Ram, atau nama sebenarnya Ramesh membesar di ibukota,
di celahan lorong² gelap bandaraya Kuala Lumpur.
Sedari kecil hinggalah dia dewasa di sinilah tempat dia bermastautin. Ibu-bapanya jarang berada di rumah kerana bekerja, jadi dia banyak menghabiskan masa bersendirian, menyoroti rencah ragam kehidupan di sini.
Membesar di ibukota banyak membentuk peribadi Ram. Walau dunia dimomokkan dengan dengan indah gemerlapan sinar neon & betapa majunya pembangunan kotaraya KL, dia melihat sisi yang lain.
Pengalaman mengajarnya erti kebejatan kehidupan di sini - Busuk jijik hiruk pikuk KL, & dengan segala onar perlendiran yang berlaku di sekitarnya.
Usianya kini 30-an, & bekerja sebagai pekerja sosial sebuah pertubuhan amal. Kerja yang mulia? Iya mungkin, tetapi Ram sebenarnya ada agenda sendiri.
Agenda jahat untuk memburu para gelandangan untuk dijadikan
bahan pelampias nafsu serakah!
Ikuti kisah Ram.