Setelah selesai memunggah barangan,hanim.mengucapkan terima kasih kepada yang membantu.Setelah semuanya bersurai,Kelihatan budak yang membantu tadi masih berdiri disitu..
Hanim:Dik..sini..siapa nama kamu?..soal hanim..
Budak itu menjawab malu2..nama saya aboi cikgu.
Haliza:Ooo aboi..dari tadi cikgu perhatikan kamu banyak dan rajin membantu memunggah barangan cikgu..terima kasih ye aboi..
Aboi:Sama2 cikgu.
Haliza:Berapa umur kamu boi?
Aboi:Umur saya 12 tahun cikgu.
Haliza terkejut kerana fizikal aboi seperti remaja sekolah menengah.
Haliza:Ohhh..cikgu ingatkan kamu sudah berusia 14 atau 15 tahun.
Aboi:Tidak lah cikgu..saya baru 12 tahun.
Haliza mengambil wang dan sebungkus biskut lalu dihulurkan pada Aboi..
Haliza:Nah aboi..ambil wang dan biskut ini sbb sudi membantu cimgu tadi.
Aboi:Maaf cikgu..saya bantu ikhlas tidak perlukan balasan.
Hanim:Takpe..ambillah..cikgu juga ikhlas..
Aboi:Kalau cikgu mahu memberi juga..saya hanya mahu biskut saja..saya tidak mahu wang.
Hanim terkedu melihat keikhlasan aboi..lalu dia berikan biskut tersebut,setelah itu aboi berlalu pergi.Dia mula menyusun semua peralatan dan barangan yang dibawa,membersihkan apa yang perlu.Setelah selesai,dia berehat sebentar sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah,kelihatan seperti baru dibersihkan semak2 samun di keliling rumah.Dia terlihat satu laluan kecil di belakang rumah,lalu dia memberanikan diri menyusuri laluan tersebut sehingga sampai ke sebatang anak sungai,airnya jernih,berbatu batu kecil dan tidak dalam..kelihatan anak2 ikan berenang di dasar sungai..Pemandangan di sekeliling di tumbuhi semak2 dan tiada laluan lain selain dari laluan yang dia lalui.Selain itu ada batu2 besar ditepian sungai berbentuk hamparan,sungguh indah apabila air sungai berkilauan terkena sinaran cahaya matahari.Setelah itu dia berlalu pulang.
Hanim sudah dimaklumkan lebih awal bahawa bekalan elektrik di kampung tersebut hanya beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 12 malam.Jadi dia telah menyediakan lampu suluh dan juga beberapa biji pelita minyak tanah untuk dinyalakan selepas 12 malam.
Esoknya hanim bangun seperti biasa untuk solat subuh setelah itu dia menyediakan minuman bersama beberapa keping roti.Jam 7.15 pagi dia bergerak menuju kesekolah dengan hanya berjalan kaki,jarak perjalanan mengambil masa 15 minit saja.Suasana waktu pagi di kampung tersebut sungguh indah..diseliputi kabus tebal,kicauan2 burung,bunyi aliran sungai,kedinginan yang menusuk.Hanim mula menyukai tempat tersebut walau baru kelmarin menjejakkan kaki ke tempat itu.
Sesampai di sekolah hanim diperkenalkan dengan cikgu2 di sekolah itu dan dibawa ke kelas2 untuk diperkenalkan kepada murid2.Setelah itu dibawa ke kelas dibawah jagaannya,hari itu hanim memulakan tugasnya mendidik anak2 orang asli di sekolah tersebut.Akan tetapi seharian dia di sekolah,tak nampak pun batang hidung Aboi.Dia tertanya tanya,adakah aboi tak bersekolah atau dia sakit..
Setelah selesai sesi persekolahan hari itu,dia pun berjalan pulang kerumah,dalam perjalanan dia ternampak aboi membawa beberapa ekor ikan dan beberapa ikat sayur..
Hanim:Aboi..kamu nak kemana?
Aboi:Saya nak ke rumah cikgu..ni saya ada bawakan beberapa ekor ikan dan sayur untuk cikgu..
Hanim:Kamu ni..susah2 je..tak payah la..kamu bawak balik aja kerumah,boleh ibu kamu masak..
Aboi:Saya dah bawa pulang selebihnya dan ini untuk cikgu..
Wajahnya sedikit berubah..hanim memerhatikan riak wajah aboi..
Hanim:Kenapa boi..kenapa tiba2 wajah kamu berubah..adakah kamu terasa hati dengan kata2 cikgu tadi?
Aboi:Tidaklah cikgu..tak ada apa2 yang saya nak terasa hati..
Hanim:Kalau macam tu..kamu ikut kerumah saya..terima kasih kerana berikan saya ikan2 dan sayur ni ye..
Aboi:Sama2 cikgu..kalau cikgu perlukan apa2 pertolongan..bagitau saja..saya akan bantu..
Hanim tersenyum sambil berjalan menuju kerumah.Sampai dirumah hanim mempersilakan aboi duduk di beranda rumah sementara dia membawa masuk ikan dan sayur ke dapur.Dia keluar dengan membawa 2 gelas teh panas dan sepiring biskut.
Hanim:Minumlah boi..
Aboi:Terima kasih cikgu..
Hanim:Tadi masa cikgu disekolah..cikgu tak nampak pun kamu..
Aboi:Saya tak sekolah cikgu..sbb saya org susah..lagipun apa dan ama saya sakit,saya yang menjaga mereka cikgu..
Hanim:Ohh begitu..kamu ada berapa adik beradik?
Aboi:Hanya saya saja cikgu..saya tiada adik beradik..segalanya saya urus sendiri..kata aboi..matanya mula berair sedikit..
Hanim:Maafkan cikgu boi..kalau cikgu buat kamu sedih..
Aboi:Tidaklah cikgu..saya dah biasa mcm ni..
Hanim:Rumah kamu dimana?
Aboi:Rumah saya dihujung kampung cikgu..ikut laluan tepi sungai belakang ni..
Hanim:Ohhh..sungai yang belakang rumah cikgu ni ye?
Aboi:Ye cikgu..ikan2 tadi pun saya dapat dari sungai belakang ni la cikgu..
Hanim:Bertuah apa n ama kamu boi..rajin..
Aboi tersenyum sambil mengambil biskut dan menyuapkan ke mulutnya.Hanim memerhatikan gelagat aboi..dengan lastik tergantung dilehernya,dengan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek usang.Kulitnya hitam,berambut kerinting serta nampak seperti budak yang lurus bendul tapi rajin..
Setelah selesai minum aboi meminta diri untuk pulang..hanim memberi 2 bungkus biskut kepada aboi,walaupun ditolak namun hanim tetap memberinya..akhirnya dia mengalah dan berlalu pergi.Hanim memerhatikannya dari jauh hingga hilang dari pandangan.
Rutin harian hanim berjalan seperti biasa.Pada cuti hujung minggu,hanim mengemas rumah serta menyapu halaman rumah dan membakar sampah dan daunan kering dihalaman rumah.Tiba2 hatinya berdetik untuk pergi kerumah aboi melalui jalan tepi sungai dibelakang rumah.Dia masuk kedalam rumah untuk membersihkan diri,setelah selesai dia menyarungkan tracksuit dan tshirt longgar dan tudung mula berjalan kaki di laluan tepi sungai.Kira2 10 minit perjalanan dia ternampak sebuah pondok berdindingkan buluh dan beratap rumbia,kelihatan aboi sedang membaiki dinding rumah yang rosak..walaupun dia baru 12 tahun tp dia mampu melakukan kerja2 yg seharusnya dilakukan oleh org dewasa.
Haliza:Aboi...
Aboi:Eh..cikgu..buat apa kat sini?
Haliza:Saja nak kerumah kamu..cikgu tadi baru selesai membersihkan kawasan rumah..
Aboi:Marilah naik cikgu..apa n ama ada diatas..
Mereka pun naik keatas pondok..diatas terlihat apa n ama sedang berbaring..mereka berdua kelihatan uzur..
Aboi:Apa..ama..ni cikgu baru di sekolah kita..namanya cikgu hanim.
Hanim:Apa khabar..pakcik..makcik..
Apa:Baik cikgu..silakan duduk..pondok kami ni tak berapa selesa cikgu..maaf ye..
Hanim:Eh..takpe pakcik..
Hanim duduk sambil memerhatikan sekeliling..terasa sayu dihatinya..pondok tersebut seperti tidak terurus,melihat ibu dan bapa aboi juga membuat hatinya tersentuh..Hatinya berbisik.."beruntung pakcik dan makcik mempunyai anak seperti aboi..selain rajin..sanggup menguruskan kedua orgtuanya yang uzur"..
Hanim berbual mesra dengan orgtua aboi..manakala aboi seperti biasa bermain main dibawah.
Ama:Maaf cikgu..tiada minuman utk cikgu sebagai tetamu..makcik tak mampu untuk bangun..
Hanim:Eh..takpe makcik..
Kemudian terdetik dihati hanim..
"Makcik..pakcik kalau diizinkan,bolehkah saya datang kesini lagi..sekurang kurangnya saya dapat membantu sedikit sebanyak di rumah ni"..
Ama:Boleh cikgu..cikgu boleh datang bila2 masa..kurang kurangnya kami tidak kesunyian..aboi juga..
Hanim:Terima kasih pakcik..makcik..
Setelah lama dipondok aboi..hanim.meminta diri untuk pulang dulu.Ibu aboi memintanya mrnghantar hanim.pulang kerana banyak binatang berbisa di laluan tersebut.
Aboi dan hanim.berjalan bersama melalui jalan tepian sungai,tiada sebuah rumah pun di kawasan itu kecuali pondok aboi sahaja..ketika berjalan tiba2 hanim.tergelincir lalu jatuh kedalam sungai..apa akan terjadi selepas itu?
Sambungan next part..
213Please respect copyright.PENANAcSFtkcldgZ
213Please respect copyright.PENANAt1rGCjhXgo
213Please respect copyright.PENANAtQV6ITTpBP
213Please respect copyright.PENANAJnPJnfqsdg
213Please respect copyright.PENANAW7rhZf85lR
213Please respect copyright.PENANAdvDkQZhDWL