Iskandar dan Ikhwan berjalan beriringan menuju ke kelas mereka. Ikhwan kali ini sudah tidak takut lagi untuk berjalan kesana kemari, apatah lagi jika dia bersama Iskandar. Ditambah pula dengan cerita dari Q dan juga Malik yang seolah-olah takut dengan Iskandar, dia bertambah yakin.
1273Please respect copyright.PENANARG8UunE4lY
Mereka berdua melangkah masuk kedalam kelas. Apabila mereka masuk sahaja, suasana kelas yang tadinya riuh, tiba-tiba sunyi. Semua mata terutama pelajar lelaki tertumpu kearah mereka. Iskandar dan Ikhwan berasa hairan.
1273Please respect copyright.PENANAgwEt3Bc3Vr
" Weh apasal tiba-tiba senyap ni? Malaikat lalu ke?" Ikhwan yang semamangnya mulut lepas itu berkata.
1273Please respect copyright.PENANAi20OE6FymX
Pelajar lain hanya diam sahaja. Semua seperti takut-takut. Ada juga yang berbisik sesama sendiri.
1273Please respect copyright.PENANAV2L7bda37Z
Beberapa ketika kemudian, Q melangkah masuk kedalam kelas.
1273Please respect copyright.PENANACp9zfxMMqh
"Is, kau kena blah sekarang." Q kelihatan cemas.
1273Please respect copyright.PENANAx1YKc51byZ
" Kenapa?" Soal Iskandar sedikit hairan.
1273Please respect copyright.PENANAOllglR087S
" Aku takda masa nak explain sekarang. Cepat blah." Q sedikit mendesak. Wajahnya kelihatan gusar.
1273Please respect copyright.PENANALOcCeunrPD
Iskandar yang masih tidak mengerti itu akhirnya akur. Ikwan juga ingin mengikuti.
1273Please respect copyright.PENANADUgfKMdJAq
" Kau tunggu sini. Nanti aku datang balik." Iskandar berpesan.
1273Please respect copyright.PENANAzkv9j7ctL5
*****
1273Please respect copyright.PENANAxPFixGdDKi
"Q. Apahal ni? Kenapa kelam kabut sangat?"
1273Please respect copyright.PENANAEzX2bFJztQ
"Habislah..." Q berkata apabila melihat beberapa orang telahpon berada dihadapan mereka.
1273Please respect copyright.PENANAX04Movvx7H
Iskandar turut melihat keadaan disekeliling. Kelihatan beberapa orang seperti sedang mengepung mereka dari setiap penjuru.
1273Please respect copyright.PENANA1bP5OaADAx
"Semua group dekat sekolah ni dah tau pasal kau. Aku rasa ni kerja Malik. Dia hasut semua ketua untuk kalahkan kau." Q akhirnya memberitahu.
1273Please respect copyright.PENANAvZOpA3ga9Z
"Macam mana kau tau?" Tanya Iskandar. Dirinya sentiasa berjaga-jaga jikalau ada yang tiba-tiba datang menyerang.
1273Please respect copyright.PENANAqCGayB2huJ
" Yo. Dia yang bagitau." kata Q.
1273Please respect copyright.PENANALouICayxo6
"Iskandar Zulkarnain. Aku datang nak cabar kau." Seorang pelajar bernama Zahid berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Iskandar dan Q.
1273Please respect copyright.PENANA6IoInOECae
" Aku akan belasah kau dan Kuzuri milik aku." seorang lagi bernama Emi juga menghampiri.
1273Please respect copyright.PENANAghKxIpJApU
Serta kelihatan beberapa orang lagi maju kehadapan.
1273Please respect copyright.PENANAjc4zHnHoDa
"Siapa diorang ni Q?" Iskandar berbisik.
1273Please respect copyright.PENANA0fNE3vwl7R
"Diorang semua ketua group masing-masing." Q menjawab.
1273Please respect copyright.PENANAYLietAl1P1
" Aku nasihatkan korang blah dari sini. Dia budak baru. Takda masalah apa-apa dengan korang." Q berdiri dihadapan Iskandar, cuba mempertahankan kawan barunya.
1273Please respect copyright.PENANAnroFzu0l7r
" Ketepi Q. Kami taknak cari pasal dengan kau. " Zahid berkata.
1273Please respect copyright.PENANAEXawPfjysD
" Kami taknak pukul perempuan. Itupon kalau kau betul perempuan. Hahahha" Emi ketawa memperlekehkan Q.
1273Please respect copyright.PENANADkA6XDxwk2
" Apa yang kau nak dari aku?" Iskandar akhirnya bersuara.
1273Please respect copyright.PENANAgbT0KCGLEI
" Aku nak belasah kau separuh mati!" pekik Emi lalu terus meluru kearah Iskandar.
1273Please respect copyright.PENANArCgZAcL1w5
Iskandar dengan tenang memberikan beg silangnya kepada Q. Kemudian dia berdiri menunggu serangan dari Emi.
1273Please respect copyright.PENANADslCWlc0Ob
Emi melompat tinggi sambil menarik penumbuk. Sasarannya adalah wajah Iskandar. Dia menjerit sekuat hati sambil menghayunkan penumbuknya. Iskandar yang langsung tidak bergerak itu dengan tenang menadah kakinya dan terus menghentam wajah Emi. Emi yang berbadan gempal itu jatuh terlentang tidak bergerak. Darah mengalir dari hidungnya.
1273Please respect copyright.PENANAEXdNm4dhal
Kejadian yang pantas itu membuatkan semua yang melihat tergamam, termasuk Q.
1273Please respect copyright.PENANAcshCzsA0Ei
Kemudian, Usop dari group yang lain pula tiba-tiba meluru, bersama-sama tiga pengikutnya. Dia berlari sekuat hati dan bersedia memberikan tendangan terbang. Iskandar memperbetulkan langkahnya. Belum sempat tendangan Usop mengenai tubuhnya, Iskandar berjaya menangkap kaki dan menghayunkan Usop sebanyak satu pusingan lalu dilemparkan kearah tiga orang pengikut Usop. Keempat-empat mereka tercampak akibat balingan Iskandar.
1273Please respect copyright.PENANA8E03PYaOas
Iskandar kemudian merenung tajam kearah Zahid. Zahid yang agak terkejut itu mula berasa gerun. Melihat Emi dan Usop yang dikalahkan dengan mudah itu, tidak mungkin dia akan dapat berlawan dengan Iskandar berseorangan.
1273Please respect copyright.PENANAZ8DjkrrpHA
" Serang serentak. " Zahid memberikan arahan kepada anak-anak buahnya.
1273Please respect copyright.PENANAToZcWwhe2f
Mereka mula mengelilingi Iskandar. Seorang demi seorang mula menyerang Iskandar. Berlakulah satu pergaduhan yang agak berat sebelah. Q yang melihat mula masuk campur. Dia membantu Iskandar.
1273Please respect copyright.PENANAlIDwJKtxTI
*****
1273Please respect copyright.PENANAfp0yUZz9Kw
Dari jauh, Shah bersama kumpulannya melihat pertempuran itu. Dia berasa kagum dengan Iskandae yang dapat mengalahkan Emi dan Usop dalam sekelip mata.
1273Please respect copyright.PENANAOGF0ySSDHp
"Shah.. Macam mana? Kita nak tengok je ke?" Zack, orang kanan Shah bertanya.
1273Please respect copyright.PENANAGnjfIi4syV
" kita tunggu dulu. Belum masanya." Shah menjawab.
1273Please respect copyright.PENANA2KVNhhkkxX
" Kalau aku jadi kau, aku takkan berlawan dengan dia." satu suara mencelah dari belakang.
1273Please respect copyright.PENANAtX9XyFtQtx
Shah dan Zack menoleh kebelakang serentak. Wajah mereka berubah serta merta.
1273Please respect copyright.PENANA43kEuvpKr1
Yo berdiri tegak dibelakang mereka sambil melihat pertempuran itu.
1273Please respect copyright.PENANA82P1tNZND3
******
1273Please respect copyright.PENANAoOj3e42fbL
Zahid menyerang Iskandar bertubi-tubi. Nafasnya mula mengah apabila satu pun serangannya langsung tidak berjaya mengenai tubuh Iskandar. Serangannya dipatahkan dengan mudah. Kedua tangannya dipegang kemas oleh Iskandar. Zahid cuba untuk meloloskan tanggannya tetapi tidak berjaya. Dia kemudiannya menghantukkan kepalanya ke wajah Iskandar. Namun dia terkejut apabila Iskandar langsung tidak terkesan, sebaliknya kepalanya pula terasa pedih.
1273Please respect copyright.PENANAvg3DNusTwj
" Hahahahaha." Iskandar ketawa lalu dia menghantukkan kembali kepalanya kewajah Zahid. Zahid terhempas kelantai tidak bergerak.
1273Please respect copyright.PENANA3IC9vb0YPj
Q yang membantu juga tidak kurang hebatnya. Dia berjaya mengalahkan kuncu-kuncu Zahid tanpa ada sebarang kecedaraan.
1273Please respect copyright.PENANAQ2QWeYc8e0
" Kau okey?" Tanya Iskandar kepada Q.
1273Please respect copyright.PENANA60sNNwYTMP
" Aku okey."
1273Please respect copyright.PENANAmS2M8Wt1Kc
Kemudian mereka melihat beberapa kumpulan lain mula bergerak kearah mereka. Kali ini semakin ramai. Iskandar dan Q sudah bersedia.
1273Please respect copyright.PENANAGhCbUOEiAd
"Woi budak-budakk!!!!" satu suara dari arah belakang kedengaran. Shah bersama kumpulannya mara. Kemudian dari belakang mereka, Yo berjalan kehadapan.
1273Please respect copyright.PENANAbmOf4UERvC
" Blah!" Yo memekik. Bagaikan ayam yang dihalau, semua yang berada disitu lari lintang pukang meninggalkan mereka.
1273Please respect copyright.PENANAPf21YAtZiR
Yo berjalan kearah Iskandar dan Q.
1273Please respect copyright.PENANAY8GitCNXrh
" Kau dah buat satu kesilapan besar, budak." Yo berkata.
1273Please respect copyright.PENANAH5vFf02JlF
"Apa maksud kau?" Iskandar menjawab sedikit keras dan cuba untuk mencengkam kolar Yo, namun dihalang oleh Q.
1273Please respect copyright.PENANAVDMLMaGEGJ
" Pegi tengok kawan kau. Kau tak patut tinggalkan dia." Yo berkata dan terus berlalu pergi.
1273Please respect copyright.PENANAxy5ymAWd6j
Dahi Iskandar berkerut memikirkan kata-kata Yo itu. Kemudian dia teringatkan sesuatu.
1273Please respect copyright.PENANAdwUu547ZWu
" Ikwan!" Iskandar terus belari menuju kekelasnya.
1273Please respect copyright.PENANALqCuC3EqFE
"Is...tunggu aku. Kenapa ni?" Q mengekori dari belakang.
1273Please respect copyright.PENANAdBU3GGTATo
******
1273Please respect copyright.PENANALVkUQrjtNN
Iskandar dan Q melihat ramai pelajar berkerumun dibahagian belakang sekolah. Iskandar tercari-cari kelibat Ikwan namun tidak kelihatan.
1273Please respect copyright.PENANAIRc7DeoPiN
"Weh. Kenapa ni?" Q bertanya kepada salah seorang pelajar yang berada disitu.
1273Please respect copyright.PENANAD8bVVjpXXc
" Ada budak jatuh dari tingkat tiga." budak itu menjawab.
1273Please respect copyright.PENANA1YwWt3aj3g
Iskandar dan Q terus menyelit untuk melihat. Berderau darah mereka apabila melihat sekujur tubuh tidak bergerak terbaring kaku diatas lantai. Darah merah pekat membasahi ruang koridor itu.
1273Please respect copyright.PENANAolGsBFpnh0
" Ikwan!!" Iskandar meluru dan mendakap tubuh sahabatnya.
1273Please respect copyright.PENANA2o2B90SBIW
1273Please respect copyright.PENANAmQ5zpTYNg1
1273Please respect copyright.PENANAZtPDK9YvgR
1273Please respect copyright.PENANA4UQiY4bTsg
1273Please respect copyright.PENANAs1DahXDxiG