
Empat hari selepas mak dan abah mengizinkanku berhijrah ke kuala lumpur , hari ini tibalah hari yang aku nanti-nantikan . Segala pakaian dan kelengkapan telah aku siapkan dari semalam lagi . Semuanya tersusun elok dalam beg . Aku sudah tidak sabar lagi untuk memulakan kehidupan baruku di kuala lumpur , kota yang menjanjikan seribu satu impian .
Aku kini berada di terminal bas ekspres mersing , ditemani oleh abah , mak dan abangku . Dengan memakai baju kurung dan bertudung , aku menunggu bas yang akan dinaiki lebih kurang 10 minit sahaja lagi .
Sambil menunggu , mak tidak henti-henti memberikan pesanan yang berulang kali kepadaku . Kesemua pesanannya menjurus kepada tingkah laku dan keselamatan yang harus aku jaga sepanjang hidup di kuala lumpur itu nanti . Aku melihat mak seperti berat untuk melepaskan aku pergi , namun dia kuatkan juga hatinya untuk merelakan satu-satu anak daranya ini hidup berdikari di tempat yang belum pernah aku kunjungi .
Mak : ila . Mak percayakan ila tau . Duduk kat sana dengan zati elok-elok . Kerja elok-elok . Jangan buat benda bukan-bukan .. - mak memberikan pesanan kepadaku dengan nada lembut . Wajahnya tenang tapi aku perasan ada bebanan air mata yang bertakung dari kelopak matanya . Aku dan mak tidak pernah berjauhan sejak dari kecil , jadi sudah tentu mak akan merasa janggal dan risau dengan aku yang akan tidak lagi berada di hadapan matanya .
Aku mencuba untuk menahan air mataku dari terjatuh kerana jika aku menangis sudah tentu mak juga akan menangis . Aku cuba menenangkan dirinya .
Aku : baik mak . Ila ingat semua pesanan dan nasihat mak . Ila janji .. mak jangan risau-risau okay .. anak mak ni dah besar .. - jawabku dengan harapan sedikit sebanyak mak akan lega selepas mendengarnya . Aku memberikan senyuman yang mesra kepada mak .
Abah : dah la tu . Ila tu pergi kl je pun , bukannya amerika .. aih awak ni pun biah . - abah secara tiba-tiba mencelah perbualan aku dengan mak tadi .
Mak : awak tu la .. saya ni sayang anak . Sebab tu saya pesan macam-macam kat dia .. - balas mak kepada abah . Wajahnya sedikit geram setelah mendengar kata-kata abah tadi yang seakan-akan memandang remeh hal aku nak berhijrah ke kuala lumpur .
Abah : ye saya tahu . Saya pun sayang dia .. tapi berkali-kali dah saya dengar awak duk ulang-ulang pesan kat budak tu .. tahulah dia jaga diri dia .. hahaha . Kata abah dengan di akhiri sedikit ketawanya . Jawapan abah itu membuatkan mak mencubit lengan suaminya itu dengan sedikit kuat tanda geram .
Aku dan abang hanya ketawa melihat teletah mak dan abah.. tak lama selepas itu abang pula bertanya sesuatu kepadaku .
Abang : sampai kl nanti zati tunggu kau kat tbs ke ila ?
Aku : aah . Zati cakap kalau dah keluar plaza tol kl , call dia . - jawabku ringkas sambil memandang wajah abang yang berada di hadapanku .
Abang : okay .. kim salam kat zati nanti ..
" Haa bas ke kl dah sampai , boleh naik .. "
Satu suara kedengaran dari seorang lelaki yang bekerja di terminas bas itu secara tiba-tiba memotong perbualanku dengan abang tadi . Dia berdiri tidak jauh dari aku dan keluargaku .
Abah : hah dah boleh naik dah ila . Naik cepat . - abah pula memberikan arahan . Aku dengan cepat-cepat mengangkat dua beg besar sambil dibantu oleh abangku dan meletakkan beg tersebut ke ruang penyimpanan bagasi .
Selesai meletakkan kedua-dua beg itu , aku bersalaman dengan mak , abah dan abang . Aku meminta diri untuk menaiki bas ..
Tak lama selepas itu , aku segera menaiki bas dan duduk . Aku melihat tingkap dan ternampak keluargaku masih setia berdiri di luar sambil memandang wajahku .
Pemandu bas mula mengira jumlah penumpang yang sudah duduk di dalam perut bas itu . Setelah berpuas hati , dia duduk di kerusinya semula dan mula memasuki gear satu . Bas yang aku naiki itu mula bergerak perlahan .
Mataku tidak berhenti memandang wajah mak , abah dan abang yang masih berada di luar . Kami saling membalas lambaian . Pada waktu ini , air mataku sudah tidak dapat aku tahan . Walaupun ini adalah kemahuanku , namun jauh dari sudut hati , aku juga berat untuk meninggalkan keluarga , tambah-tambah lagi mak yang teramat aku sayangi itu . Tapi demi cita-cita yang aku idam-idamkan selama ini , aku perlu juga kuat untuk berhijrah ke kuala lumpur . Aku mahu berdikari dan mahu hidup berjaya di bandar itu kelak .
Perlahan-lahan bas yang aku naiki mula meninggalkan terminal , dan perlahan-lahan juga susuk tubuh abah , mak dan abang mula mengecil dan hilang dari pandangan mataku .
Kini bermulalah episodku merantau di tempat orang . Satu tempat yang dinamakan kuala lumpur . Tempat yang belum pernah aku jejak sejak dari kecil . Aku mengenali kuala lumpur hanya di tv atau dari mulut kawan-kawan kampungku yang pernah ke sana . Ya , bunyinya agak aneh dan kelakar , tapi itulah realitinya , aku yang berusia 21 tahun ini tidak pernah menjejakkan kaki ke situ . Selama ini tiada tujuan untuk aku atau keluargaku pergi ke kuala lumpur kerana kami tiada saudara mara yang tinggal di situ . Untuk ke sana semata-mata mahu bercuti ataupun berjalan-jalan pun tidak kerana mak dan abah bukanlah orang yang suka berjalan atau melancong . Jadi ini adalah pengalaman pertamaku menuju ke kota raya besar itu , ianya bukan untuk sehari atau sebulan , mungkin aku akan duduk di situ selama yang boleh .
Aku mengambil henfon yang berada di dalam beg tangan . Aku membuka whatsapp dan memberikan mesej kepada zati bahawa aku sudahpun menaiki bas . Setelah menghantar mesej itu , aku memalingkan mataku ke arah tingkap . Aku melihat pemandangan jalan raya yang sedang bas aku naiki ini bergerak , namun pandangan itu kosong kerana fikiranku sedang merasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk sampai ke destinasi . Aku senyum sendirian memikirkan masa depan yang bakal aku corakkan di bandar itu kelak . Bermacam-macam yang aku fikirkan dan itu membuatkan diriku makin teruja . Lama kelamaan apa yang aku fikirkan itu merubah menjadi imaginasi yang aku reka dan akhirnya secara perlahan-lahan aku terbuai lalu tertidur ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jam menunjukkan pukul 4 petang , sudah 5 jam aku berada di dalam bas . Setelah tidur bangun tidur bangun dan berhenti seketika di rnr , bas yang aku naiki ini akhirnya tiba di kuala lumpur dan baru sahaja keluar dari plaza tol sungai besi . Aku melihat tingkap dan aku sedikit teruja melihat banyak bangunan tinggi-tinggi yang berdiri teguh di sepanjang tepi jalan .
Satu pemandangan yang asing dari kelopak mataku . Bandar di mersing tidaklah sehebat ini kata hatiku sendirian . Ianya jauh berbeza dengan apa yang aku sedang lihat . Kenderaan juga banyak menyusur di kiri kanan jalan . Bagi gadis kampung seperti aku ,melihat bangunan dan trafik yang sedang aku perhatikan ini sudah cukup membuatkan aku merasa teruja . Ya , aku akui aku amat naif pada ketika ini .
Sedang aku perhatikan ke arah tingkap , hampir saja aku terlupa untuk menghantar whatsapp kepada zati . Dengan cepat aku mencapai henfon lalu aku menelefon sahabatku itu .. tidak lama selepas itu zati mengangkat panggilanku .
Aku : assalamualaikum zati , aku dah keluar dari tol ni .
Zati : waalaikumussalam . Haa ok-ok . Kejap lagi aku sampai .
Aku : aku nak tunggu kat mana jap lagi ni ?
Zati : nanti dah sampai tbs , kau naik je eskelator lepas tu masuk kat dalam bangunan . Aku jumpa kau kat situ ..
Aku : ok2 .. bye ..
Aku menamatkan panggilan .. dengan penuh sabar aku menunggu bas yang sedang aku naiki ini menuju ke arah tbs . Aku kembali melihat tingkap dan menikmati pemandangan luar . "Tinggi-tinggi betul bangunan kat sini" - bisik hatiku sendirian .
.
.
.
.
.
.
.
Setelah 15 minit aku menelefon zati , akhirnya bas yang aku naiki tiba di parking tbs . Seorang demi seorang penumpang keluar dari bas termasuk juga aku . Setelah itu aku mengambil dua beg besarku dan berjalan menaiki eskalator seperti yang diarahkan zati dalam perbualan tadi .
Aku berjalan menuju ke dalam bangunan tbs . Mataku melilau mencari kelibat sahabatku zati , namun tidak kelihatan . Sedang aku mencari , pinggangku secara tiba-tiba dicuit lantas membuatkanku terkejut .
Zati : oiiii .. hahaha .. - zati menyergahku dengan tergelak .
Aku : uishhhh zati .. kau niii .. - aku membalas sapaan dari zati dengan muka yang masih lagi terkejut kerana cuitan yang dilakukan tiba-tiba oleh zati tadi .
Zati : hahahaha . Hah terkejut . Kau ni ila , aku kat tepi ni je dari tadi , kau tak nampak-nampak . Menonong je kau tengok depan . Tu yang aku cuit .. hahahah ..
Aku : heheheh oh yeke . Aku tak perasan . Ramai sangat orang .
Aku dan zati bersalaman dan berpelukan . Sudah lama aku tak berjumpa zati . Aku kira-kira sudah hampir 7 bulan . Itu pun aku dapat jumpanya kerana zati bercuti dan pulang ke kampung . Tapi sekarang kami berjumpa di kuala lumpur pula .
Aku lihat zati masih lagi menjaga pakaiannya . Walaupun tidaklah memakai baju kurung seperti aku , pakaian zati masih lagi menutup aurat dan masih lagi bertudung . Pakaian yang sama aku lihat apabila dia di kampung . Itu bermakna dari pandanganku , zati tidak hanyut dalam kemodenan dan godaan kuala lumpur . Zati adalah anak gadis sebayaku dan tinggal sekampung denganku juga . Dia mula duduk di KL pada usia 19 tahun .
Zati : dah jom .. meh beg kau 1 aku bawakkan .. - zati mengajakku beredar dari tbs .
Aku berjalan bersebelahan zati mengikut arah yang zati langkahi . Sepanjang langkahan itu pelbagai perkara kami borakkan sehinggalah kami tiba di kawasan parking kereta .
Zati membuka bonet keretanya . Aku sedikit terkejut kerana setahu aku zati tidak mempunyai kereta kerana dia pulang ke kampung pun menaiki bas .. oleh kerana aku dan zati berkawan baik , jadi tidak sukar untuk aku terus bertanyakan kepadanya -
Aku : kereta kau ke ti ? - tanya aku sambil meletakkan beg aku ke dalam bonet kereta itu .
Zati : eh tak lah . Ni kereta kawan aku lah . - jawab zati ringkas sambil dia tersenyum ke arah aku .
Setelah itu Kami berdua masuk ke dalam kereta , Sebuah kereta toyota vios berwarna putih . Zati menghidupkan enjin dan mula bergerak keluar dari kawasan parking .
Aku : pandai kau bawak kereta ek . Ada lesen lah ni ye ? - tanyaku lagi .
Zati : hehe .. baru setahun ada lesen .. takdelah pandai sangat . Silap-silap kang kita ke kubur jap lg .. hahaha .. - zati menjawab pertanyaan aku dengan diakhiri gurauan yang agak berlebihan .
Aku : ehh kau ni ti mulut .. - aku membalas dengan nada yang sedikit terkejut .
Zati hanya gelak sahaja medengar kata-kataku . Matanya fokus ke arah pemanduan . Seketika selepas itu aku melihat zati dari tepi . Terasa kagum aku melihat sahabatku ini yang sudah pandai memandu kereta , tidak seperti aku . Walaupun itu bukanlah pencapaian yang boleh dibangga-banggakan , namun aku masih kagum melihatnya , dan seketika itu jugalah aku merasa sedikit ketinggalan dari sahabatku itu .
Di dalam kereta aku dan zati rancak berborak . Pelbagai topik kami bicarakan . Zati juga ada bertanyakan sama ada aku lapar atau tidak , aku hanya menjawab tidak kerana sudah makan di rnr tadi . Oleh kerana itu zati mengambil keputusan untuk menuju ke arah rumahnya .
.
.
.
.
.
.
.
Setelah 20 minit perjalanan dan menempuh sedikit kesesakan , aku dan zati tiba di kawasan perumahan yang akan aku tinggal mulai hari ini . Sebuah apartment di bukit jalil , iaitu rumah yang sudah 2 tahun zati menyewa di situ .
Setelah meletakkan kereta ke parking dan mengambil beg di bonet , aku dan zati bergerak menuju ke dalam lif , seterusnya tiba di dalam rumah zati .
Sampai di rumah itu , zati menunjukkan kawasan di dalamnya yang serba lengkap dengan perabot dan perkakasannya . Dia juga menunjukkan bilik yang akan aku diami . Sebelum kedatanganku , zati hanya duduk berseorangan di dalam rumah itu . Kini dia mempunyai teman serumahnya iaitu sahabat kampungnya sendiri ..
Zati : ni bilik kau ila . Ok tak ? - tanya zati dengan nada yang lembut . Kami berdua sedang berada di dalam bilik .
Aku : eemmm lebih dari ok ti . Ermmm .. zati , trima kasih tau .. - jawabku sambil memandang wajah zati yang berada di hadapanku ..
Zati : eh kau ni , tak payah trima kasih terima kasih sangat . Kau kawan aku kan . Apa yang boleh aku tolong aku tolong la .. hehe .. - jawab zati dengan jawapan yang menyenangkan hatiku .
Aku : so sewa berapa aku nak kena bayar ti ? Aku bertanya
Zati : ila .. macam aku cakap hari tu . Buat masa ni kau duduk dulu tak payah bayar apa-apa . Nanti dah kerja dah stabil , baru kita cerita pasal sewa tu ..
Aku : tapi tak best la ti . Aku duduk dengan kau tapi kau je yang kena bayar sewa rumah ni ..
Zati : laaaaa selama ni pun memang aku bayar sorang-sorang pun kan .. so takde beza pun bila kau duduk . Dah2 , duduk je dulu . Nanti2 kita cerita pasal sewa .. - jawab zati lagi . Dia masih dengan jawapannya yang dengan niat tidak mahu membebani aku .
Bantuan zati itu memang benar-benar akan mengurangkan bebananku yang baru sahaja mahu mulakan hidup di kota ini , namun dalam masa yang sama aku sedikit merasa serba salah kerana risau seperti menyusahkan dia pula . Namun apabila zati bersungguh tidak mahu bercerita mengenai hal sewa rumah , aku hanya mampu bersetuju sahaja . Zati kembali bersuara selepas itu .
Zati : kau kemas-kemas la apa yang patut kat dalam bilik ni ok . Masukkan baju-baju kau kat dalam almari tu .. jangan malu-malu ok ila . Rumah ni rumah kau jugak .. apa yang ada kat dalam rumah ni kita pakai sama-sama ..
Aku : okay .. zati .. terima kasih tau ..
Zati : eh kau ni .. tak habis-habis .. -zati mengakhiri perbualan dengan mencuit pinggangku . Wajahnya sedikit geram tapi tetap tersenyum apabila mendengar perkataan terima kasih kali kedua dari aku tadi .. kami bergelak kecil selepas itu . Zati meninggalkan aku di bilik sendirian untuk memberikan aku ruang mengemas beg dan berehat seketika .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah sejam setengah aku mengemas beg ,memasukkan segala pakaian aku ke dalam almari dan berehat , aku menuju ke ruang tamu dan duduk bersebelahan dengan zati di sofa .
Zati yang sedang menonton tv berpaling wajahnya ke arah aku dan berkata -
Zati : dah kemas2 semua ?
Aku : dah .. ermm zati .. bila boleh aku gi interview ? - aku memulakan perbualan ..
Zati : amboiii tak sabar-sabar nak kerja ye cik kak .. hehehe ..
Aku : dah aku datang sini memang nak kerja kan . Takkan nak melancong pulak .. jawabku bersahaja ..
Zati : hahaha .. ermm manager aku cakap esok pagi pun boleh .
Aku gembira mendengar jawapan zati itu . Memang aku tak sabar-sabar untuk pergi ke temu duga kerja . Bagiku lagi cepat lagi bagus .
Aku : ok jugak tu esok . Tak payah la aku tertunggu-tunggu . Haha . Zati , kau rasa aku dapat ke kerja tu ?
Zati : daaaappaattt .. kau jangan risau la . Aku rekemen baik punya tau .. hehehe .. - kata-kata zati itu membuatkan aku sedikit lega mendengarnya . Dan sambil-sambil itu zati juga memberikan tips untuk sesi temuduga esok .
Zati : eh ila , ni kau dah bagi tahu mak ayah kau belum yang kau dah sampai kl ni ?
Aku : dah .. tadi kat dalam bilik aku dah call mak aku .. - jawabku ringkas .. zati hanya mengangguk selepas mendengar jawapanku itu . kemudian kami menyambung lagi pelbagai topik perbualan . Bermacam-macam hal yang aku dan zati borak . maklumlah sudah lama tidak ketemu , pasti banyak cerita yang kami kongsikan ..
346Please respect copyright.PENANAuonP9J03m3
346Please respect copyright.PENANAcsgE9bZB2n
346Please respect copyright.PENANA3DfjqC72z2
346Please respect copyright.PENANA50gO5sL9Jd
346Please respect copyright.PENANAqaBpd31K3Y