Setelah dua hari berlatih, pergerakan Iskandar Zulkarnain semakin baik. Dia masih lagi tekun berlatih untuk menangkap burung-burung pipit itu. Dia tidak lagi dipantau oleh Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAj7zGBmIlaD
Puteri Rania menuju ke bilik latihan dengan membawa makanan. Dia tersenyum melihat Iskandar Zulkarnain yang sedang gigih berlatih.
238Please respect copyright.PENANAhdNiI23Ycf
"Iskandar... Mari makan dulu." Panggil Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANANPppNxteof
Iskandar Zulkarnain melihat tok gurunya tiba, terus berlari keluar.
238Please respect copyright.PENANAI73oDGecPU
"Makcik...saya dah dapat seekor." Kata Iskandar Zulkarnain gembira sambil menunjukkan seekor burung pipit ditangannya.
238Please respect copyright.PENANACJEmteeFGf
Puteri Rania tersenyum sambil menyambut burung itu.
238Please respect copyright.PENANA6QUL02sU3L
"Apa gunanya dapat tangkap seekor sahaja?" Puteri Rania berkata lalu melepaskan burung itu terbang kembali.
238Please respect copyright.PENANA27WTsykp6q
"Kamu mesti menangkap tiga ekor sekali gus." Sambung Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAOIll4qe9yv
Iskandar Zulkarnain hanya mengangguk sambil mengesat peluh didahi dengan lengan bajunya.
238Please respect copyright.PENANATDYgrgJ5uh
"Kamu makanlah dulu. Sambung berlatih lepas makan. Kamu dikira hebat sebab dapat tangkap seekor dalam masa dua hari." Kata Puteri Rania sambil mengelap peluh Iskandar Zulkarnain dengan sapu tangannya.
238Please respect copyright.PENANAApg7M7UClO
Iskandar Zulkarnain tersenyum apabila dipuji begitu. Puteri Rania kemudian membawa semangkuk beras dan menuju kedalam ruangan burung pipit itu. Iskandar Zulkarnain berlari mengikuti.
238Please respect copyright.PENANA9nSZ5ywMff
"Burung pipit ni pun perlu makan juga setelah berlatih bersama kamu" kata Puteri Rania lembut sambil memberi makanan kepada burung-burung itu.
238Please respect copyright.PENANAM0qkapqfRc
****
238Please respect copyright.PENANATZlYxJFQxA
"Ada apa-apa berita mengenai Iskandar Zulkarnain?" Raden Mas Arya bertanya geram kepada anak muridnya, Shaqiri.
238Please respect copyright.PENANAQLwb7pIMIT
Shaqiri merupakan anak murid setia Raden Mas Arya. Malah, sewaktu Iskandar Zulkarnain berada disitu, dialah yang sering membuli budak itu.
238Please respect copyright.PENANASmmOgzV2ph
"Masih belum ada apa-apa berita, tok guru." Kata Shaqiri.
238Please respect copyright.PENANAoiS6T4vLAd
"Kalau dapat tangkap dia, belasah budak tu betul-betul." Raden Mas Arya berkata. Tubuhnya menggigil menahan marah.
238Please respect copyright.PENANARsudTybxj2
"Bukan! Bawak dia kesini. Aku akan ajar budak tu!" Kata Raden Mas Arya lagi.
238Please respect copyright.PENANAJOWL8G2ghz
Dia mengamuk sambil melemparkan barang-barang didalam biliknya. Kerana Iskandar Zulkarnain, dia kehilangan kepercayaan dari Mahaguru berlima untuk menjadi bakal ketua.
238Please respect copyright.PENANAWLFddteryH
*****
238Please respect copyright.PENANAjf0Vj1Y8Ec
Puteri Rania duduk dihadapan tasik diruangan utama sambil menjahit sepasang baju untuk anak muridnya. Iskandar Zulkarnain pula sedang seronok bermain air didalam tasik.
238Please respect copyright.PENANAHmMUSRAaSs
"Makcik!" Panggil Iskandar Zulkarnain sambil merenjiskan air kepada Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAVZDmDN3vWG
"Iskandar!" Puteri Rania melindungi dirinya dengan baju yang dijahit dari terkena percikan air.
238Please respect copyright.PENANA1Gw0y00cNH
Setelah melihat Iskandar Zulkarnain langsung tidak berhenti, Puteri Rania bingkas bangun. Iskandar Zulkarnain hanya ketawa. Dia ingin melarikan diri, tetapi tersadung lalu jatuh tersembam didalam tasik. Puteri Rania tertawa melihat telatah Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANACsOTLEUNeD
"Iskandar.." Puteri Rania pura-pura marah.
238Please respect copyright.PENANABTWwMW5Qy1
Iskandar Zulkarnain tersengih dan merapati Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAMQve1aWWmZ
"Hehehe..makcik jangan marah. Basah sikit je. Seronok tak?" Iskandar Zulkarnain mengelap wajah Puteri Rania yang basah dengan tangannya.
238Please respect copyright.PENANAdDewIVwp7H
"Makcik. Saya dah dapat tangkap tiga ekor burung pipit." Kata Iskandar Zulkarnain cuba menutup kesalahannya.
238Please respect copyright.PENANAfYXYQzBn0g
Puteri Rania merengus kecik pada wajah Iskandar. Geram dia melihat keletah Iskandar Zulkarnain yang nakal itu.
238Please respect copyright.PENANAVw8jeVVOEd
"Tangkap enam ekor lagi esok." Kata Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAFhxGJRwfRl
"Ha? Enam ekor? Kenapa makcik nak saya tangkap enam ekor lagi?" Soal Iskandar Zulkarnain tidak percaya.
238Please respect copyright.PENANA2SnjI5NlRE
"Kenapa? Kamu dah dapat tangkap tiga ekor, sekarang tangkap lagi tiga ekor. Adakah kamu rasa ianya susah?" Soal Puteri Rania lembut.
238Please respect copyright.PENANAtQxYGaZSgM
"Saya bukan takut susah. Saya takut makcik kena.." Iskandar Zulkarnain mengeluarkan sesuatu dari bajunya.
238Please respect copyright.PENANA9T1Ad7hMJi
"Makcik nak makan?" Iskandar Zulkarnain menunjukkan daging burung yang telah dipanggangnya.
238Please respect copyright.PENANAB98FLc0BZw
Puteri Rania tercengang melihatnya. Dia mahu menangkap Iskandar Zulkarnain, namun anak muridnya itu lebih laju dan segera melarikan diri.
238Please respect copyright.PENANAxgKy8kQSr2
"Tolong..saya dah bersalah. Saya mengaku kalah." Kata Iskandar Zulkarnain sambil mengangkat kedua belah tangannya.
238Please respect copyright.PENANAfye7fwsYLW
"Burung pipit ni dah bersusah payah berlatih bersama kamu, kenapa kamu sanggup membunuhnya? Lain kali jangan buat macam tu." Marah Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAtgo5vhoSaV
"Maaf. Saya janji saya takkan buat lagi." Kata Iskandar Zulkarnain sambil menyuapkan burung pipit panggang itu kedalam mulutnya.
238Please respect copyright.PENANALncgusVQfL
"Sudah. Pergilah bermain kalau kamu rasa bosan." Kata Puteri Rania dan menyambung jahitannya.
238Please respect copyright.PENANABzDD8XvaSg
"Makcik..dalam gua ni gelap lah. Jalannya pun bersimpang siur. Saya tak kenal jalan disini dan tak berani nak pergi mana-mana pun. Saya rasa takut." Iskandar Zulkarnain mengadu.
238Please respect copyright.PENANAkrSyCjBn5n
"Kamu baru beberapa hari berada disini. Kamu akan biasakan diri nanti." Kata Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAhHJFkgy5pm
"Apa saya perlu buat sebelum mengenai jalan disini?"soal Iskandar Zulkarnain lagi.
238Please respect copyright.PENANAAUsRe1rirW
Puteri Rania berfikir sejenak.
238Please respect copyright.PENANApS841tQczY
"Haha..saya tahu." Kata Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANAmy1q1fxchE
Dia berlari kearah dinding gua lalu mengambil batu kecil diatas lantai. Kemudian dia melukiskan bentuk seperti orang lidi diatas dinding gua.
238Please respect copyright.PENANAIM5guDKPh5
"Makcik..tengok ni. Bagus kan tanda yang saya buat ni?" Kata Iskandar Zulkarnain bangga.
238Please respect copyright.PENANAp9WOQzVpdw
Puteri Rania hanya tersenyum dan berjalan kearah Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANAJGtCnIuNHo
"Hehehe. Makcik..saya akan lukiskan tanda ini kemana sahaja saya pergi. Kalau macam ni, dapatlah makcik cari saya." Iskandar Zulkarnain berkata.
238Please respect copyright.PENANAboN5JHBayU
Puteri Rania melihat lukisan yang dibuat oleh Iskandar Zulkarnain dan menggelengkan kepalanya. Dia kemudian mengambil batu kecil pada tangan Iskandar Zulkarnain dan melukis satu lagi orang lidi disebelah lukisan Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANAsmJIr2bR2d
"Oh..saya dah faham. Ini adalah makcik, dan ini adalah saya." Iskandar Zulkarnain melompat gembira.
238Please respect copyright.PENANAUN9CW5NMkD
Puteri Rania hanya tersenyum dan mencuit hidung Iskandar Zulkarnain dengan jarinya.
238Please respect copyright.PENANAS8uDB9OwL9
*****
238Please respect copyright.PENANAFKTbwmAKpP
Setelah berhari-hari berlatih, Puteri Rania membenarkan Iskandar Zulkarnain untuk bermain diluar gua Kubur Mayat Hidup. Puteri Rania berangapan budak-budak seperti Iskandar Zulkarnain tidak boleh terlalu dikurung. Dia takut anak muridnya itu berasa bosan.
238Please respect copyright.PENANAU7NJ80hHcE
Diluar gua, dengan pakaian yang baru dijahit oleh Puteri Rania, Iskandar Zulkarnain menghabiskan masanya dengan menangkap burung. Sedang dia leka barmain, tiba-tiba tubuhnya ditolak dari belakang.
238Please respect copyright.PENANAuTHbkC5vIB
"Aduh..siapa kamu? Main tolak-tolak pula" kata Iskandar Zulkarnain sambil mengibaskan debu pada baju barunya.
238Please respect copyright.PENANACibPMWTHET
"Hei budak. Berani kamu keluar ye? Kamu tahu, dah berapa lama aku tunggu kamu?" Shaqiri ketawa.
238Please respect copyright.PENANAUIovP8LU8r
Sudah lama dia menunggu Iskandar Zulkarnain diluar gua. Malah, sudah menjadi kerjanya pula untuk menunggu diluar gua itu dua puluh empat jam. Itu membuatkan dia berasa geram.
238Please respect copyright.PENANAdPMlrPKTlo
"Kamu..belum mati lagi?" Soal Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANAjB1oGLMTU5
"Apa? Berani kamu menyumpah aku? Kamu tengok lah macam mana aku akan kerjakan kau hari ini." Shaqiri berkata geram.
238Please respect copyright.PENANAm2IGqv2RGq
Tanpa menunggu lama, Iskandar Zulkarnain terus melarikan diri.
238Please respect copyright.PENANA9YoDCxwn7P
"Jangan lari budak jahat!" Shaqiri mengejar.
238Please respect copyright.PENANAshVFmwpNpM
"Tangkap la.." Iskandar Zulkarnain mengejek sambil berlari.
238Please respect copyright.PENANA8fWbtTk8j7
"Macamana aku nak tangkap kalau kamu lari? Tunggu." Shaqiri menggapai-gapai tangannya untuk menangkap Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANAhaXzmogJyu
Iskandar Zulkarnain melihat ada sebatang pokok dihadapan. Kerana dia tidak sempat untuk menukar haluan, dia melompat tinggi lalu kakinya dihenjutkan pada batang pokok dan tubuhnya berputar kebelakang. Shaqiri yang tidak sempat mengelak pula, terus terlanggar batang pokok itu.
238Please respect copyright.PENANAudUCSugyTy
Kedua-dua mereka terjatuh diatas tanah, tetapi masing-masing dengan perasaan berbeza. Iskandar Zulkarnain berasa terkejut dengan kebolehannya tadi. Dia melihat dan memegang kakinya sambil tersengih nakal. Shaqiri pula sedang dalam kesakitan akibat kepalanya terhantuk.
238Please respect copyright.PENANAzLlM0BW8DL
"Marilah.. tangkaplah saya." Iskandar Zulkarnain sengaja mengumpan lagi setelah menyedari kemampuannya tadi.
238Please respect copyright.PENANARcSVtDlCB1
"Ei budak. Kamu ingat aku tak berani kejar kamu?" Shaqiri bangun dan kembali mengejar.
238Please respect copyright.PENANAMR1Vp6otuN
Iskandar Zulkarnain yang sudah jauh dihadapan memasang jerat. Tali yang digunakan untuk menangkap burung tadi ditarik sewaktu Shaqiri melintasi tempat persembunyiannya. Shaqiri yang telah tersepak tali itu, jatuh tersembam diatas tanah. Iskandar Zulkarnain melontarkan tali itu meliliti kaki Shaqiri.
238Please respect copyright.PENANAh4AlYZD4GT
"Berani kamu buli saya? Saya akan ajar kamu." Kata Iskandar Zulkarnain.
238Please respect copyright.PENANAO3BbHBlef5
Dia melontarkan hujung tali keatas dahan pokok. Kemudian dia menarik tali itu membuatkan Shaqiri terseret diatas tanah. Niatnya mahu menggantung Shaqiri secara terbalik. Shaqiri pula kelam kabut cuba menarik sesuatu sebagai penahan.
238Please respect copyright.PENANAATQsd8YNCp
"Tolong...tolong saya!" Shaqiri menjerit.
238Please respect copyright.PENANAZIJIWLNOSf
Iskandar Zulkarnain hanya ketawa. Dia berlari laju sambil menarik. Tiba-tiba tali yang ditarik terasa berat. Iskandar Zulkarnain berasa hairan dan menoleh kebelakang. Kelihatan ada 10 orang pendeta sedang menahan tali itu. Iskandar Zulkarnain yang terkejut terus melarikan diri.
238Please respect copyright.PENANAcHLl2qQBFD
"Kejar!" Arah Shaqiri.
238Please respect copyright.PENANAcGJ14B3KQm
Iskandar Zulkarnain yang melarikan diri telah tersadung dan terjatuh. Para pendeta itu terus menindih Iskandar Zulkarnain untuk menangkapnya. Sedang Iskandar Zulkarnain bergelut untuk melepaskan diri, satu selendang sutera berwarna putih datang menerpa dari arah atas dan terus meliliti pinggang Iskandar Zulkarnain. Kemudian tubuh Iskandar Zulkarnain ditarik dan melayang keudara manakala para pendeta itu jatuh bergelimpangan.
238Please respect copyright.PENANALlgkSmEcKo
"Makcik..nasib baik makcik datang selamatkan saya." Iskandar Zulkarnain berasa gembira melihat Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAkYcMORpo3n
"Bila kamu dah cukup belajar, pendeta-pendeta tu bukan lawan kamu lagi. Nanti, kamu dah tak akan perlukan bantuan saya lagi." Kata Puteri Rania.
238Please respect copyright.PENANAtZbriytU04
Puteri Rania memeluk Iskandar Zulkarnain sambil melungsur diudara dan mereka berdua kembali semula kedalam gua.
238Please respect copyright.PENANAGY01nrmMen
238Please respect copyright.PENANAVOzcYz8yDg
238Please respect copyright.PENANAWUOEkJwN04
238Please respect copyright.PENANAuwjTFxpWl3
238Please respect copyright.PENANAFRRWdCSCKZ
238Please respect copyright.PENANAYg6gLsVQW5