Aku duduk sorang dalam bilik mesyuarat, rasa macam kena sidai lama gila. Dekat 30 minit aku tunggu, tengok jam, scroll telefon. Laptop depan aku dah lama idle. Fail terbuka tapi tak dibaca. Dan kepala aku tak mampu fokus, masih penuh dengan bayangan blouse basah Mrs. Elizabeth tadi.
Akhirnya pintu bilik terbuka, Mrs. Elizabeth masuk semula, Langkah dia lebih perlahan. Wajahnya tenang, tapi aku boleh nampak ada sedikit tekanan. Dia dah sarung cardigan labuh berwarna krim, mungkin untuk tutup kesan basahan tadi. Muka dia masih sedikit merah, macam malu pun ada. "Sorry, Syukri, lama sikit tadi. Ada hal kecil...mom stuff." dia cakap, suara dia lembut tapi ada rasa tak selesa.
Aku angguk perlahan, tunjukkan aku tak kisah. Lagak seorang gentleman. "It's okay Mrs. No problem at all."
Dia duduk semula. Aku perasan dia masih sedikit segan. Tangannya rapat ke dada, dan dia tarik nafas sebelum mula bersuara, "Actually... susu badan i penuh. Anak i... lately dia macam tak nak breastfeeding sangat." Nada dia jujur. Tak dibuat-buat dan untuk sejenak, semua godaan tadi terasa lebih... insani.
Aku balas dengan senyuman simpati. Tapi dalam hati... kalau yang duduk depan aku ni isteri aku sendiri, aku dah 'selesaikan' dengan penuh kasih sayang, memang habis dah aku balun sampai kering.
Entah macam mana, mungkin sebab suasana dah terlalu santai, mulut aku yang celupar ni terlepas cakap, " Then It's suppose to be your husband's duty lah." Aku tersenyum, ingat boleh lighten mood dengan joke tu, tapi terus suasana jadi awkward. I F*ck up again.
Dia angkat wajah, pandang aku terus. Ada sinar dalam mata dia, bukan marah, tapi macam campur baur antara perasaan sedih dan... terluka. Mrs. Elizabeth tunduk sekejap, senyum dia macam semakin pudar. "To be honest, we've had some issues... for some time now... He never touch me..." dia cakap perlahan, suara dia ada sisa sedih dan sebak.
Dan tiba-tiba aku sedar, aku dah sentuh sesuatu yang terlalu peribadi. Terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak kata? There is no turning back. You stuck with it. Aku rasa macam nak tampar mulut aku sendiri. "I'm sorry. I didn't mean to—," aku cakap dengan jujur, cuba cover balik kebodohan aku.
"It's okay, Syukri" dia potong lembut. "Let's just... continue the review, shall we?" balasnya dengan nada profesional.
Dia buka fail, mula tanya pasal spec sistem HRIS dan prep untuk demo di Singapore nanti. Aku cuba fokus, jawab soalan dia, tapi otak aku masih terganggu dan sedikit malu dengan apa yang terjadi. Still tak boleh nak move on.
Suasana dalam bilik mesyuarat tu mulai berubah. Bukan sekadar ruang kerja lagi. Tapi ruang antara dua manusia yang, yang kecewa dengan pasangan masing-masing, saling terluka, dan mungkin, saling memahami antara satu sama lain.
Jumaat, minggu depannya, Jam 5.00 pagi.
"Kringg...." Bunyi alarm belum sempat berbunyi lama, aku dah terjaga sendiri. Mata berat, tapi semangat bercampur gementar. Hari ni... hari yang ditunggu. Aku bangun, mandi, bersiap senyap-senyap. Tak nak kejutkan isteri aku Nurul. Semalam dia tidur lewat, siapkan bekal kecil untuk aku bawa, walaupun aku kata tak perlu. Dia tetap letak dalam beg aku , roti, air mineral, dan makanan ringan.
5:30 pagi, Grab yang aku tempah awal tadi dah sampai, malas nak susahkan Nurul yang masih lena atas katil untuk hantar aku ke klia. Aku dekatkan muka, rambut separuh menutup mata, tangan kecil peluk bantal. Aku cium dahi dia perlahan, dan peluk dia sikit. Bau rambut dia yang wangi buat aku rasa macam tak nak lepaskan.
Dia tersedar, mata separuh buka, senyum manja. "Abang nak pergi dah?" dia cakap, suara dia serak tapi penuh kasih.
"Ya... Grab dah sampai. Sayang tidur balik ya.," aku cakap, sambil cium pipi dia sekali lagi.
Dia angguk perlahan. Kemudian, peluk aku erat dan dalam pelukan tu ada sesuatu yang sukar nak dijelaskan. Macam tak percaya... dan risau nak lepaskan suami dia ni pergi. "Take care... sampai nanti message i dan jangan nakal-nakal..."
Aku senyum. "I janji. I'll behave and be a good boy!" walaupun sebenarnya aku dah beberapa kali doing some bad stuff behind her back.
Grab sampai depan rumah, aku angkat beg, pandang rumah sekali lagi, dan terus gerak. Jalan ke KLIA pagi tu lengang, cuma bunyi enjin kereta dan lagu radio yang samar-samar.
6:20 pagi – Aku sampai di lapangan terbang, pagi yang tadi nya suram, mulai berubah. Suasana perlahan-lahan mula hidup dengan ramai orang berpusu-pusu membawa beg menuju departure hall. Aku scroll telefon, check mesej. Tiada notifikasi dari Fadhilah sejak malam tadi, dan aku cuba untuk tak fikir pasal dia, busy la kot.
Lampu dalam hall agak terang, dan sedikit bingit dengan bunyi roda luggage bergesel lantai, ditambah pula suara pengumuman automatik yang bergema. Aku nampak Miss Sintadewi berdiri dekat tiang B, sedang pegang boarding pass.
Dia nampak aku dan terus angkat tangan. "You pun naik Grab?"
"Ya. I malas nak ganggu orang rumah pagi-pagi. Dia pun kena pergi kerja nanti, takut tak sempat pula." balas aku perlahan sambil membetulkan beg.
Dia senyum. Nampak ayu hari ni, blouse ketat menampakkan curve dia, jeans gelap, dan beg sandang kecil di sebelah nya. Kami check-in sama, serahkan bagasi, dan gerak masuk ke departure hall. Orang tak ramai di international departure pagi ni, tak banyak lagi kot flight yang schedule, cuma beberapa penumpang lain yang beratur kat kaunter imigresen. Aku tengok Sinta, dia tengah scroll telefon, senyum-senyum sendiri. Mesej dengan boyfriend la tu kot.
###
Dalam flight ke Singapore, aku duduk sebelah Miss Sintadewi, yang berada di window seat, tingkap kat sebelah dia, aku pula di sebelah isle. Suasana santai, bunyi enjin kapal terbang berdengung perlahan. Kami berbual santai, mulanya pasal kerja—sistem HRIS, vendor, demo pagi nanti. Tapi lepas tu, dah tatau nak sembang apa, aku cuba usik dia, "Sinta, boyfriend you tak ikut sekali ke?."
Dia ketawa kecil, rambut ikal dia yang terlepas sikit dari ikatan melambai. "Takde boyfriend lagi lah, Syukri. Busy dengan kerja, lagipun susah nak cari lelaki yang bagus sekarang" dia jawab, senyum dia manis tapi macam ada rahsia.
Aku senyum nakal macam tak percaya, teruskan usikan, "Cantik dan body hot macam you pun susah nak dapat ke? Pelik betul."
Dia macam kembang sikit kena puji, pipi dia merona merah, tapi dia balas dengan sindiran, "Hot? Patut lah you asyik usya I masa I buat yoga kat gym."
Aku tergelak, tapi dalam hati rasa macam terkantoi bodoh, dia perasan aku usha dia selama ni? Sindiran tu makan dalam, macam menegur, tapi dia ketawa bersama aku, buat suasana kembali santai, dan rileks balik.
Aku cuba untuk cover, "Eh, mana ada. I memang pergi turun untuk main gym je." Tapi gelak kami berdua macam ada chemistry pelik, dan aku tak boleh nafi, body Sinta memang menarik perhatian dengan blazer ketat dan skirt labuh yang ikut bentuk badan dia. Especially her ass, yang melentik cantik masa dia buat yoga. Peh, berderau darah beb kalau terbayang.
Flight landing dengan smooth, kami touch down di Changi Airport. ETA dalam 1 jam lebih je. Keluar dari arrival hall, aku nampak sepanduk dengan nama kami berdua terpampang jelas, Syukri & Sintadewi, di pegang seorang driver berkemeja putih.
Kami jalan ke arah dia, dan pemandu tu terus sambut ramah. "Welcome to Singapore! Our car is waiting outside. Please follow me." Kami dibawa naik MPV hitam, dengan aircond sejuk, dan semerbak bau citrus. Dalam perjalanan, pemandu begitu ramah untuk tunjukkan beberapa lokasi ikonik dan yang sesuai untuk dilawat.
Driver tu bawa kami ke dengan agak santai, dan setengah jam kemudian, kami sampai ke pusat bandar Singapura. Dari tingkap kereta, aku nampak struktur tiga menara ikonik dengan skypark atas bumbung. "Your hotel is Marina Bay Sands sir." ujarnya perlahan.
Aku dan Sinta saling pandang memandang. Ikut itinerary, macam hotel lain. "Eh... hotel bertaraf lima bintang ke?" aku tanya setengah main-main. Macam tak percaya je. Kaya betul vendor ni. Jarang la staf marhein macam aku, dapat merasa privilege macam ni.
"More like... six sir," dia balas, angkat kening.
###
Kami sampai kaunter check-in di Marina Bay Hotel, lobi penuh dengan cahaya kristal chandelier dan bau perfume mewah. Proses check-in tersangat lah mudah. Tak banyak soal. Segalanya dah diuruskan oleh vendor. Resepsionis senyum lebar, sambil serah kunci kad. "Mr. Syukri, Ms. Sintadewi, your rooms are side by side, with a connecting door," dia cakap perlahan, buat aku terkedu sekejap.
Aku jeling Sinta, dia cuma senyum kecil, macam tak kisah. Ye lah, bukan nya pintu tu akan terbuka luas pun nanti. Akan dilock dari dua-dua side. Kami hanya berjalan dengan lenggang, tanpa perlu angkat luggage, akan ada room service yang akan bawa beg kami ke atas, dan saat kakiku melangkah masuk ke bilik 2314, aku terus terpaku...fuhh, ini bukan bilik hotel biasa.
Interiornya moden, mewah, wangi. Cermin besar menghadap tingkap tinggi dari lantai ke siling. Katil king-size di tengah, kemas dan bersih. Dan yang paling menarik perhatian aku, pintu sambungan di hujung bilik. Pintu yang menghubungkan bilik kami berdua. Jarang-jarang dah hotel baru ada connecting door.
Beg kami dah sampai awal lagi. Memang laju betul service dia. Aku kemas barang, letak baju dalam almari, dan simpan laptop dalam beg, cuba untuk fokus pada kerja yang akan bermula hari ini.
Selesai kemas barang, aku mesej Sinta, "Turun breakfast ke?" Dia balas dengan pantas, "Jom, saya pun lapar ni." Kami turun ke restoran hotel, buffet penuh dengan roti, nasi lemak, dan macam-macam pastri.
Sinta ambil croissant dan kopi, aku cuma capai telur dadar dengan roti bakar. Kami hanya sekadar sembang ringan pasal life masing-masing, tapi mata aku tak sengaja usha dia, rambutnya diikat separuh, blaus longgar berwarna pastel, dan wajah dia berseri-seri tanpa perlu makeup yang berat. Natural beauty kata orang tua. Dia nampak selesa... dan manis.. Dia perasan aku tengok agak berlama, dan dia ketawa kecil, "Haa, dok usha i lagi lah tu..." Aku gelak, cuba cover malu.
Lepas breakfast, driver sudah sedia menunggu di lobby hotel, datang untuk menjemput dan membawa kami ke office vendor di kawasan perniagaan utama di Singapore.
Sepanjang hari dipenuhi dengan sesi pengujian sistem, semakan data lama, pengesahan modul. Tugas aku mudah je, check user interface, test functionality, dan bagi feedback kalau ada error. Sinta pula aku lihat agak fokus dan tekun, tapi bibirnya kadang-kadang mencebik comel bila sistem tak load seperti yang di mahukannya. Tangannya cekap menaip, memang cepat dia beradaptasi dengan system baru ini, quite impress aku, patutlah Mrs Elizebeth pilih dia as representative.
Loop demi loop kami lakukan. Aku juga lakukan sandbag dan upload database lama untuk verified integrity, semak setiap data migrasi supaya tak ada yang corrupt dan bermasalah. Semua berjalan lancar, vendor nampak sangat berpengalaman dan boleh kata berjaya la untuk integrate segala input yang company aku mahukan, dan aku rasa lega kerja ni dah on track.
Menjelang senja, kerja kami hampir selesai. Semua berjalan lancar. Mereka ucap terima kasih, dan beritahu sesi esok pagi akan jadi final review. Malam ini, kami boleh berehat. Masing-masing dah capik dan tak berdaya.
Sampai di hotel, aku masuk ke dalam bilik. Letakkan beg laptop di meja, buka butang atas kemeja, dan duduk di hujung katil. Sunyi. Tenang. Tapi dalam kepala, sedikit gelora. Aku pandang ke arah pintu sambungan. Tertutup dan terkunci kemas.
- bersambung -
913Please respect copyright.PENANA6Q7f4GakTi