"Kalau macam tu, mari kita bincang sikit. Nisa kena tahu sejarah kesihatan James. Ada drug allergies?" Hanisah memulakan perbualan, cuba bersikap profesional.
"Takde," pantas lelaki itu menggeleng.
James hisap rokok?"
"Tak."
Hanisah menerangkan lelaki itu tentang bayaran dengan terperinci. Namun, fikirannya kerap terganggu. Jujur, ada debaran yang aneh berdetak di dadanya, bukan kerana gugup terhadap prosedur perubatan yang bakal dijalankan, tetapi kerana aura maskulin yang terpancar dari lelaki di hadapannya. Sekali sekala, matanya menjeling ke arah tubuh tegap lelaki itu. . Sudah lama dia tidak merasakan perasaan begini, sejak suaminya meninggal dunia lebih setahun lalu. Rasa sepi dan sunyi yang selama ini menemani hidupnya, tiba-tiba terasa seperti terusir seketika.
"Dan terakhir sekali, Nisa sebenarnya ada satu ubat ni yang dibuat dari bahan-bahan asli. Ubat ni untuk sembuhkan tempat jahitan tu dengan pantas. Selalunya luka tu makan seminggu lebih baru sembuh. Tapi dengan ubat ni, besar kemungkinan boleh sembuh dalam masa 3 hari." Hanisah menawarkan, harapan untuk mempercepatkan proses penyembuhan James.
Terbeliak mata James setelah mendengar penerangan Hanisah. "Wah, bagusnya ubat ni. Puan Nisa pernah pakai untuk rawat budak-budak berkhatan ke sebelum ni?"
"Eh, tah. Ubat ni belum dapat approval. Lagipun Nisa rasa tak boleh sesuai untuk budak-budak bawah 12 tahun. Tapi James jangan risau, ubat ni mengandungi bahan-bahan natural. Seperti akar-akar, cengkih, ginseng dan juga tongkat Ali."
Terangkat kening James. "Oh, tongkat Ali? Kan itu untuk kuatkan zakar dan tenaga seks?" soal James sambil tersengeh. Senyumannya nakal, tetapi tidak menyinggung perasaan. Sebaliknya, ia membangkitkan rasa geli hati dalam diri Hanisah.
"Sebab tu sesuai untuk digunakan masa bersunat," balas Hanisah sebelum menekup mulutnya dan terketawa kecil. Dia terkejut sendiri dengan jawapan spontannya itu.
James juga terketawa sekali. Ketawanya berderai, memenuhi ruang tamu dengan kehangatan yang tidak disangka-sangka. Ia menular, membuatkan hati Hanisah berasa ringan dan gembira.
"Oklah, kalau James dah setuju. Jom ikut Nisa," kata Hanisah sambil mengusap lengan lelaki itu. Sentuhan itu ringkas, hampir tidak terasa, tetapi cukup untuk mengirimkan arus elektrik ke seluruh tubuhnya. Dia segera menarik tangannya, merasa berani dan malu pada masa yang sama.
Hanisah membawa James ke bilik berkhatan yang terletak di bahagian hujung rumahnya. Peralatan perubatan tersusun rapi di atas meja, disinari cahaya matahari pagi yang masuk melalui tingkap. Bau antiseptik dan alkohol menusuk hidung mengingatkannya pada arwah suaminya, Ariff. Rasa rindu menusuk hatinya, tetapi bayangan James segera menggantikannya.
"James tunggu di sini ya. Nisa nak sediakan air panas dan alat-alat yang lain," kata Hanisah, cuba menyembunyikan gemuruh di hatinya. Dia berpura-pura sibuk dengan persiapan, memberikan dirinya masa untuk bertenang dan mengumpulkan keberanian.
James mengangguk dan duduk di kerusi yang ditunjukkan Hanisah. Dia memerhatikan sekeliling bilik, terpegun dengan ketelitian dan kebersihan bilik tersebut.
Hanisah kembali beberapa minit kemudian, membawa besen berisi air panas, tuala bersih, dan beberapa botol ubat. Dia meletakkan semua barang di atas meja dengan berhati-hati.
"Okay James, sekarang kita mulakan. Pertama sekali, James kena mandi dan bersihkan badan betul-betul, lagi-lagi bahagian zakar James," arah Hanisah, memberikan tuala dan sabun kepada James.
James mengangguk faham dan masuk ke bilik air sementara Hanisah menunggu di luar.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik mandi terbuka. Hanisah tersentak. Matanya membulat, terpaku pada pemandangan di hadapannya.
Lelaki itu keluar dari bilik mandi dengan hanya sehelai tuala melilit pinggangnya, menampakkan bahunya yang bidang dan dadanya yang tegap. Titik-titik air masih berkilauan di tubuhnya, menggariskan setiap lekuk otot yang terlatih. Cahaya pagi menari-nari di kulitnya yang keemasan, membuatnya kelihatan seperti patung dewa yang hidup.
Dia cuba mengalihkan pandangan, merasa pipinya membahang. Dia berdehem, berusaha menenangkan debaran jantungnya yang semakin kencang. Ini tidak profesional. Dia seorang mudim, dan James adalah pesakitnya. Tetapi logik dan akal budinya seolah-olah menghilang ditelan oleh gelora perasaan yang tiba-tiba membanjiri dirinya.
"Mari James, kita masuk bilik semula," kata Hanisah sebelum pantas berkalih dan berjalan menuju ke bilik berkhatan itu. Dia merasakan mata James membakar belakangnya, membuatnya semakin gugup.
James hanya mengekori Hanisah sambil tersenyum lebar.
Di dalam bilik, Hanisah cuba mengawal dirinya. Dia menarik nafas dalam-dalam, menenangkan degupan jantungnya yang tidak teratur. Dia perlu profesional. Dia perlu fokus.
"Baiklah James, hmm. Bukaklah tuala tu dan baring di atas katil," arah Hanisah, cuba bersikap profesional. Walaupun suaranya bergetar sedikit, dia berjaya menenangkan dirinya.
James menurut tanpa membantah. Dia membuka tuala yang membalut bahagian bawah tubuhnya dan meletakkan di atas meja dengan selamba. Kini dia berdiri di hadapan Hanisah tanpa seurat benang. Terbeliak mata Hanisah apabila ternampak zakar lelaki itu buat kali pertama. Walaupun ia masih lembik, zakar James kelihatan gemuk, panjang dan sempurna.
Di saat itu, jantung Hanisah berdegup rancak. Walaupun dia mencuba untuk bersikap profesional, nafsu batin dia membuak tak semena-mena. Dia merasakan dirinya seperti seorang remaja yang baru pertama kali ternampak tubuh seorang lelaki. Seluruh tubuhnya terasa panas.
Aduh! seksanya!
194Please respect copyright.PENANAMXUiSN589I