Isnin. 1235pm
"Assalamualaikum"
"Waalaikum..."
Pengawal sekuriti kondo itu terdiam sebaik sahaja ternampak Tanti berdiri tegak dihadapannya. Tanti berdandan seperti bagaikan nak naik pelamin. Dia memakai dress pendek coklat berbunga-bunga kecil. Separuh dari pehanya jelas kelihatan. Potongan dada baju itu yang berbentuk V sangat rendah tetapi lurah teteknya ditutup dengan kamisol berwarna putih
"Waalaikumalam Cik Adik, apa saya boleh bantu?" tanya pengawal sekuriti kondo Seri Langit
Tanti mengerling tag nama lekaki muda itu sebelum mengukir senyuman manis kepadanya
"Abang Syamsul. Mintak tolong sikit ya. Saya ada delivery ni untuk...untuk Harisa. Dia cakap dia tinggal sini" kata perempuan itu dengan suara lunak manja seraya menunjukkan sebuah beg plastik besar yang penuh berisi kotak. Kotak kosong.
Dahi lelaki muda itu berkerut.
"Harisa? Siapa Harisa? Hmmm.. Sekejap ya"
Lelaki itu memasuki pondok sekuriti. Dengan berhati-hati, Tanti merapati pintu ponduk itu untuk memasang telinga
"...Harisa? Mana ada orang nama Harisa kat sini. Haris agaknya tak? Pergi tanya dia lagi. Tanya dia apa dia nak" kedengaran satu suara yang garang dari dalam pondok itu
Dengan pantas Tanti mengundur kembali ke tempat asal, tersengeh-sengeh macam kerang busuk.
"Cik Adik salah orang lah agaknya. Sini takde orang nama Harisa"
Kelam kabut Tanti mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka galeri gambar
"Ha, ini orangnya. Dia kata dia tinggal di kondo Sri Langit" Tanti menunjukkan gambar seorang lelaki kepada pengawal sekuriti itu.
"Oh, confirm lah. Ini Haris. Bukan Harisa..." lelaki itu tergelak kecil
Perempuan Indon itu merengus kasar. Sekarang dia sudah tahu siapa gerangan lelaki kacak dalam selfie bersama Zarina itu. Kini dia hanya perlu mengetahui apa hubungan lelaki kacak itu dengan Zarina. Adakah Haris itu lebih dari kawan kepada madunya?
Semakin geram dia dengan Zarina apabila memikirkan kemungkinan itu.
'Dah ada Khalid, sekarang Haris pula' bentaknya dalam hati
"...lagipun Haris dah pergi kerja. Eh. Dia tidak beritahu kami pun dia ada delivery hari ni" sambung lelaki itu.
"Mungkin dia lupa kot" balas Tanti
Syamsul terangguk-angguk.
"Mungkin jugak lah. Hmmm. Dia ada kasi alamat penuh kan? Tahu unit number dia?"
Pantas perempuan Indon itu menggeleng sebelum memaniskan roman wajahnya kembali.
"Dia ada kasi kepada boss saya. Tapi boss saya terlupa mahu kasi saya. Saya call boss saya banyak kali tapi tidak diangkat pula. Hmmm. Boleh saya gantung sahaja barang ini depan pintu rumahnya. Unit numbernya apa ya?"
Syamsul menjenguk ke dalam pondok sekuriti untuk memastikan kawan sekerjanya tidak memasang telinga. Kemudian dia mengambil satu langkah kehadapaan, merapati Tanti
"Hmmm. Nama cik adik apa?"
"Ratna"
"Oh Ratna. Cantiknya nama. Secantik orangnya"
Tanti tersenyum sumbing. Sedikit meluat dengan pujian lelaki itu. Tetapi dia terpaksa melayannya juga demi mendapatkan maklumat
"Terima kasih abang Syamsul. Abang pun tampan juga ya" kata perempuan Indon itu sebelum mengusap lengan lelaki itu sekali
Berdebar-debar jantung lelaki itu serta-merta dengan sentuhan lembut perempuan itu.
"Maaf ye Ratna. Pertama. Kami takde pesanan dari Haris tentang delivery ni. Kedua, Ratna pun tak ada alamat penuh. Susah sikit kalau saya nak kasi kebenaran untuk Ratna masuk. Selalunya kalau ada delivery yang sah, dah siap alamat semua. Ni Ratna takde alamat. Nama pun salah. Susah saya nak kasi masuk" katanya tenang
Ratna merapati Syamsul. Dia menyelitkan rambutnya ke belakang cuping telinganya. Bau haruman perempuan itu menerpa rongga hidung Syamsul, membangkitkan nafsu lelaki itu
"Abang Syamsul. Boleh saya tahu number unit Haris? Saya tulis cepat-cepat di atas kotak ini ya" kata Tanti dengan lemah sekali
"Ahhh. Errrr" lelaki itu terpinga-pinga, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hatinya mula tertarik dengan perempuan Indon itu tetapi di masa yang sama, dia takut untuk melanggar undang-undang. Takut dibuang kerja.
"Abang kalau kasi saya, saya belanja abang makan nanti ya Sabtu ini. Lepas tu kita boleh tengok wayang. Lepas tu mungkin boleh check..." Tanti memandangnya sayu.
Syamsul menelan air liur. Masih teragak-agak nak kasi maklumat itu kepada gadis Indon itu tetapi apabila terpandang senyuman manis Tanti dan renungan manjanya, dia menyerah kalah
"Tingkat 11. Nombor pintu 1113. Hmmm, saya temankan Ratna naik keatas ya?"
"Tak mengapa ya Syamsul. Saya tukar fikiran. Hmmm. Ofisnya di mana? Mungkin saya terus pergi ke ofisnya untuk menghantar barang ini terus ke sana"
Wajah Syamsul berubah. Sedikit hampa.
"Oh. Hmmm. Ofis dia kat Sunway Tower. Company dia tak salah..Haa.. Setia Construction Enterprise. Betul ke Ratna tak mahu naik keatas? Letak barang ni di hadapan pintu dia. Nampak berat tu. Abang boleh tolong angkatkan"
Tanti tersenyum lebar sehingga ke telinga. Gembira. Licik perempuan Indon itu mengorek maklumat.
"Terima kasih ye abang Syamsul atas pertolongan nya. Sabtu ni kita berjumpa ya, saya belanja makan seperti dijanji"
Hati Syamsul kembali melonjak gembira. Kini dia harus mencari alasan yang sesuai untuk diberitahu kepada isterinya nanti
"Hmmm. Ataupun, Ratna boleh je tinggalkan barang ni di sini. Lepas tu, malam ni datang..."
"Kau jangan pandai-pandai suruh dia tinggalkan barang kat sini. Kalau hilang macam mana? Kalau rosak macam mana?" tiba-tiba sahaja kedengaran satu suara garau seorang lelaki.
Tanti dan Syamsul tersentak dan menoleh ke arah suara itu serentak.
Seorang lelaki muncul dari pondok sekuriti itu, berdiri tegak dan bercekak pinggang. Lelaki itu kelihatan berumur, barangkali 50 tahun keatas. Wajahnya kelihatan garang, berkulit sawo matang dan bermisai tebal. Dia memandang Tanti dari atas ke bawah.
"Nama awak siapa? Awak dari mana?" tanya lelaki tu lagi dengan tegas.
Pandangan Tanti melirik ke tag namanya. Yusuff. Kemudian pandangan matanya dialihkan ke muka lelaki itu. Senyumannya disambut lelaki itu dengan wajah mendatar.
"Nama saya Ratna. Encik Haris ada memesan baju Melayu dari Jakarta. Saya hanya ditugaskan untuk menghantarnya"
"Awak datang balik malam ni pukul 8 malam. Selalu dia ada rumah time tu. Awak call dia tau, pastikan dia WhatsApp kami dengan kebenaran untuk delivery. Mengerti?"
Tanti terangguk-angguk tanda setuju. Dia sedikit gementar dengan ketegasan lelaki tua itu
"Syamsul!"
Syamsul yang dari tadi khusyuk merenung Tanti dari atas ke bawah, tersentak. Lantas, dia menoleh ke arah Yusuff
"Ah bang. Apa...apa hal?" soalnya terpinga-pinga.
"Aku nak pergi buat rounds. Nanti aku datang balik. Kau jaga sini!"
"Ok. Ok bang. Roger"
Yusuff berjalan laju tanpa menoleh kebelakang, meninggalkan Syamsul tercegat di situ dengan cebikan menyampah.
"Ratna pedulikan orang tua tu. Mengada-ngada. Mentang-mentang dia paling senior kat sini. Ratna tinggal mana?"
Tanti tidak menghiraukan soalan Syamsul. Matanya tertumpu ke satu arah tak berjauhan dari mereka. Dian ternampak seorang perempuan dengan sehelai tuala tergantung di bahu. Perempuan itu ialah Zarina!
'Tak kerja rupanya dia. Apa dia buat sini?' tanyanya di dalam hati
Tak lama kemudian, kelibat Zarina hilang dari penglihatan. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Tertanya-tanya dalam hati, kenapa madunya berada di situ. Sepatutnya dia berada di ofis waktu itu. Tanti nekad. Dia harus mencari alasan untuk memasuki kondo itu dengan segera.
"Abang Syamsul, saya mahu buang air kecil. Sudah tidak tahan ini" kata gadis itu dengan muka yang berkerut
"Errr. Sebenarnya, visitor tak boleh suka-suka masuk tanpa kebenaran. Kalau Yusuff nampak, teruk saya kena marah nanti" kata lelaki itu serba salah.
"Sebentar sahaja ya bang. Kan selalunya swimming pool ada bilik ganti baju. Izinkan saya masuk ya bang. Nanti saya belanja Abang Syamsul makan seafood ya" rayu perempuan itu
"Errr. Ah. Oklah. Oklah. Jangan lama-lama tau. Kalau boleh jangan sampai si Yusuff nampak tau. Saya..."
"Terima kasih abang Syamsul"
Tanti bergegas ke tempat dia nampak Zarina tadi. Apabila dia tiba di situ, dia mula melangkah dengan berhati-hati. Takut Zarina ternampak dirinya.
Dia mengintai di sebalik dinding pemisah antara lobby utama dan kolam renang. Hanya mata kirinya sahaja yang kelihatan. Dia ternampak Zarina menyangkung dan berbual dengan seorang budak kecil di tepi kolam renang. Kolam renang itu kosong kerana ramai penghuni kondo itu sudah berada di tempat kerja.

Zarina berada di situ kerana dia mengambil cuti kecemasan, hanya untuk menjaga Hannah
Tak lama kemudian, seorang lelaki tampan tanpa berbaju merapati Zarina dan Hannah. Tanti terpegun dengan tubuh kekar lelaki itu. Tinggi, berotot seperti tubuh Khalid. Rambut lelaki itu basah, barangkali baru keluar dari kolam renang. Tanti menjegilkan matanya untuk melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas dan serta-merta, dia mengenali lelaki itu, Haris.

Zarina segera bangkit dan Haris memeluknya. Terbuntang mata Tanti. Berkerut dahi dia. Serta merta hatinya bahang membara. Amarah perempuan itu membuak-buak.
Dia menyumpah seranah nasibnya. Madunya boleh bersama lelaki-lekaki kacak dan bertubuh kekar tetapi dia tersepit dengan si Razak selekeh itu
Kelam kabut Tanti mengeluarkan telefon bimbitnya. Matlamat utama ialah untuk membuktikan yang Zarina curang dan bukti terbaik sekarang berada di depan mata. Dengan tangan terketar-ketar, dia membuka kamera dan menghalakan kepada pasangan yang mesra berpelukan itu. Di saat itu, bahunya ditepuk lembut.
Terperanjat, dengan pantas dia berkalih ke belakang. Hampir gugur jantungnya apabila dia ternampak Yusuff berdiri tegak di belakangnya bercekak pinggang.
"Ratna. Apa awak buat kat sini?" soal lelaki itu tegas
"Saya...saya ingin ke tandas"
"Tandas kat belakang tu. Apa awak buat sini?" Yusuff menuding belakang nya. Ada tanda tandas jelas kelihatan.
"Ma...maaf. Saya tak perasan. Saya pergi sekarang ya" Tanti berjalan pantas menuju ke tandas, meninggalkan lelaki bermuka bengis itu.
Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Sebaik sahaja dia di dalam tandas, dia menanggalkan kamisol putih yang dipakai dalam dress nya.. Maka terdedahlah lurah teteknya yang dalam dan mengiurkan itu

Dia melihat dirinya di dalam cermin dan merapikan pakaiannya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia melangkah kaki keluar dari tandas dengan bersahaja.
Yusuff yang dari tadi menunggu dia di luar dengan muka bengis tiba-tiba berubah wajah. Serta-merta, pandangan matanya ter arah ke lurah tetek Tanti yang menggoda itu.
Tanti meletakkan beg plastik yang dibawanya ke atas lantai. Perlahan-lahan dia membongkok, konon-konon hendak membersihkan kasutnya. Yusuff meneguk air liurnya apabila lurah tetek Tanti semakin jelas pada pandangan matanya. Nafsu shahwatnya melonjak tinggi. Serta-merta, lelaki itu berubah hati.
"Abang Yusuff, Ratna pulang dulu ya. Nanti jumpa lagi" kata perempuan itu dengan lembut
"Ba..baiklah. Hati-hati pulang" balas lelaki itu, juga dengan nada lembut, tidak setegas tadi. Sekali-sekala matanya akan melirik ke lurah tetek perempuan itu.
"Terima kasih abang Yusuff" ucap perempuan itu sebelum mengukir satu senyuman yang manis.
"Ratna..."
"Ye abang"
"Kalau nak datang pakai swimming pool, datang hari Khamis tau dalam pukul 2 sampai 4. Masa tu abang sorang je shift. Nanti abang kasi masuk"
"Ok abang, nanti saya bawa bikini saya ya. Bai abang Yusuff"
Lelaki itu menelan air liur. Berderau darahnya hingga ke ubun-ubun kepala apabila terbayang Tanti memakai bikini
"Ok. Ba..babai"
Perempuan itu berkalih dan mula melangkah pergi, meninggalkan lelaki itu tergamam sendirian merenungnya dengan konek separa keras. Sengaja perempuan itu menggelek-gelek punggungnya ketika berjalan.
Pada masa yang sama, senyuman Tanti yang manis tadi kini bertukar nakal. Atau lebih tepat, jahat.
36Please respect copyright.PENANAZrGztLEvZ8