Syarifah Hanim berusia 26 tahun,seorang guru yang baru dipindahkan dari sebuah sekolah di kotaraya Kuala Lumpur ke sebuah sekolah yang jauh di pendalaman iaitu sebuah perkampungan orang asli yang terletak jauh dari arus pemodenan di pendalaman Negeri Pahang.Berasal dari utara tanahair,sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Arif.
Hanim berasal dari keluarga berketurunan Arab yang kaya raya,begitu juga Arif memang dari keluarga yang kaya raya.Namun kekayaan dan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan.Memang mereka punya segala gala namun kehidupan mereka suami isteri kekurangan satu iaitu anak.
Hanim memang seorang wanita yang cantik kacukan Arab dan Melayu.Berkulit putih dengan urat2 kelihatan kehijauan di bawah kulitnya.Bermata cantik serta keningnya yang hitam lebat menambahkan lagi keayuan pemiliknya.Seorang yang peramah,di didik penuh dengan ilmu agama oleh kedua org tuanya,menjadikannya seorang yang taat pada agama dan taat pada suaminya.
Hidup mereka suami isteri sememangnya bahagia namun apabila suaminya menimbulkan soal anak,seringkali berlaku pertengkaran kecil antara mereka berdua.Ini menyebabkan hanim tertekan namun sebagai seorang isteri yang baik,tak sepatutnya dia memecahkan pekung didada kepada orang lain,lebih2 lagi kepada keluarganya.
Sejak sebulan lalu,perdebatan dan pertengkaran antara mereka semakin menjadi jadi,puncanya adalah anak.Oleh kerana jiwanya yang semakin tertekan,dia mengambil keputusan untuk memohon pertukaran ke tempat yang lebih damai dan jauh dari hiruk pikuk kotaraya secara senyap2 tanpa berbincang dengan suaminya.
Nasib hanim baik apabila 2 bulan kemudian keputusan permohonan pertukarannya diluluskan,dia akan bertukar ke sebuah sekolah di pendalaman negeri Pahang.Hatinya girang,namun perjalanan untuk sampai ke destinasi melalui jalan darat mengambil masa 4 jam perjalanan dari pekan terdekat,itupun menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kerana struktur jalan masih belum berturap dan berlumpur serta becak.Terdapat 2 buah kenderaan pacuan 4 roda dan hanya bergerak 2 kali seminggu,iaitu pergi dan balik,itupun kerana membawa hasil hutan serta sayur sayuran dan juga buah buahan untuk dijual.Ada juga yang menumpang untuk keluar ke pekan berdekatan membeli barang2 keperluan.Manakala melalui jalan sungai menggunakan bot mengambil masa 3 jam.
Hanim hanya mendiamkan diri berkaitan hal pertukarannya,tidak memaklumkan kepada keluarga termasuk suaminya.Dalam.masa yang sama dia mula membuat persiapan dengan membeli segala kelengkapan yang diperlukan.Persiapan harus dibuat teliti memandangkan perjalanan yang harus ditempuhi memakan masa yang lama serta jauh dari pekan terdekat.Seminggu sebelum hanim.bertolak masuk ke destinasi,barulah dia memaklumkan kepada suaminya,suaminya amat terkejut,dia memberi alasan ditukarkan.Namun dia tidak memaklumkan di sekolah mana dia ditukarkan.,dia tidak mahu diganggu buat sementara waktu.
Tiba hari yang ditunggu tunggu,Hanim bertolak sendirian ke Pahang dari Kuala Lumpur.Suaminya Arif berada di luar negara atas urusan perniagaan,sememangnya hubungan mereka makin renggang sejak beberapa bulan lalu.Setelah tiba di pekan yang terdekat,hanim meninggalkan keretanya di tempat parking berbayar secara bulanan.Sebuah pacuan 4 roda tiba ditempat hanim.kerana pihak sekolah sudah memaklum kepada pemandu bahawa hanim.akan masuk pada hari ini.
Setelah selesai memuatkan barang kedalam kenderaan,perjalanan pun bermula,kenderaan tersebut hanya khas untuk hanim sahaja tuada penumpang atau barangan lain.Setelah melalui perjalanan yang jauh,kiri kanan jalan hanya dipenuhi hutan belukar yang tebal,akhirnya mereka sampai ke destinasi pada petangnya.
Kelihatan ramai penduduk yang menunggu ketibaan hanim selaku cikgu baru ditempat itu,termasuk guru besar dan guru2 yang berkhidmat disitu.Setelah bersalam dan ucapan selamat datang diberikan padanya,dia terpukau dengan suasana di perkampungan itu,djkelilingi hutan tebal,ada aliran anak sungai yang bersih,airnya jernih mengalir perlahan serta berbatu batu kecil,penduduknya juga ramah.Walaupun hidup dalam serba kekurangan tanpa kemajuan yang datang dari luar,namun diwajah mereka menampakkan kegembiraan.Tidak seperti di kotaraya..masing2 membuat hal sendiri.Disini jauh lebih damai,jauh dari kesibukan kenderaan dan kebisingan...
Tok Batin:Selamat datang ke kampung kamik cikgu,saya bah agup tok batin di sinik,kamik amat berbesar hati dan berbangga keranak cikgu sudi datang mengajar ke tempat kamik yang serbak kurang ini.
Hanim:Terima kasih pak agup,saya berbesar hati dan akan berbakti mendidik anak2 di kampung ini.
Guru Besar:Baiklah cikgu,ini adalah barisan cikgu2 yang bertugas di sekolah ini.
Hanim:Terima kasih cikgu.
Setelah berkenal.kenalan dengan cikgu2 yang bertugas disitu,diapun melihat sekeliling tempat tu.
Guru Besar:Oh cikgu..lupa saya nak bagitau..oleh kerana penginapan guru disini tidak banyak dan ada antaranya telah rosak..jadi rumah cikgu ada dihujung sana.Cuma cikgu terpaksa tinggal.bersendirian dulu lah buat sementara menunggu cikgu wanita yang baru..
Hanim:Terima kasih cikgu,baiklah..
Tok Batin:Mari cikgu saya tunjukkan rumah cikgu.
Pacuan 4 roda mula bergerak ke rumah penginapan hanim.Sampai disana kelihatan sebuah rumah kayu beratap rumbia,tidaklah besar tetapi cukup selesa untuk didiami.Bahagian dalamnya sudah bersih,terdapat 2 buah bilik,ruangan dapur,ruang tamu dan ruangan mandi yang menggunakan air bukit yang disalirkan ke rumah.
Hanim mula memindahkan barangan bersama org2 kampung yang ikut membantu.Matanya tertumpu pada seorang budak yang kelihatan banyak.membantu memindahkan barangan hanim.ke dalam rumah...siapakah budak itu..
Bersambung next part.
ns216.73.216.25da2