak patut untuk awak .
Mendengar kata-kata azman itu membuatkan hati aku sedikit kecewa , aku merasakan peluang aku bekerja di sini sudah tidak ada lagi . Wajahku sedikit hampa . Aku menyoal sendirian di dalam hati " eh kau ni nak orang yang bodoh ke kerja dengan kau ?"
Setelah itu aku membalas kata-kata azman tadi :
Aku : tapi saya berminat dengan kerja ni encik . Saya tak kisah pun . - aku cuba menyakinkan azman .
Azman perhatikan aku dan tersenyum lagi sambil membalas :
Azman : macam ni , saya bukan nak reject awak . Tapi alang-alang dengan sijil spm awak yang agak cemerlang ni , apa kata saya offer awak jadi PA kepada boss . Lagi pun position tu tengah kosong . Nak ?
Aku sedikit terkejut mendengar tawaran dari azman itu . Niat asalku untuk menjadi seorang debt collector sama seperti zati telahpun ditukar dengan tawaran menjadi PA kepada boss syarikat ini pula .
Dengan wajah yang hairan dan dahi yang sedikit berkerut , aku membalas tawaran yang diberikan oleh azman tadi -
Aku : Tapi saya tak pernah jadi PA encik . Saya takut saya tak pandai .
Azman : so awak pernah jadi debt collector ?
Aku menggelengkan kepalaku menjawab soalan dari azman itu .
Azman : so sama je la , dua-dua awak tak pernah jadi dan belum pandai lagi kan . Ermmm macam ni suhaila , awak cuba dulu jadi PA kepada boss selama tiga bulan , belajar selok belok . lepas tiga bulan tu Kalau ok awak boleh teruskan , kalau tak ok , saya masukkan awak kat bahagian debt collector . Sekarang ni terpulang kat awak . Nak terima offer ni atau tak ? Kalau tak nak terima , saya proceed terus masukkan awak jadi debt collector . - azman memberikan kata dua kepadaku .
Aku berfikir seketika , adakah aku perlu terima tawaran ini secara serta merta atau aku perlu minta jasa baik azman untuk aku berfikir dalam tempoh sehari dahulu . Di dalam fikiran aku sekarang ini , bukanlah jawatan yang aku mahu tetapi angka gaji yang perlu aku utamakan . Hendak saja aku bertanya mengenai hal gaji kepada azman jika aku menerima tawaran menjadi PA itu , tetapi tidak beradab pula aku rasakan jika aku bertanyakan soalan seperti itu sekarang ini . Setelah aku berfikir seketika , aku membalas kata-kata azman tadi -
Aku : err encik azman , boleh tak saya mintak jasa baik untuk berfikir dalam masa sehari dulu . Saya nak buat keputusan betul-betul supaya saya tak tersalah pilih . Bukan apa , saya takut kalau saya salah pilih keputusan , akan menyusahkan company ni pulak . - aku memberikan penjelasan kepada azman dengan harapan dia dapat memahami situasiku sekarang ini ..
Azman kembali tersenyum setelah mendengar permintaanku tadi . Dia segera membalas -
Azman : okay , saya bagi awak tempoh sehari . Saya harap esok awak boleh call saya dan bagi tahu apa keputusan awak . - kata azman sambil dia menghulurkan bisnes kadnya kepadaku .
Aku : baik encik . Terima kasih .. - balasku ringkas dan membalas senyuman kepada azman .
Azman : ok itu sahaja suhaila . Call saya esok ok ..
Aku : baik encik . Terima kasih ye . - aku bangun dari kerusi dan beredar dari bilik seterusnya keluar dari office itu . Langkahan keluar aku disulami dengan pelbagai perasaan . Aku merasa lega , gembira dan keliru juga pada masa yang sama . Secara asasnya aku diterima bekerja di syarikat ini dan itu sudah tentu membuatkan aku gembira . Tetapi dalam masa yang sama aku perlu memilih salah satu dari dua jawatan yang azman telah tawarkan itu tadi dan itu yang membuatkan aku keliru sekarang ini ..
Dengan perasaan yang bercampur baur itu aku keluar dari bangunan office . Aku mencapai henfon dari dalam beg tangan untuk menghantar whatsapp kepada zati , tapi secara kebetulan zati sedang menelefonku ..
Zati : hello ila , haaa macam mana interview ? - zati memulakan perbualan .
Aku : haa zati . Err interview ok , tapi aku pening sikit la ti .. - aku menjawab pertanyaan zati dengan nada yang santai .
Zati : laaaa pening kenapa ? Tak dapat pulak ke ? Takkan kot ? - zati secara tiba-tiba merubah intonasinya seperti sedang risau .
Aku : dapat tu dapat , tapi mcm mana ekk .. ermm .. kita cerita kat rumah lah nanti ek ..
Zati : hurmm kau buat suspen la ila .. haaa ok2 .. ni kau dah nak balik ke ?
Aku : aah aku dah keluar dah dari office ni .. aku balik lah ek .
Zati : okay . Tahu kan naik grab .. ?
Aku : ehh kau ni , ingat aku kampung sangat ke ? Aku tahu la .. hahahaha ..
Zati : hahahaha .. bukan macam tu , aku cuma risau je .. ok lah ila . Jumpa kat rumah nanti .. bye ..
Aku : bye ..
Aku mematikan panggilan sambil tersenyum . Pada mulanya aku ingin terus memesan grab untuk pulang ke rumah , tapi disebabkan tekakku tiba-tiba sahaja kering dan secara kebetulan ada gerai kecil di tepi jalan ini , aku mengambil keputusan untuk singgah dan duduk minum di gerai itu buat seketika .
Aku : makcik , teh ais satu ye , minum .. - aku memesan air minuman kepada makcik gerai itu . Setelah beberapa minit , air yang aku pesan telah pun sampai di meja .. aku duduk di kerusi gerai itu sambil melihat pelanggan-pelanggan lain yang sedang makan dan minum di sekelilingku . Sambil-sambil minum aku perhati pelanggan-pelanggan itu yang asyik dengan henfon di tangan mereka .. " fuhh anti sosial betul . Tengah makan pun main henfon " , aku menghakimi mereka dalam hati ..
Air teh ais yang aku sedang minum itu hampir-hampir sahaja hendak habis isinya dek kerana tekakku yang sedang haus . Setelah itu Aku perhatikan pula ke arah jalan raya yang berada di tepi ..
Sedang mataku menyibuk melihat kenderaan dan orang lalu lalang di tepi jalan itu , aku perhatikan dua susuk tubuh yang aku kenal . Dua susuk tubuh itu sedang berjalan sambil berpegangan tangan secara erat menuju ke sebuah kereta yang parking di bahu jalan .
"Eh itu zati dengan azman . Dorang pergi mana tu ? " .. aku berbisik perlahan . Zati dan azman sedang melintas ke seberang jalan dan memasuki kereta toyota vios berwarna putih .
" Eh itu kereta semalam yang zati bawak . Ermmm .. kereta azman ke ? Nampak mcm ye sebab dia yang bawak tu . " .. bisikku lagi . Aku sedang keliru dengan apa yang aku lihat sekarang ini .
Zati dan azman ku lihat sangat mesra berpegangan tangan tadi . Mereka berdua tidak perasan kelibat aku yang berada di gerai makan ini . Setelah beberapa saat kereta itu bergerak laju ke satu arah yang aku tidak tahu destinasinya .
" Dorang tu couple ke ? Sekarang ni kan time kerja , zati gi mana pulak ? Dia tak cakap pun kerja debt collector ni kena keluar kawasan .. " . Pelbagai soalan yang aku sedang fikirkan namun tiada jawapan yang aku temui ..
" Hurmm lantaklah .. hal dorang buat apa aku nak masuk campur .. " - aku berbisik berseorangan . Hal zati dan azman tadi tu memang membuatkan aku sedikit pelik tapi untuk apa aku harus beriya fikirkan ? . Lebih baik aku uruskan hal aku sahaja sekarang ini .
Aku kembali meminum baki air yang berada di cawan dan menghabiskannya . Setelah beberapa minit , aku membayar air itu dan terus membuat pesanan grab untuk pulang ke rumah .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" Aihhh la bosannya . Pukul 7 dah ni , mana pulak si zati ni tak balik-balik lagi ..? " - gomelku sendirian di ruang tamu sambil menonton tv . Aku jarang-jarang sekali duduk keseorangan di rumah . Jika di kampung , pada waktu-waktu begini sudah tentu aku sedang menonton tv bersama mak . Tiba-tiba sahaja wajah mak muncul di fikiranku dan membuatkan aku merasa rindu pula dengannya .
Sedang fikiranku membayangkan wajah mak , pintu rumah dibuka dan membuatkan bayangkan mak di kepalaku terus hilang .
Aku lihat zati sedang masuk ke dalam rumah dengan wajah yang tersenyum manis . Dia terus menuju duduk disofa sebelahku .
Zati : bosan ke tuu ? Hehehe .. - zati seperti dapat meneka perasaanku ketika ini . Mungkin dia perasan dengan riak wajahku yang sedikit suram .
Aku : bosan la ti .. dari pagi duduk rumah sampai petang , asyik tengok tv main henfon tengok tv main henfon . - aku menjawab dengan jujur pertanyaan dari zati itu . Suaraku dah wajahku sedikit manja ke arah zati .
Zati : alolololo kesian dia . Hehehe .. - jawab zati ringkas sambil dia membuka tudungnya . Setelah dibuka tudungnya itu , terserlahlah rambutnya yang panjang ikal mayang . Di usap-usap rambutnya dengan perlahan lalu memandang wajahku sambil bertanya -
Zati : so macam mana interview tadi ? Apa yang kau cakap pening tu ?
Oleh kerana pertanyaan itu , aku kembali teringat janjiku kepada zati untuk bercerita mengenai perihal interview aku bersama azman pagi tadi . Segera aku memusingkan badanku menghadap zati dan mula bercerita dengan bersungguh-sungguh .. zati pula mendengar dengan riak wajah yang tenang dan sesekali dia tersenyum mendengar butir-butir ayat yang aku ceritakan kepadanya . Aku menceritakan proses interview dari awal sehingga tamat dengan begitu terperinci sekali kepada zati ..
Setelah beberapa minit bercerita , zati akhirnya faham maksud "pening" yang aku ungkapkan pagi tadi ..
Zati : ooohhh .. itu la yang buat kau pening .. so kau dah pilih ke belum ? - tanya zati .
Aku : belum lagi .. tu yang aku nak tanya kau ni .. eerrmm .. zati , kau rasa yang mana sesuai dengan aku ? Atau kalau kau jadi aku ,kau pilih yang mana ? - aku menjawab soalan zati dengan soalan juga . Aku mengharap zati dapat membantu aku memberikan pendapatnya agar mudah untuk aku memilih dengan tepat .
Zati pada ketika ini sedang berfikir sambil matanya memandang ke arah tv .. setelah beberapa ketika dia memandang wajahku semula dan memberikan pendapatnya .
Zati : kalau aku jadi kau , hurmm .. aku setuju je offer dari azman tu . Mcm ni ila , memang betul la apa azman tu cakap , kau tu budak bijak . So lebih baik kau terima je offer jadi PA boss tu . Aku rasa kau mesti cepat belajar punya . - jawab zati dengan memberikan pendapatnya .
Aku : tapi bagilah sebab kenapa kau setuju terima offer tu ? - aku masih lagi bertanya menandakan jawapan zati itu belum cukup memuaskan hatiku lagi .
Zati : sebab ? Hurm sebab jadi PA ni tak pressure macam jadi debt collector . Debt collector pressure sikit sebab ada kpi kan .. jadi PA ni kau cuma perlu uruskan hal boss kau je . Lagi pun nanti ada orang ajarkan macam mana nak jadi PA kan ? .. so kalau aku jadi kau aku ambik offer tu sebab kerja tak susah dan gaji pun masyuk kan .. hehehe .. - zati memberikan pendapatnya dengan lebih jelas dan pada penghujungnya dia menyentuh juga bab hal gaji , perihal yang aku utamakan bila bercerita mengenai pekerjaan .
Aku : besar ke gaji jadi PA zati ? - aku bertanya dengan riak wajah yang penuh minat .
Zati : laa azman tu tak bagi tahu kau ke gaji PA berapa ? Kau tak tanya ? - zati kelihatan terkejut dengan pertanyaanku itu . Dahinya sedikit berkerut .
Aku menggelengkan kepala menjawab soalan zati itu .
Zati : apeeeee si azman tu . Eerrmmm .. ni aku bagitahu gaji yang bekas PA lama boss tu dapat la ek . Aku dengar-dengar basic dia rm3500 , tu belum campur elaun itu ini gedebak gedebuk lagi ila . Ada yang cakap kalau campur-campur boleh la dapat 7-8k sebulan . - zati menerangkan gaji bekas PA lama kepadaku ..
Aku terkejut mendengar angka gaji yang bekas PA lama tempat zati itu dapat . Tidaklah pula aku menyangka gaji untuk jawatan itu sebegitu besar sekali .
Aku : ish tingginya !! .. elaun apa yang dapat sampai boleh jadi gaji 7 8 ribu tu ?
Zati : macam-macam la elaunnya , aku pun tak tahu sangat . Aku tahu ni pun dari mulut-mulut orang kat office tu .. tapi kalau tengok bekas PA boss tu , aku percaya dia dapat banyak macam tu sebab pakaian dia semua branded-branded ..hurmm kalau kau dah kerja jadi PA aku tak pasti la berapa kau dapat , tapi apa yang aku boleh cakap lebih masyuk dari jadi debt collector . - zati menjelaskan lagi ..
Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda faham .. lalu aku bertanya lagi soalan kepada zati supaya aku mendapat gambaran dengan lebih jelas untuk memilih salah satu dari dua jawatan yang ditawarkan kepadaku pagi tadi .
Aku : gaji debt collector macam kau berapa ti ?
Zati memandang wajahku setelah aku bertanyakan hal itu . Setelah beberapa saat dia menjawab -
Zati : depend la . Kerja ni kan ada basic dan komisen .. macam aku cakap dengan kau sebelum-sebelum ni .. basic 1700 , elaun kehadiran 100 .. so kat situ kau dapat 1800 .. tapi ada komisen kan .. komisen pulak tak menentu , ikut luck dan kerajinan kau la . Hurmmm .. tapi kalau purata gaji dan elaun yang aku dapat dalam 5-6k sebulan jugak la .. - zati menceritakan lebih detail mengenai gajinya sebagai debt collector .
Aku : urmmm ..banyak jugak tu . Aku dapat 3k pun dah syukur rahmat la ti .. hehehe .. - balasku dengan jawapan yang agak naif .jawapan aku itu membuatkan zati sedikit tergelak .
Zati : hahahaha kau ni .. takpe lama-lama nanti kau tahu lah yang gaji 3k tu tak cukup .. - balas zati selamba .
Aku : yeke ti ? - tanyaku sedikit hairan . Masakan gaji 3k sebulan tidak cukup fikirku ..
Zati hanya menjawab pertanyaanku dengan anggukan kepala sahaja sambil tersenyum ..dia kembali bersuara -
Zati : so kau dah dapat jawapan nak pilih yang mana ?
Aku kembali berfikir tentang dilema yang sejak dari pagi tadi membelenggu fikiranku .. setelah mendengar pendapat zati dan gaji-gaji yang zati ceritkan itu , aku dah mendapat jawapan , lalu aku memberitahu kepadanya .
Aku : aku rasa aku terima je la offer dari encik azman tu . -
Zati kelihatan ceria mendengar jawapan dariku ..
Zati : haaaaa macam tu la .. hehehe .. aku confirm kau mesti boleh punya jadi PA boss nanti ..
Aku hanya tergelak kecil mendengar kata-kata zati itu . Dia begitu beriya menyakinkan aku .
Zati menyambung lagi kata-katanya -
Zati : so kawan aku ni nanti takdelah duduk satu table dengan aku kat ofis , duduk dengan boss la yer .. hehehehe .. - kata zati lagi seperti mahu memerli aku dalam gurauannya ..
Aku mencubit peha zati yang masih dibaluti seluar slack kerjanya itu .
Aku : banyak la kau .. hahaha . Anyway terima kasih tau zati tolong aku rekemen masuk kat tempat kerja kau .. - ucap aku kepada zati yang sangat baik terhadap diriku ini .
Zati : terima kasihhhh lagiiii .. ishhh kau ni ila .. takde ape sangat pun yang aku tolong tu .. yang penting kita dapat sama-sama kerja kat satu tempat kan . - balas zati sambil dia memegang tanganku . Kami senyum bersama ..
Tak lama selepas itu zati bertanyakan pula bila aku mahu memberikan jawapan kepada azman , aku menjawab esok . zati memberikan ideanya supaya memberitahu sahaja kepada azman malam ini . Aku seperti berat untuk mempersetujui idea itu kerana tidak mahu menganggu azman pada waktu malam . Namun zati menyakinkan aku bahawa azman orang yang tidak kisah untuk dihubungi pada waktu malam , dan kata zati lagi jika aku memberitahu azman esok , maka lusa baru aku akan memulakan pekerjaan , jadi esok akan menjadi hari yang bosan lagi untukku kerana berseorangan di rumah . Idea zati itu akhirnya apabila difikir-fikirkan ada betulnya juga , jadi aku mengambil keputusan untuk memberitahu jawapan kepada azman pada malam ini juga .
Tak lama selepas itu zati bertanya lagi kepadaku -
Zati : eh tapi kau tahu tak boss kita tu siapa ?
Aku : tak - jawabku ringkas ..
Zati terus menceritakan boss syarikat yang bakal aku menjadi PA-nya itu . Dengan bantuan dari zati , dia menunjukkan wajah boss syarikat itu yang disimpan di dalam galeri henfonnya . Zati juga menceritakan sedikit sebanyak apa yang dia tahu mengenai perangai dan tingkah laku bossnya itu . Aku mengangguk tanda faham dengan info yang diberikan oleh zati . Zati kemudian bercerita pula mengenai azman , kata zati azman adalah manager syarikat merangkap adik kandung kepada boss . Perkara itu membuatkan aku sedikit terkejut , dan lantas aku kembali teringat perihal aku ternampak kemesraan di antara azman dan zati pada pagi tadi .. mulutku dengan secara tiba-tiba menjadi gatal bertanya tanpa aku berfikir panjang .. -
Aku : ooohhhhh eh ti , aku nak tanya la ..
Zati : tanya apa ? - zati membalas .
Aku : ermm takde ape lah .. -aku cepat-cepat membatalkan niatku untuk bertanya perihal kemesraan yang aku nampak di antara zati dan azman pagi tadi . Aku tidak mahu menyibuk akan hal orang , tapi mulutku secara tiba-tiba ingin bertanya . Jadi dengan cepat-cepat aku membatalkan sahaja niat pertanyaan ku itu .
Zati - eh kau ni . Ada apa ni ? Tanya je la ? - soal zati yang agak kehairanan melihatku .
Aku : hehehe .. ni zati , sekarang kan dah maghrib , kita ni tak nak solat dulu ke ? Hehehe .. - dengan cepat aku mencari idea menukar soalan . Nasibku baik kerana zati tidak perasan niat sebenar soalan aku tu .
Zati : ooohhh . Eh aah la dah maghrib . Borak punya borak dah lupa .. jom la kita siap-siap solat .. - ajak zati sambil tersenyum ke arahku ..
Aku : jom .. - balasku ringkas ..
" Fuhhh nasib aku laju tukar soalan" .. - bisik hatiku lega sambil berjalan menuju kedalam bilik ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jam pukul 2 pagi . Sedang aku nyenyak tidur , tiba-tiba aku terjaga kerana mahu terkencing . Dengan mamainya aku berjalan keluar dari pintu bilik untuk menuju ke bilik air . Semasa melangkah mahu menuju ke bilik air , aku melintasi pintu bilik zati dan secara halusnya aku terdengar suara perempuan merintih .
Aku yang pada ketika ini sedang mamai dengan segera menjadi segar . Aku mendekatkan telingaku ke arah pintu bilik zati untuk memastikan adakah bunyi rintihan berkenaan datangnya dari bilik itu ?
Setelah beberapa saat , aku yakin memang suara itu datang dari bilik sahabatku ini . Tapi suara siapa , soalku sendirian . Aku mendengar lagi suara rintihan itu , suaranya seakan zati . Ya , aku cam suara sahabatku itu walaupun dengan nada yang perlahan dan tak lama selepas itu aku yakin itu adalah suara zati .
Aku menjadi sedikit gusar . Walaupun aku ini agak kekampungan dan naif , tapi aku tidaklah bodoh . Aku tahu suara itu terhasil dari aksi seks manusia . Wajahku sedikit cemas namun aku masih lagi mendekapkan telinga ke ke arah pintu . Aku cuba mendengar rintihan-rintihan dari suara itu , sesekali ada hilaian ketawa kecil dari zati dan ada juga suara lelaki yang aku dengari di dalam bilik itu .
Mendengar suara lelaki itu membuatkanku lagi gusar dan cemas . Aku berfikir untuk menyiasat perkara ini . Dengan idea yang datang secara tiba-tiba , aku berjalan dengan perlahan menuju ke ruang tamu . Seterusnya aku membuka pintu rumah dengan penuh berhati-hati supaya tidak didengari oleh zati yang berada di dalam biliknya .
Apabila dibuka pintu itu , aku ternampak ada sepasang kasut kulit lelaki yang terletak di rak kasut di luar pintu .
" Sah ada lelaki dalam bilik zati ! . Tapi siapa ?????"
Satu soalan yang tiada jawapan . Dengan hati yang gusar , aku kembali menutup pintu rumah . Niatku tadi ingin terkencing sudah tiada . Aku berjalan perlahan-lahan melintasi pintu bilik zati dan seterusnya masuk ke dalam bilikku semula .
Di atas katil , aku rebahkan badan semula dan masih lagi berfikir . Mataku yang sepatutnya mengantuk pada jam 2 pagi ini secara tiba-tiba menjadi segar .
" Zati tengah buat seks ke ? Siapa lelaki tu ? Apa yang aku kena buat sekarang ni ? Perlu ke aku kantoikan dorang? .. arghhhh aku pening .. "
Hati dan fikiranku menjadi runsing sekarang . Aku tidak tahu apa langkah yang sepatutnya aku lakukan .
Di bilik zati sekarang, sahabatku itu sedang beradu asmara bersama seorang lelaki yang tidak aku ketahui orangnya . Adakah aku perlu menghalang mereka atau aku hanya perlu membuat hal aku sahaja dan terus melupakan hal ini buat selama-lamanya ?
Jika aku menghalang mereka dan terus mengetuk pintu bilik itu , pasti akan terjadi pertelingkahan di antara aku dan zati , dan mungkin aku akan keluar dari rumah ini malam ini juga . Itu langkah yang buruk fikirku . Namun yang baiknya pula aku tidak bersubahat dan aku mampu menghalang mereka dari melakukan maksiat .
Jika pula aku hanya membuat hal aku sahaja tanpa menyibuk hal zati , sudah tentu hubungan kami berdua tidak akan berentakan dan hubungan itu yang aku mahu jaga kerana zati amat baik terhadapku . Tetapi yang buruknya aku seperti bersubahat dan membiarkan sahaja sahabatku itu membuat maksiat di dalam rumah ini . Dan sudah tentu aku akan menghadap situasi sama seperti ini pada hari-hari yang mendatang . Mampukah aku menghadapinya ?
Dua pilihan yang berada di tanganku sekarang , dan secara jujurnya aku tidak mempunyai keberanian mahu memilih yang mana . Fikiranku buntu , hatiku gusar , jiwaku hampa mengenangkan situasi yang terjadi sekarang .. di dalam dilema itu , aku merenung jauh ke kipas siling dalam jangka waktu yang sangat lama dan akhirnya dengan perlahan-lahan , aku terbuai dengan tidur malam dalam jiwa yang tidak tenteram .
552Please respect copyright.PENANAwL0NgqGl6a