Sudah sebulan Mimi tidak pulang ke kedai. Kata Kaknia, sibuk dengan kelas dan program kolej. Aman tidak bertanya banyak. Tapi dalam diam, setiap hari terasa berbeza. Kedai yang biasanya ada aroma Mimi senyumnya yang bermain tarik tali, gaya duduknya yang kadang menjengkelkan tapi manja kini terasa kosong. Terlalu sunyi.
99Please respect copyright.PENANAwgyS5Hyo9T
Pagi itu, Mimi akhirnya muncul kembali.
99Please respect copyright.PENANAtrCqVrjqXn
Langkahnya seperti biasa. Nada suaranya masih manja dan sinis, menggoda dan menjauh dalam satu masa. Namun, ada sesuatu yang tak sama. Bukan tudungnya, bukan bajunya tapi cara tubuhnya bergerak dalam ruang. Cara dia duduk, cara dia menunduk, cara dia menyilangkan kaki, cara dia membetulkan tudung.
99Please respect copyright.PENANAb4z4EBpzbt
Aman tak pernah belajar tentang wanita tapi tubuh lelaki yang pernah merasa, tahu mengenal perubahan pada wanita yang sudah memberi. Bukan pada wajah, tapi pada tenang yang baru, dan lembut yang lain macam.
99Please respect copyright.PENANATbcXFaHMfs
Pakaian Mimi tidak berubah t-shirt longgar dan jeans biasa. Tapi Aman tahu, bentuk tubuh Mimi kini tak lagi sekadar bayangan. Pinggulnya seperti lebih bulat seperti baru mengenal pelukan. Bahunya seakan kendur, bukan lesu, tapi seperti telah... dilembutkan oleh keintiman yang tidak lagi asing.
99Please respect copyright.PENANARAqQbGAN27
Aman termenung, merenung di sebalik mug teh panas di tangannya. Sesekali Mimi menjeling. Bukan jelingan menggoda seperti biasa. Kali ini… ada secebis rasa bersalah yang terlalu cepat hilang.
99Please respect copyright.PENANAgkxMQZaeYv
“Aman,” suara Kaknia mencantas lamunannya.
99Please respect copyright.PENANAwxRQrmxWiI
Dia hanya angguk.
99Please respect copyright.PENANABlX0wQXObG
“Apa yang kau nampak pada Mimi sekarang?” soal Kaknia tiba-tiba.
99Please respect copyright.PENANABaSfd8saTR
“Tak ada apa. Biasa saja.”
99Please respect copyright.PENANAhyoBsnrsy4
Kaknia tersenyum sipu, seakan tahu Aman sedang menahan sesuatu. “Aku rasa… dia dah berubah sikit. Tapi eloklah tu. Perempuan kalau dah mula matang, mula tahu sayang diri. Siapa tahu, dah bersedia terima orang.”
99Please respect copyright.PENANALiy9zgAHuF
Aman memandang Kaknia. Kata-kata itu bukan sekadar nasihat. Ia seperti... isyarat.
Adakah Kaknia tahu sesuatu? Tapi wajahnya tidak menyimpan rahsia hanya harapan.
99Please respect copyright.PENANAkDx7AGO0cv
“Kaknia tengah usahakan sikit-sikit la... mungkin awak patut cuba lagi,” kata Kaknia sambil menyalin stok di kaunter.
99Please respect copyright.PENANArz8ImIaLAK
Mimi, yang berdiri di rak bahagian hujung, sempat melirik. Sekilas, seperti tahu apa yang mereka bincang. Tapi tiada reaksi. Tiada malu. Tiada gementar. Cuma tenang-tenang yang hanya lahir dari perempuan yang pernah memberi sepenuhnya.
99Please respect copyright.PENANA1EyneJdYVX
Aman diam. Di dalam hati, banyak teka-teki bergema.
99Please respect copyright.PENANAyHpO14uwBj
"Dia bukan gadis yang sama," fikirnya.
"Tapi siapa yang merubahnya... dan kenapa aku rasa, aku masih mahu cuba?"
----------------------------------------
Sehari sahaja Mimi dikedai, rancak berbual dengan mamanya dan beberapa patah ayat saja dikeluarkan bersama Aman. Dan petang itu segera balik ke kolej dengan alasan banyak assignment perlu disiapkan.
no
Hari itu hujan renyai. Kedai tidak seramai biasa. Aman duduk di bangku tepi dapur, pura-pura sibuk dengan telefon, sedangkan matanya sesekali melirik ke arah ruang depan tempat di mana Mimi biasa berdiri, menyuap kuih ke mulut perlahan-lahan sambil mendengar Kaknia membebel.
99Please respect copyright.PENANAl0CdKCfq7X
Tapi minggu ini, Mimi tak datang.
99Please respect copyright.PENANADosCJpPnck
Dan sejak dua tiga kali terakhir dia datang… ada sesuatu yang berubah.
99Please respect copyright.PENANALb8Db4OQeS
Wajah masih manis. Gerak tubuh masih sama. Tapi... aura itu sudah tidak serupa.
99Please respect copyright.PENANAHS5dbieQVz
Aman bukan lelaki pertama kali bersua wanita. Dia bukan suci, malah sudah terlalu biasa dengan tubuh dan tabiat perempuan hingga kadang dia tahu, walaupun seorang perempuan tidak berkata apa-apa... tubuhnya bercerita lebih jujur.
99Please respect copyright.PENANA9XtApHRIfq
Mimi.
99Please respect copyright.PENANAVHzMzdinAn
Langkahnya kini lebih perlahan, seolah menghayati lantai yang dipijak.
99Please respect copyright.PENANAZFueBnshx9
Tawanya masih lepas, tapi tidak lagi dengan mata yang polos. Ada sinar dalam yang sukar dimengerti mungkin sinar yang hanya wujud selepas tubuh seorang perempuan… disentuh lelaki.
99Please respect copyright.PENANAfVOzLtVkhw
Perkara yang membuat Aman duduk termenung kehilangan sesuatu dalam Mimi, bukan pada raut tapi pada 'getaran'nya.
99Please respect copyright.PENANAjOFLUyo6Oe
Dia tidak pasti. Tapi dia rasa.
99Please respect copyright.PENANAQOprY7eueN
“Mustahil perempuan secantik Mimi, bertubuh sesempurna itu, masih tidak berteman,” bisik hati Aman.
99Please respect copyright.PENANAYF6RpE8ODh
Dan kalau pun tidak ‘kekasih’ dalam erti cinta… pasti ada lelaki yang sudah menjadi ‘persinggahan’ dalam hidupnya.
99Please respect copyright.PENANARWxIcwN26f
“Atau mungkin... ada lelaki yang sedang dia simpan jauh dari Kaknia,” fikirnya lagi.
99Please respect copyright.PENANAUX9I6wRZNJ
Aman bukan cemburu. Cuma… ingin tahu.
Kerana sesuatu pada Mimi buat dia rasa Mimi bukan sepenuhnya untuknya bukan dari dulu pun, cuma Kaknia yang terlalu mahu menjodohkan.
99Please respect copyright.PENANApk8vnyXW0l
Dia masih ingat lagi waktu pertama kali bertemu Mimi. Lembut. Ceria. Tapi sekarang... dia kelihatan lebih tenang, lebih tahu apa yang dia mahu, malah ada saat Mimi memandangnya seolah-olah memaafkan sesuatu yang belum pun berlaku.
99Please respect copyright.PENANA7cWaOXANKn
Aman tarik nafas panjang.
99Please respect copyright.PENANA9Pe4BZxJkz
“Kalau benar dia sudah dimiliki, aku redha,” bisik hatinya perlahan.
“Tapi kalau dia pernah serahkan diri pada lelaki lain, aku tak kisah. Aku sendiri pun bukan suci.”
99Please respect copyright.PENANAYpLMDQif7E
Namun apa yang Aman benar-benar kisah adakah Mimi benar-benar hadir dalam hidup ini... sebagai watak sebenar, atau sekadar bayang?
99Please respect copyright.PENANAtpEds5goj4
Dan kini, bayang itu semakin jauh, semakin kabur tetapi makin mengganggu.