Beberapa orang pendeta dari Maktab Al Qalam telah ramai menunggu dihadapan perkarangan pintu masuk gua Kubur Mayat Hidup. Kali ini, mereka diketuai oleh Raden Mas Aulia. Raden Mas Aulia adalah adik seguru kepada Raden Mas Arya. Jika Raden Mas Arya adalah seorang yang tegas dan cepat marah, namun berbeza pula dengan adik segurunya itu. Raden Mas Aulia berpewatakan lebih lembut dan sopan serta tidak banyak cakap.
149Please respect copyright.PENANA0yfiTADN3s
Sebenarnya, Raden Mas Aulia telah menaruh perasaan kepada Puteri Rania. Walaupun dia tidak pernah bersua dengan Puteri Rania, namun dia berasa tertarik dengan gadis itu dengan hanya memdengar cerita sahaja. Pernah juga sebelum ini dia curi-curi masuk ke kawasan larangan untuk bertemu dengan Puteri Rania, namun gadis itu langsung tidak keluar dari gua Kubur Mayat Hidup.
149Please respect copyright.PENANAZz9ItCrfFb
" Saya Raden Mas Aulia, anak murid dari Maktab Al Qalam, ingin berjumpa dengan Tuan Puteri Rania." laung Raden Mas Aulia buat entah keberapa kali.
149Please respect copyright.PENANAPanU943HI1
Tiba-tiba, dia melihat dua susuk tubuh keluar dari pintu gua. Nenek Sun dan Iskandar Zulkarnain. Para pendeta segera mengeluarkan senjata dan bersiap sedia untuk menyerang, namun Raden Mas Aulia menahan pengikutnya.
149Please respect copyright.PENANAz89ZrWsh4M
"Jangan takut." Nenek Sun berkata kepada Iskandar Zulkarnain.
149Please respect copyright.PENANASEtXesTDx9
"Saya disini. Kalau kamu mampu, tangkaplah." Iskandar Zulkarnain menjelirkan lidah kepada para pendeta itu.
149Please respect copyright.PENANAG5AJSwdowu
" Ini adalah penawar bisa lebah. Ambil penawar ni dan pergi rawat pendeta-pendeta kamu. Lepas ni, jangan buli lagi budak ni." Nenek Sun berkata sambil mengeluarkan penawar dan menyerahkan kepada Iskandar Zulkarnain.
149Please respect copyright.PENANAKGAJScrz6N
Iskandar berjalan perlahan-lahan kehadapan. Raden Mas Aulia hanya diam. Dia menghulurkan tangan untuk mengambil penawar itu.
149Please respect copyright.PENANA1nuz3s8vpQ
"Abang Arya, jangan terperdaya. Mungkin itu adalah racun!" Seorang pendeta berkata membuatkan Raden Mas Aulia mematikan langkah.
149Please respect copyright.PENANAKi5SKQmTgR
Nenek Sun berasa amat marah mendengar kata-kata pendeta itu. Dia terus mendapatkan Iskandar Zulkarnain. Penawar itu dirampas kembali.
149Please respect copyright.PENANAtvCKaFxqyW
"Buka mulut!" Arah Nenek Sun sambil menuangkan penawar itu kedalam mulut Iskandar Zulkarnain.
149Please respect copyright.PENANAwQEe43hcYM
"Kalau kamu sangsi yang aku berikan racun, tak mengapa. Mari." Nenek Sun menarik kembali tangan Iskandar Zulkarnain.
149Please respect copyright.PENANAM1ZkjieoCQ
"Nenek. Maafkan kami. Kami yang bersalah tadi. Amatlah mulia niat nenek untuk. Menyelamatkan nyawa kami. Kami harap nenek boleh memberikan penawar itu kepada kami." Kata Raden Mas Aulia.
149Please respect copyright.PENANA9oopbdumb3
"Huh! Hanya terdapat sebotol penawar sahaja. Kalau nak selamatkan nyawa pendeta-pendeta kamu, fikirkanlah cara sendiri!" Marah nenek Sun.
149Please respect copyright.PENANAQg2Hno6LI3
Para pendeta mula mengejar dan mengepung Nenek Sun dan Iskandar Zulkarnain yang mahu pergi dari situ.
149Please respect copyright.PENANAG42AcW5EsA
"Berhenti. Jangan bertindak terburu-buru." Raden Mas Aulia cuba menahan anak buahnya namun tidak dipedulikan.
149Please respect copyright.PENANA18Do7Yl6RE
Nenek Sun mematikan langkah apabila para pendeta itu mengepungnya. Dia kemudian berpaling dan memandang kearah Raden Mas Aulia.
149Please respect copyright.PENANAKpwjb0hbu2
"Kenapa? Kamu tak benarkan saya pergi ke?" Soal Nenek Sun sinis.
149Please respect copyright.PENANAYJEBsQKdk0
"Tolong berikan kami penawar dan serahkan Iskandar Zulkarnain kepada kami." Raden Mas Aulia berkata sopan.
149Please respect copyright.PENANAV0cVaIExVf
"Baik." Nenek Sun berkata dan memacakkan tongkat kayunya ke tanah.
149Please respect copyright.PENANA1ZusS12W7P
"Ambil ni!" Nenek Sun menendang tongkatnya.
149Please respect copyright.PENANAiej3aJ26D0
Tongkat itu melayang-layang dan memukul seorang demi seorang pendeta itu. Para pendeta yang tidak mempunyai pilihan, terpaksa menyerang kerana Nenek Sun telah bertindak agresif. Mereka bertempur beberapa ketika sebelum Nenek Sun membawa Iskandar Zulkarnain pergi memyelamatkan diri.
149Please respect copyright.PENANAVg7DF2KIpW
"Abang Aulia, mereka mahu larikan diri." Seorang pendeta berkata.
149Please respect copyright.PENANASjk3dbY7TI
"Kejar dan umpan mereka supaya datang ke maktab." Arah Raden Mas Aulia.
149Please respect copyright.PENANASEc99skmOD
****
149Please respect copyright.PENANAdtmWWH8XQm
Nenek Sun dan Iskandar Zulkarnain sudah dikepung didalam Maktab Al Qalam. Kali ini, semakin ramai pendeta telah turut berada disitu untuk menangkap mereka. Nenek Sun sedaya upaya berlawan untuk mempertahankan Iskandar Zulkarnain. Sementara Nenek Sun berlawan, Iskandar Zulkarnain hanya menyembunyikan diri disebalik tembok batu. Iskandar Zulkarnain berasa teruja melihat kehebatan Nenek Sun berlawan. Satu demi satu pendeta Al Qalam tumbang terkena pukulan Nenek Sun.
149Please respect copyright.PENANAeygoH6zIXB
Sedang Nenek Sun bertungkus lumus, Tuan Guru Megat Al Qasar telah melompat masuk dan menahan Nenek Sun dari terus menyerang anak-anak muridnya.
149Please respect copyright.PENANACsEirrMbfd
"Ketepi!" Jerit Nenek Sun sambil menghunuskan tongkat kayunya untuk menikam Tuan Guru Megat Al Qasar.
149Please respect copyright.PENANAfsVCVclSMv
"Puan, serahkan penawar dan Iskandar Zulkarnain kepada kami." Tuan Guru Megat Al Qasar berkata sambil menahan serangan itu dengan tapak tangannya.
149Please respect copyright.PENANAZU9KrgCshC
"Kalau kau mahu budak itu, bunuh aku dulu!" Nenek Sun berkata.
149Please respect copyright.PENANAbi3ErKHLEk
Raden Mas Aulia berasa cemas menyaksikan aksi itu. Bertambah risau apabila melihat wajah serius tuan gurunya itu. Dia dapat menjangkakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Dia kemudiannya terbang keudara dan cuba menerkam ke arah Iskandar Zulkarnain yang sedang bersembunyi.
149Please respect copyright.PENANACi7ciWaPNg
"Nenek..nenek..tolong.." Iskandar Zulkarnain menjerit apabila melihat Raden Mas Aulia sedang menuju kearahnya.
149Please respect copyright.PENANACAODBQdiyC
Nenek Sun segera melemparkan beberapa bilah jarum berbisa kearah Raden Mas Aulia. Raden Mas Aulia yang memyedari serangan itu segera mengelak. Melihat tindakan Nenek Sun, Tuan Guru Megat Al Qasar mengumpulkan tenaga dalamannya, lalu menolak sekuat hati tongkat kayu Nenek Sun. Tongkat itu pecah serta merta membuatkan Nenek Sun terpelanting kebelakang. Kemudian dengan pantas, Tuan Guru Megat Al Qasar menerpa kehadapan dan menyerang dengan pukulan tapak tangan tepat kearah dada Nenek Sun. Nenek Sun yang tidak sempat mengelak, terpelanting keudara sebelum jatuh terhempas diatas tanah. Nenek Sun memegang dadanya yang pedih, mulutnya memuntahkan darah pekat.
149Please respect copyright.PENANApKgvByonjF
"Nenek!!" Iskandar Zulkarnain segera mendapatkan Nenek Sun.
149Please respect copyright.PENANAmBWIzfqr8Q
Tuan Guru Megat Al Qasar terpana dan terkejut. Raden Mas Aulia dan para pendeta juga berasa terkejut melihat kejadian itu.
149Please respect copyright.PENANAzWOwdmekJq
"Nenek..nenek..nenek tak apa-apa ke?" Iskandar Zulkarnain memeluk Nenek Sun.
149Please respect copyright.PENANAQqO1WZL9q3
Nenek Sun hanya berkerut menahan sakit sambil memegang dadanya.
149Please respect copyright.PENANABQuwAhzEwo
"Kamu semua jahat! Sengaja mengumpan kami kesini untuk bunuh kami! Baik kamu bunuh saya sekali. Bunuh lah!" Iskandar Zulkarnain berkata kepada Raden Mas Aulia dan Tuan Guru Megat Al Qasar.
149Please respect copyright.PENANAD2i2ctfGE8
"Budak baik. Tak sia-sia nenek sayang kamu." Nenek Sun berkata sambil tersenyum.
149Please respect copyright.PENANAw1gs5Wahkv
Tiba-tiba, terdengar satu suara yang kuat dari langit. Kesemua pendeta berasa terkejut dan tercari-cari arah datangnya suara itu. Dari atas bumbung Maktab Al Qalam, kelihatan satu selendang sutera berwarna putih melayang-layang diudara. Selendang sutera itu dilembarkan sehingga jatuh dihadapan Nenek Sun dan Iskandar Zulkarnain, umpama satu jambatan.
149Please respect copyright.PENANAXAptAreki6
"Makcik Rania..mereka dah cederakan nenek." Iskandar Zulkarnain yang ternampak kemunculan Puteri Rania itu memanggil.
149Please respect copyright.PENANAGGrUGuRdNX
Kesemua pendeta memandang kearah itu. Kesemua mereka tergamam. Langsung tidak menyangka Puteri Rania akan muncul disitu.
149Please respect copyright.PENANA90kHhi52tE
Dengan selendang sutera yang masih seperti berterbangan diudara, Puteri Rania melompat dan seakan-akan menyusuri selendang sutera itu. Kesemua pendeta terdiam dan tidak terkata. Itulah kali pertama mereka melihat Puteri Rania. Raden Mas Aulia berasa terpukau. Langsung tidak menyangka yang dia dapat melihat gadis idamannya dihadapan mata.
149Please respect copyright.PENANAqmmiUWsGLq
Bagaikan bidadari dari kayangan, dengan kulitnya yang putih umpama salju, Puteri Rania berdiri dihadapan Nenek Sun dan Iskandar Zulkarnain.
149Please respect copyright.PENANAbnPiwCziMT
"Makcik..mereka nak bunuh saya dan nenek." Iskandar Zulkarnain mengadu.
149Please respect copyright.PENANALa1fmvIpbW
"Manusia tetap akan mati, kenapa nak bersedih?" Puteri Rania berkata tanpa menunjukkan sebarang reaksi muka.
149Please respect copyright.PENANAG8WfGYhP9P
Puteri Rania mendekati Nenek Sun yang sudah nazak itu tanpa mempedulikan lagi para pendeta yang kini sudah melihat dirinya.
149Please respect copyright.PENANAjz9jff15AQ
"Nenek..ada permintaan terakhir?" Soal Puteri Rania.
149Please respect copyright.PENANA3K4aHRZDzV
"Tuan Puteri...nenek tak pernah meminta apa-apa daripada Tuan Puteri. Nenek dah tak dapat hidup lama. Kali ini, Tuan Puteri mesti berjanji dengan saya." Nenek Sun berkata.
149Please respect copyright.PENANACM2MCftHyr
"Apakah permintaan nenek?" Soal Puteri Rania.
149Please respect copyright.PENANAAMjgqakpU8
"Jagalah dia sepanjang hayat Tuan Puteri." Kata Nenek Sun sambil mengusap kepala Iskandar Zulkarnain.
149Please respect copyright.PENANAr6TOcRZCnP
"Sepanjang hayat?" Puteri Rania terkejut dengan permintaan Nenek Sun itu.
149Please respect copyright.PENANAEmfgd5DUeA
Nenek Sun hanya tersenyum, dia mengusap sekali lagi kepala Iskandar Zulkarnain sebelum menghembuskan nafas terakhir.
149Please respect copyright.PENANA7uOEi7zFKf
"Nenek....nenek...bangun lah..nenek...janganlah mati. Selama ni, selain daripada ibu, nenek lah yang sayangkan saya. Nenek...kenapa nenek tinggalkan saya.." Iskandar Zulkarnain menangis sambil memeluk tubuh Nenek Sun.
149Please respect copyright.PENANAXTyveyMSKA
"Puan..saya tak sengaja untuk cederakan kamu. Memandangkan dosa ini jatuh pada tangan saya, saya akan bertanggung jawab atas segala perkara yang berlaku. Bersemadilah dengan aman." Tuan Guru Megat Al Qasar berkata sambil menunduk hormat dihadapan mayat Nenek Sun.
149Please respect copyright.PENANAHycLjvj55s
Puteri Rania yang mendengar kata-kata itu segera berdiri.
149Please respect copyright.PENANANrVk9QwEDK
"Kenapa kamu belum bunuh diri lagi? Nak tunggu sampai bila? Hutang darah dibayar darah!" Soal Puteri Rania dengan nada jengkel.
149Please respect copyright.PENANAhVEJ0nfdPt
Semua pendeta berasa terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Puteri Rania itu. Mereka berasakan Tuan Guru mereka dihina. Puteri Rania pula langsung tidak memandang wajah-wajah mereka.
149Please respect copyright.PENANAwYLKIJ2BS6
Para pendeta yang marah, terus menyerang Puteri Rania. Puteri Rania hanya mengelak kecil sebelum menggayakan teknik Sutera Perawan. Tangan-tangan para pendeta itu terikat dengan selendang sebelum kesemua meraka melayang keudara. Melihat kejadian itu, Tuan Guru Megat Al Qasar terpaksa berlawan. Dia melompat keudara dan menerpa kehadapan dengan menghunuskan pedangnya kearah Puteri Rania, bertujuan untuk menghalau Puteri Rania dari Maktab Al Qalam.
149Please respect copyright.PENANAN8zgzvS4AE
Namun dengan tenang, sebelum sempat pedang itu menyentuh tubuhnya, Puteri Rania memgepit pedang itu dengan dua jari lalu mematahkan pedang kepunyaan Tuan Guru Megat Al Qasar. Tuan Guru Megat Al Qasar terkejut bukan kepalang dan terpaksa mengundurkan langkah, mengelak dari terkena serangan seterusnya. Akibat tidak dapat mengimbangkan diri, Tuan Guru Megat Al Qasar terjatuh keatas tanah. Puteri Rania memusingkan tubuhnya lalu melontarkan serpihan-serpihan pedang yang telah patah tadi.
149Please respect copyright.PENANAGSPYxN0R28
Tuan Guru Megat Al Qasar kelam kabut mengelak apabila serpihan-serpihan pedangnya tadi jatuh menikam tanah berhampirannya. Wajahnya terkejut besar apabila ditewaskan dengan mudah seperti itu.
149Please respect copyright.PENANAeqNQcRsxvl
"Sungguh handal ilmu silat kamu. Saya mengaku kalah." Tuan Guru Megat Al Qasar berkata, menyembunyikan riak wajahnya yang terkilan.
149Please respect copyright.PENANAZ0DBwWxopa
"Adakah kamu rasa dengan mengaku kalah, dapat menebus dosa membunuh Nenek Sun?" Sindir Puteri Rania.
149Please respect copyright.PENANA9HOJkYYmrg
Tuan Guru Megat Al Qasar ketawa mendengar ayat Puteri Rania itu. Satu ketawa hanya untuk menutup kesalahan diri.
149Please respect copyright.PENANAfyl3vezkBy
" Baiklah kalau macam tu, kalau Tuan Puteri masih tidak berpuas hati, mari kita bertarung lagi." Kata Tuan Guru Megat Al Qasar.
149Please respect copyright.PENANAdZVEeg8A9D
"Kemenangan dan kekalahan adalah perkara biasa. Apa yang terjadi bukanlah kesalahan kami. Nenek Sun telah tewas dalam pertempuran."
149Please respect copyright.PENANAWZGNWMrUEC
Terdengar satu suara dari belakang. Puteri Rania menoleh kearah suara itu. Kelihatan seorang lagi pendeta tua muncul.
149Please respect copyright.PENANARgYVK69V29
"Saya Megat Al Qayyum dari aliran Al Qalam, meminta maaf kepada Tuan Puteri dengan apa yang berlaku." Kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
149Please respect copyright.PENANA5cPGLcFT0N
Puteri Rania tidak memberikan sebarang reaksi. Dia kemudiannya memainkan gaya Sutera Perawan sekali lagi. Puteri Rania melembarkan selendangnya kearah Tuan Guru Megat Al Qayyum dengan kedua belah tangannya. Tuan Guru Megat Al Qayyum dapat menepis dan menangkap selendang itu. Dikesempatan inilah Puteri Rania menggunakan tenaga dalamannya membuatkan selendang itu pecah menjadi serpihan. Tuan Guru Megat Al Qayyum dengan kelam kabut mengundurkan langkah. Apabila dia dapat memperbetulkan kuda-kudanya, Puteri Rania, Iskandar Zulkarnain dan mayat Nenek Sun telah hilang dari pandangan.
149Please respect copyright.PENANAMZTQUQK8PS
Kesemua para pendeta berkumpul apabila melihat Puteri Rania telah 'terbang' meninggalkan Maktab Al Qalam. Tuan Guru Megat Al Qayyum dan Tuan Guru Megat Al Qasar berpandangan sesama sendiri.
149Please respect copyright.PENANAVuvGUSBvi7
"Sungguh hebat gaya silat gadis tu." Kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
149Please respect copyright.PENANAZaiS1gTVVR